Assalamualaikum..
Benarkah punca keretakan dalam sesebuah perhubungan itu selalunya bermula dari pihak lelaki? Pastinya soal kecurangan atau ketidaksetiaan menjadi agenda pertama yang bakal muncul di fikiran. Sejauh mana kebenaran tentang isu ini sebenarnya terlalu subjektif untuk dibicarakan. Namun begitu, pendekatan yang ingin saya ambil di sini adalah jika berlakunya sesuatu perkara yang membawa kepada masalah keretakan dalam perhubungan janganlah kita hanya memandang pada sebelah pihak sahaja. Pasti ada kesilapan bersama yang menjurus ke arah permasalahan ini.
Kaum yang bergelar lelaki secara lazimnya lebih dikenali dengan sifat keegoan yang tinggi. Kebanyakan pendapat menyatakan bahawa adalah lebih mudah menjalinkan tali persahabatan dengan kaum lelaki berbanding kaum hawa. Mungkin kerana lelaki lebih bersikap tolak ansur, lebih telus dalam persahabatan dan lebih mudah berterus-terang jika dibandingkan dengan kaum hawa. Namun yang demikian, perkara ini sebenarnya ternyata berbeza jika kita singkap tentang jalinan hubungan yang serius.
Mengenali Hati Lelaki
Tidak suka dipaksa atau diubah
Kebanyakan lelaki lebih suka meneruskan tabiat yang sudah sekian lama menjadi amalan. Contohnya tabiat menonton siaran perlawanan bola sepak di kedai mamak bersama rakan taulan yang seangkatan tabiatnya. Ini hanyalah salah satu dari tabiat yang penting bagi sesetengah lelaki.
Kaum lelaki sememangnya tidak suka jika perjalanan hidup mereka dirancang. Jadi bagi kaum hawa, fahamilah perjalanan hidup lelaki yang menjadi teman anda dengan sebaiknya. Walaupun perkara ini kelihatan sekadar remeh-temeh tetapi sebenarnya perkara ini sangat penting bagi kaum lelaki.
Tekanan
Kaum lelaki tidak suka diberikan tekanan terutama sekali oleh pasangannya sendiri. Perkara tekanan ini secara umumnya berkaitan dengan kongkongan yang melibatkan kaum keluarga. Pada peringkat awal perhubungan, janganlah terlalu memaksa untuk bertemu kaum keluarga atau sanak saudara kerana bagi pihak lelaki mereka memerlukan kesediaan serta keyakinan untuk bersemuka dengan ahli keluarga pasangannya.
Dari sudut yang lain pula ialah berkenaan lafaz cinta. Kaum lelaki sebenarnya sukar untuk melafazkan kata cinta kepada pasangannya. Ini bukanlah bermakna mereka tidak menyayangi. Inilah perkaitan antara keegoan dan luahan yang sememangnya tampak seperti rasa cinta terhadap pasangan seolah berkurangan. Campakkan tanggapan negatif sebegini kerana kebanyakan lelaki memang begitu sifatnya.
Konflik / Pertengkaran
Lumrah dalam setiap perhubungan pasti ada ketikanya akan berlaku pertelingkahan kecil yang membawa kepada pertengkaran. kebanyakan dari kalangan lelaki tidak suka membincangkan tentang pertengkaran dan kadangkala suka buat-buat lupa. Sesungguhnya perkara ini memberikan impak positif dan juga negatif. Fikirkan.
Kaum lelaki juga bersifat sensitif terutama sekali jika mereka dikritik di hadapan rakan-rakan atau ahli keluarganya. Begitu juga dengan sebarang kegemarannya seperti kereta, pakaian, muzik, gaya dan lain-lain. Oleh yang demikian, dinasihatkan supaya kaum hawa lebih berhati-hati sebelum mengutarakan kritikan terhadap pasangan anda.
Sekian.
p/s : 3 perkara yang yang bisa membuat kaum lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.. hahha..
Dari Pena Penulis,
Comments
jadi kenalah sama2 saling toleransi =)
laki dalam gambar tu ensem !! siapa dia?
takmo komen tapi dh baca sampai abes..got da point..nak tambah, kdg2 laki yang laser-mulut takde insurans nih sebenarnya sangat sensitif-sangat cepat terasa hati.....kan?
"to handle yourself, use your head;
to handle others, use your heart"
duit punya psl..poket kembung best la..klu setakat nk amik perhatian tu ng aku susah skit..da kawen nnti br la dpt kot..hahaha...
kalau aku org nak paksa xde hal...klu da rasa tertekan sgt menyepi je..bia dorang plk yg merindu.maka terciptalah derita merindu....kah3..
lelaki yg sukar melafazkan cinta tu sape bro?ada ciri2 spesifik x..kot2 mcm aku ke..ko ke?kalau ko aku yakin sbb ko kan pemalu..ye dak?hahaha
Jgn menyepi sgt, nanti dikebas org..
cam aku lain, ilek je.. slow2 kayuh.. klu ade yg bekenan terus ajak kawin je.. hahhahha.. aku mmg pemalu, tapi kdg2 hantu la jugak..
kech tu mmg la da matang cuma fizikal je mcm form 3.. ahhaha..
Kech tue baru SPM tapi dah tak sabar2 nak kawen apehal? hahhahaha.. yus, anta rombongan.. wakaka..
Chaon, kita pun kena faham bahawa pihak wanita juga mempunyai sifat keegoan. Jgn sorong papan tarik papan, last sekali putus di tengah jalan.. hahha..