Blogger Azizankadir.com Anjur Kejohanan Futsal GengBlogger


Assalamualaikum..

Fenomena kehangatan pelbagai jenis kejohanan sukan pada masa sekarang ini telah menyebabkan saya kurang tidur. Walaupun idea mencurah-curah tetapi mood malas pula menyerang. Ditambah pula dengan kesibukan tugas di akhir-akhir ini menyebabkan saya tidak berkesempatan untuk update blog.

Jika di peringkat global rata-rata membicarakan tentang Champion League, FA Cup, dan sebagainya tetapi En.Azizan Kadir pula muncul dengan idea "Blogger Cup" atau "Futsal Gengblogger" sebagai idea merapatkan hubungan antara blogger. Ilham beliau untuk menganjurkan aktiviti luar iaitu Kejohanan Futsal antara blogger seharusnya kita pandang positif serta diambil respon segera sebagai tanda sokongan dalam mengukuhkan komuniti blogger.


Sebagaimana yang diwar-warkan tujuan penganjuran kejohanan futsal ini bukan sahaja terbuka kepada para blogger tetapi terbuka juga kepada pengguna "twitter". Mari ramai-ramai kita meriahkan "Gathering Sukan Geng Blogger" dengan mengambil bahagian dalam aktiviti ini sebagai tanda sokongan antara blogger. Seluruh warga Geng Blogger dialu-alukan hadir walaupun tidak mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

Agenda Aktiviti

1. Dianggarkan 16 pasukan terawal yang mendaftar akan bertarung secara damai di gelanggang bagi merebut gelaran Juara Futsal Geng Blogger.

2. Penganjuran kali ini hanya terbuka kepada blogger lelaki sahaja. Bagi blogger wanita, anda juga dialu-alukan hadir bagi memberi sokongan moral.

3. Pengumuman penting berkenaan tarikh dan venue bakal dimaklumkan setelah perbincangan lanjut dilakukan dalam waktu terdekat.

4. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk terus kepada saudara Azizan Kadir melalui halaman Facebook atau Twitter (@azizan4444) beliau.

Sekian.

p/s : Chek, aku outstation Terengganu 2 hari.. Nanti kita bincang lagi.

Dari Pena Penulis,


Comments

APi said…
bile nak buat team..
haha
Kech Hidayah said…
khidmat aku ngan vio sebagai AJK Makanan diperlukan tak??semangat neh! hahaha
azizan4444 said…
cun2..harap ada smbutan..lps ni kena up entri kedua.haha