Sedih dulu baru Gembira~~~



Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatnya gua berkesempatan berkongsi detik suka dan duka yang gua telah tempuhi pada tanggal 29 Januari 2010 di sini.

Situasi 1. (Mood "SEDIH + CUAK = Seram")

Pagi... Dengan malas, pergi kerja. Sampai Opis ngam-ngam je pukul 9.00 pagi...*tepat masa punch in.. heheh* Tugas hari ini memang berat untuk dipikul apatah lagi dijinjing. Muahaha~~~
Form A nak kena collect n pass to customer... adeh... Dah janji pulak tu nak setel hari ni... Kapal 20hb belayar. Nak dijadikan cerita, masa gua sampai kat opis customer... Dengan muka cuak gua mengadap seorang "AKAK" ni. Kenapa??? Huh!... Mau nyer tak cuak, 4 keping Form yang gua dah mintak autograf pegawai kat Kementerian Perdagangan tu dah tak ade dalam "briefcase" gua. Dengan muka penuh simpati gua merayu kat "AKAK" tu. "Akak, jangan marah dulu" <----*Ayat pertama gua time ngadap muka akak tu* "Form A untuk kapal Turkey tu da hilang..." Dengan pucat gua sambung kata2. Sekali berapa punya panjang daa gua kena bebel... Huhuhu~~~ Kawtim, hari Selasa gua janji everything settle on time... ngahaha~~~

Situasi 2. (Mood "GERAM + SEJUK / KELAM-KABUT = ???)

Selepas gua mengadap customer, apalagi... balik opis ngadap bos pulak... Ahaha~~~ kene bebel lagi... Dengan muka tak bersalah gua prepare balik Form A tu then bergegas-gegas ke Jalan Duta semula. *Fedup ngan bebelan* Mula-mula gua ingat nak drive thru... tapi gua teringat pulak pengumuman Thaipusam. Konfom jem tat nenas punya jalan-jalan sekitar Bandaraya. So, gua pecut naik motor... Sesampai di Mont Kiara, sekali hujan turun dengan limpahan rahmat yang tidak tertanggung dek badan. Pakai raincoat 3 lapis pon belom tentu dapat menahan keperitan kulit akibat terkena titisan air hujan yang memang lebat. Perkh!!! gua da setengah jalan ni. Dalam masa sejam lagi kaunter perkhidmatan nak tutup. Gua terpaksa jugaklah kebalkan badan meredah ribut taufan. Nasib baik la gua sempat submit segala beban tu tepat pada masanya... Kalau tidak... Sure, pepagi buta Selasa kene mengadap dan menahan telinga lagi.

Situasai 3. (Mood "KENYANG + SEMANGAT = AKHIRNYA...???)


Sampai rumah tepat pukul 6.00 petang. Nak kene prepare untuk tournament Chess pulak. Adeh! Tak sempat merehatkan badan lagi dah nak kena rushing2. Gua tunggu member bawak balik nasi kerabu umpama menunggu cicak di syiling jatuh ke lantai. Kalau tak ditembak dengan getah rileks je dia lambat2kan waktu gua. Nasib baik la gua mengenangkan rasa setia kawan, kalau tak gua dah pergi Tourney tu sorang2... *Lagipun nasi kerabu tu dia belanja* ngeheheh...;} Waktu perlawanan gua dah terlepas. Oleh kerana lewat, tak pasal2 gua kene penalti 30 minit. Waktu rasmi pertandingan sorang 1jam 30minit. Gua punye jam 1 jam aje. Huhu~~~ Akan tetapi gua rileks je... Tak cemas pon... Menang kalah adat permainan... Haha~~~ Gua gerakkan bidak pertama dengan konfiden dan penuh hati-hati. Gua tak mahu lagi menyesali akibat kelekaan seperti yang gua lalui 2 minggu yang lalu. (1st round) Oleh kerana kesilapan mata, gua telah memusnahkan impian untuk mengecapi kemenangan yang pertama... Waaaa~~~ Nasib baiklah gua dapat mengawal keadaan semula, dan perlawanan minggu lepas berakhir pada gerakan bidak ke 50 dengan keputusan seri. Hari ni gua dengan hati-hati membaca gerakan lawan dan memerangkap beliau. Perkh!!! Gua sendiri tidak menyangka yang gua telah memanipulasi pihak lawan dengan sepenuhnya. "The game is mine". Dengan berkat ketelitian gua pada malam ini, akhirnya gua mencapai kemenangan yang PERTAMA pada gerakan ke 20. "CheckMate" Hooray!!! Alangkah gembiranya hati ini setelah melalui detik2 perit seawal pagi.... Muahaha~~~ Tapi, gua harus memikirkan strategi untuk perlawanan di pusingan seterusnya. Gua harus mengkaji setiap pergerakan gua yang lepas. Analisis itu penting. Terima kasih buat teman2 yang sentiasa memberikan sokongan dan dokongan... ahaha~~~ Kemenangan gua pada malam ini dituju buat kalian. Especially, Mario n NiNa...

Aku puas dan lega.... Yeah!!!

Akhir kata... Majulah Catur Untuk Negara.

*Its time for answering "TAG"* ahaha~~~

Comments

A.I said…
wahhh, byk betol dugaan ek. hahaha.
sbr jek la ek. hiks~
kuyam said…
biasa...inilah namanye kehidupan.harus kuat! :D
Yang penting... redha~~~ (-_-")