Blog, Blogger, Iklan, Entri dan lain-lain.

Assalamualaikum...

Ini adalah entri dalam kategori luahan perasaan. Mengandungi unsur-unsur tidak menyenangkan sesetengah pihak tetapi bukanlah berunsurkan diskriminasi. Entri ini lahir dari naluri kerdil seorang pengembara blog amatur. Entri berbentuk ulasan panjang lebar.

Topik : Keliru
**Pendapat, luahan perasaan, dan keterangan**

Perkara 1 : Jejak Pelawat

Lazimnya setiap pelawat akan meninggalkan jejak di ruangan berbual (S/mix @ c/box). Tujuannya adalah:

1)Berbual dengan rakan blogger
2)Memperkenalkan blog (Trafic)
3)klik iklan

Ulasan:

Pada pendapat aku, meninggalkan jejak di setiap blog yang dilawati itu akan menyenangkan hati pemilik blog. Tetapi peninggalan jejak yang bersifat "SPAM" amat menjengkelkan. Perkara ini telah menyebabkan kekeliruan pada aku kerana memang dah jadi tabiat untuk membuka link yang ditinggalkan dalam satu masa. (Maknanya banyak tabs). Akan tetapi, dalam 10 tab yang telah dibuka terdapat 3 laman yang sama. Setelah diselidik, rupa-rupanya link URL yang sama tetapi menggunakan identiti berbeza. Lebih menyakitkan hati adalah link "Klik2 dapat duit". Kalau, nak promo pun janganlah sampai menyemakkan ruangan berbual yang disediakan. Mungkin ada sesetengahnya yang memiliki "mindset" (--CHATBOX--). Maksud aku, setiap kali melawat blog, mesti nak cari ruangan "meninggalkan jejak" dulu.  Ada juga jenis peninggalan jejak yang membuatkan aku tersengih sumbing.

Contoh: "I folo U, PLZ folo me back"

Apakah tujuannya dan adakah ini membantu?

Isu ikut-mengikut ini adalah hak individu. Jika pengisian ruang blog itu lebih kepada "kisah cinta si pemilik blog", takkan aku nak ikut dari awal sampai akhir.<----Contoh

Perkara 2 : Isu Nuffnang

Soalan lazim : Kata buat blog bukan sebab duit, tapi kenapa pasang Nuffnang?

Jawapan : Aku tidak perlu membayar untuk meletakkan unsur iklan di ruangan blog bahkan aku dibayar. Pendapatan dari unsur "klik2" ini sekurang-kurangnya dapat "cover" bil elektrik kat rumah aku. Di awal pembinaan blog, aku memang tidak meletakkan sebarang tanda iklan. Tetapi setelah aku kaji semula, kadar trafik yang berlaku sewaktu sesi iklan-iklan sejagat ini berleluasa memudahkan aku untuk melakukan blogwalking. Blogwalking pada aku adalah sesi mentelaah isi kandungan blogger-blogger yang lain. Ketika sesi iklan ini menjelma, aku hanya perlu tunggu di ruangan berbual sahaja untuk melawat ke ruangan blog yang pelbagai. Bukankah itu menyenangkan. Tapi sudah banyak yang aku jumpa, berlakunya tragedi lawak antarabangsa. "Mr.Potato" - Sedangkan dah terang-terang di ruangan atas blog itu tertulis..."Aku tak pasang Nuff" *Blinking dgn font size yang agak bagak jugak la. Mengganggu perbualan rakan blogger. Muahaha~~~ *tak tahan aku, nak gelak jugak*

Perkara 3 : "Sticky Mode"

Gejala "Sticky Mode" ini juga berjaya mengelirukan dan membosankan aku. Selalunya gejala ini berlaku pada sesi penyertaan kontes-kontes tertentu. Ini pandangan aku secara peribadi. Tidak perlulah meletakkan syarat "Sticky Mode" pada kontes. Walaupun tujuannya untuk promosi dan trafik, cukuplah sekadar dengan syarat meletakkan "Banner" kerana, kadangkala apabila aku menjenguk ke blog-blog yang menyertai kontes berkenaan aku ingatkan pemilik blog memang tak kemaskini entri. Jadi aku pun berlalu dan hanya meninggalkan jejak di ruangan berbual. Tiba-tiba, kat ruang berbual aku "Entri baru dah siap, sila baca". Perihal meletakkan pos bersifat "melekat" ini sebenarnya mengganggu golongan pembaca seperti aku.

Sekian.

P/S : Sila terjah dengan pandangan yang bernas, ini adalah pendapat peribadi semata-mata. Harap maklum!!!
Kekeliruan tidak tertanggung lagi~~~

Dari pena penulis,

Comments

Mario said…
hahaha... nnt bila free kita serang blog yg spam tu...mau ramai2 baru best biar dia pening...aku pun dh bosan ...
Dhea Ahmad said…
keluhan/luahan yang membina ni... bagus...
RerameUngu said…
Hahahahah...sama kekliruan melanda ni...

paling menyampah bila link dia bg tu utk kepentingan dir sndri mcm u ckp tu la..klik22 dpt duit..hohoh...

mcm nuffnang tu..ingt dulu mmg tak nk pasang..tp tu la antara cara jugak la nk tarik trafik kn..hohoho..pastu plak bila ada geng suh letak..ape lagi..letak je...

tang sticky mode tu, ade gak la perasaan serupa itu..heheheh
nazihahisa said…
psl follow blk tu.. haih.. sape suh die follow.. patuh nk paksa org follow blk -_-"
ape2 jer said…
ko tulis la mcm mana pun benda2 yg ko sound tu tetap akan ada hehe
ouh x kose mak nyah ekekek
dorang2 tu bkn fhm bahase pun muahhaha
Sebenarnya pada malam sebelum aku menyiapkan entri ni, aku telah memberhentikan aktiviti s/box aku lebih kurang pukul 12-1 pagi. Aku mula bergerak menjelajah ke beberapa buah blog secara "invi mode" sehingga jam 3 pagi. Tujuan aku adalah untuk melihat gelagat blogger di samping menjejak pergerakn "SPAMMER". Hurm... boleh dikatakan semua blog terkena jangkitan. Ahaha~~~ Dan sepanjang perjalanan itu jugalah aku jumpa perkara2 yang tersebut di atas.
sgt mmeningkan kdg jugak..
hihi