Cuti-cuti Malaysia versi aku


Assalamualaikum~~~

Siri catatan perjalanan bersifat peribadi versi cuti-cuti Malaysia. Haha~~~

Sabtu, 13 Februari 2010, 12:00 tgh hari

Gua dan rakan2 memulakan perjalanan jarak jauh dari Shah Alam menuju ke Felda Tersang, Raub, Pahang. Plan awal nak gerak  awal pagi tapi biasa la janji yang tak pernahnye tepat iaitu "janji melayu". Ehehe~~~ Gua memandu dengan santai jiwa raga ditemani lagu-lagu manja DeathMetal di bawah kehangatan sang mentari di tengah hari buta. Dek kerana asyiknya bersembang dan bersiul-siul, gua terlepas susur ke arah lebuhraya Genting, Kuantan. Member sebelah dah "sound".

"Woi, ko nak pegi mane hah? Berangan la tu."

Hehehe~~~ Gua pamerkan sengih yang menjengkelkan aje sambil menjawab.

"Rileks, hari ni kita pegi Raub ikut jalan lama. Lagipun aku tau Highway mesti jem kaw2 punye."<---ayat cover line.

Gua pun dengan tenang menyusuri lebuhraya DUKE menuju ke arah Gombak menyimpang sikit masuk arah Segambut mencilok-cilok ikut celahan rumah orang *Jalan pintas-Jgn tiru aksi ini kerana boleh menyebabkan anda sesat*. Walaupun keadaan jalan yang agak sempit dan berliku, tetapi jiwa terasa tenang menikmati keindahan panorama alam sepanjang jalan dari Gombak ke arah Janda Baik. Redup, ditemani bunyi-bunyi unggas begitu menyenangkan walaupun terpaksa berdepan dengan keadaan jalan yang agak berliku. Kemudian gua memasuki susur jalan Janda Baik - Bentong. Keadaan jalan semakin mencabar. Perlu lebih focus dan berhati-hati kerana faktor jalan yang sempit dan terpaksa mengharungi selekoh-selekoh tajam. Member gua menutup alunan muzik mp3 dan mengarahkan gua supaya menurunkan cermin kereta. Terdengar bunyi yang agak nyaring seperti siulan pemuda tampan. Gua semakin teruja dan memberhentikan kereta di bahu jalan.

Member Gua : "Kalau ko nak tau, bunyi yang nyaring tu datang dari rimbunan rumpun buluh di sekeliling"
Gua : *Erk!!??* - Mood pelik

Memang benar, gua akur dengan kata-kata member gua itu. Setelah diamati sememangnya bunyi-bunyian itu datang dari rumpun buluh yang ditiup angin. Semakin deras deruan angin, semakin kuat bunyi siulan yang dihasilkan. Cuba anda-anda bayangkan kalau menyusuri jalan tersebut di saat bulan mengambang penuh. Seperti bunyi hilaian sang langsuyir mengiringi sepanjang perjalanan. Waaaa~~~ So, gua cadangkan kepada sesiapa yang berhajat nak ke Bukit Fraser ke, Air Terjun Chamang ke, sekali-sekali menyusuri jalan lama. Lebih "adventure" dan mengasyikkan. Cubalah~ Cubalah~ Ehehe~~~

Perjalanan diteruskan dengan lancar sehingga tiba di tengah Bandar Bentong. Kami singgah sebentar di sebuah Pasaraya The Store untuk membeli sedikit bekalan makanan. Gua pun tanpa segan silu menyakat gadis-gadis di kaunter bayaran dengan tempelan loghat Pahang. Haha~~ Sudah menjadi resam hidup gua dan member gua yang agak "frenli" ini menyakat gadis2 kaunter tak kira di mana jua kami berada. keh!keh!

