Rambut Sama Hitam, Hati...?



Aku berbicara melalui penulisan yang lahir dari Naluri Ini yang Kerdil dalam kategori Psikologi.

Soalnya hati. Waraskah akal jika soal hati dibicarakan secara umum?
Mengapakah soal hati perlu diperbahaskan? Setiap insan itu mempunyai pandangan dan pendapat berbeza-beza. Musykil, ragu, was-was atau tidak yakin pada kata hati sendiri? Iya, memang keraguan akan terus menghantui setiap kali sesuatu keputusan itu ingin dilakukan. Ragu itu umpama batu penghalang. Tetapi, ada juga golongan insan yang berhati kering. Hati yang kering bukanlah bermakna setiap keputusan yang dibuat itu hanyalah menurut kata hati semata-mata tetapi melalui proses penapisan oleh akal merangkumi aspek baik dan buruk. Perkara yang indah itu memang mudah untuk dimuktamadkan, namun bukan semua perkara yang hadir itu menyeronokkan. Apa itu masalah? Aku mendefinisikan masalah itu sebagai kehidupan. Wujudkah manusia yang hidup bebas tanpa sebarang masalah? Tidak mungkin. Tidak benar.

--Contoh--
Situasi : Bersoal-jawab
Lokasi : Laman Forum
Perkara/Isu : Wajarkah seseorang yang pernah melukai hati kita itu diberi peluang kedua?
Jawapan : Pelbagai

Komen peribadi : Jawapan yang diterima berbeza-beza. Adakah setiap jawapan itu akan membantu kita dalam membuat keputusan? Itulah harapan kita pada awalnya, tetapi oleh kerana kepelbagaian jawapan yang diterima telah menyebabkan fikiran semakin kusut untuk membuat keputusan. Mungkin juga sesetengah jawapan itu membantu memberi ruang untuk akal menilainya. Yang pasti, soal hati ini hanya kita sahaja yang dalam keadaan terpaksa rela, harus membuat keputusan. Dan baik buruk kesan dari keputusan itu, kita jugalah yang bakal menanggungnya.

Dari hati ini,

Comments

RerameUngu said…
Hmm..hati kering ek??
maybe I ni tergolong dlm hati kering tu kot..kehkehkeh...
Anonymous said…
Huh... Rerame... tergolong dlm kategori ini menuntut kekebalan mentaliti, fizikal dan nurani. Maksudnya, mesti pandai memujuk hati sendiri jika terluka...
aida said…
btol la tu..
hanya diri yg bleh wat kptusan
diden [+] said…
aku hati kering.. kering giler.. huhu...