7 Perkara Ganjil Yang Pernah Dialami Oleh Seorang...

"...Penggali Kubur"

**Ketika gua sedang meneroka isi kandungan 'thumbdrive', gua telah terjumpa kembali dengan sebuah bingkisan kisah yang penuh dengan iktibar. Mengikut sisipan data, fail dokumen ini telah berada di dalam 'Thumbdrive' gua sejak Mac 2005. Marilah kita hayati bersama cebisan kisah yang penuh tauladan ini dan sama-sama merenung ke dalam diri kita sejenak.**

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual.

Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginannya untuk bertaubat kepada Allah S.W.T.

Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

"Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat."

"Mengapa terjadi begitu wahai tuan guru?" Tanya pemuda itu.

"Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkn Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," Jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua , aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, aku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi wajah 'khinzir'."

"Mengapa begitu halnya wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain."

Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila malam, kulihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."

"Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta haram  wahai anak muda." Balas ahli ibadah itu lagi.

"Golongan keempat, kulihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

"Kulihat pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya." Sambung pemuda itu.

"Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dann tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari."

"Bukankah Rasulullah pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda." Jelas ahli ibadah tersebut.

"Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siang lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, kulihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya."

"Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya." Jawab ahli ibadah itu.

"Wahai guru, golongan terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya."

"Mengapa demekian halnya wahai tuan guru?" Tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Alla s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya dari Allah s.w.t. kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.

Semoga dengan bingkisan kisah yang telah dipaparkan akan memberi iktibar dan hidayah untuk kita semua. INSYA-ALLAH.

Comments

Mark Jue said…
wow nice article, it makes me muhasabah diri for a while, I hope this will last longer in order to drive me to be a better person. anyway dont forget to checkout my blog at http://markjue92.blogspot.com I'm following u
ISZA said…
insaf.. di manakah kita?
Mario said…
bagus articles ni walaupun dh lama...syabas yus... tk segan arr aku jd kwn baik ko... ekeke
CikguIsza : Good question... Where are we actually??? tell me...
Hehe~~ Rio... aku ni seorang yang nakal, tapi hasil didikan bonda dan ayahanda serta para guru aku masih lagi mampu berdiri dan berpijak di bumi yang nyata... Ade kene mengena ke ayat aku ni??? aha~~~ X segan r aku ade member yang sudi baca pos yang berjela ni...
"INSAP" susu ke NiNa... ekeke...(^_^)
Mario said…
haha...nk msk campur jgk arrr.... wakaka mn de org ckp insap susu...pandai je la ko ni...wakaka
muahaha~~~ eh?? xde ke "insap susu"? klu pelat rio???