Dari Bandar Bentong, gua memandu lagi menyusuri jalan yang agak sesak dengan kenderaan menuju ke arah Raub. Mood letih pada waktu itu menyebabkan gua memandu dengan perlahan aje. Member gua kat sebelah buat tak tau walaupun gua dah bagi "hint". *Hampeh*

Setelah lebih kurang 1 jam setengah,akhirnya kami menghampiri tempat yang ingin ditujui. Masalahnya cuma, kami tak tau nak menuju ke rumah pengantin. Apa lagi, kol ajelah si pengantin~~~ *Kacau daun* Nasib baiklah waktu kami sampai tu majlis sudah berakhir dengan jayanya. Niat kami bukanlah nak makan nasi minyak, cuma menunaikan janji dan mewakili rakan-rakan yang tidak dapat menjengah di hari pernikahan member gua ni. Anda2 bayangkanlah bagaimana kegembiraan si pengantin menyambut kedatangan kami. Walaupun hanya menikmati kuih-muih dan segelas air, tapi kami berasa puas melihat wajah ceria si pengantin.

Kebetulan yang amat betul, ibubapa member gua yang menjadi co-pilot ni menetap di kejiranan sebelah. Felda yang sama cuma gugusan yang berbeza. Kali ini member gua offer diri memandu. *ceh, perjalanan tak sampai 10KM baru nak bawak* <---dalam hati. ahaha~~~ Setiba di rumah member gua, bersalaman dengan ahli keluarga beliau. Rehatkan badan dulu, mandi, makan buah-buahan tempatan sikit. Hidangan makan malam yang agak "special". Apa dia? Gulai tempoyak ikan patin la weh~~~ Menu yang tidak asing lagi bagi rakyat-rakyat Negeri Pahang Darul Makmur. Gua makan 3 pinggan nasik dengan seekor ikan patin yang tergolek-golek di dalam pinggan. Hanya 3 pinggan aje yang mampu gua sumbat. Hahaha~~~

Di awal perancangan, kami nak balik ke Shah Alam malam itu juga. Tetapi oleh kerana faktor kemalasan dan kekenyangan menyebabkan kami tukar plan untuk balik pada keesokan harinya. Layan mata sambil menonton perlawanan bola sepak antara Chelsea menentang Cardiff City sampai terlena diulit mimpi... Kwang3...

Ahad 14 Februari 2010, 10:00 Pagi.

Gua lagi yang kena. Kali ni gua mampu memandu di jalan yang sempit separuh jalan aje. Selebihnya gua pecut Highway. Bukan balik rumah lagi tu. Masih mampu merayap ke persinggahan cuci mata pertama, "One Utama". Hahaha~~~ Bukan ade ape pon, cume menghabiskan masa sambil merehatkan mata. Usha tarian singa, mendengar nyanyian yang tak faham apa isi kandungan liriknya, tengok pakwa makwa berpimpinan tangan. Hahaha~~~

Belum habis lagi, destinasi seterusnya ialah IOI Mall, Puchong. Member gua telah menjebak gua ke kedai alat-alat permainan. Gua memang dah lama nak membeli set catur yang baru, akhirnya berkesempatan jua. Dah letih. Drive home~~~

Tiba dengan selamat di rumah pada jam 8:00 malam. Keseorangan kerana ahli keluarga yang lain pergi ke rumah nenek yang berlokasi di Sg.Besar. Apa lagi, out la pegi rumah member. Layan jamming 2,3 round then... pengsan.

Sekian cerita cuti-cuti Malaysia dariku..;P

Comments

ape2 jer said…
jamming lagu pe weh?
ISZA said…
sronok tu.. tu la baru betul.. jauh perjalanan luas pemandangan.. tapi kekanda tak suka ikut jalan lama kalau perjalanan jauh.. buka ade ape kiri kanan, hutan je.. kat perak pun ade.. huhuhu.. ngidam gulai tempoyak ikan patin orang pahang ni.. sape nak bagi???huhuhu
rizputra7 said…
jalan lama aku suka time aku bawa motor jer..boleh layan coner..
Cik B : gua rock beb~ mesti r jamming lelagu versi rock...;P *tipu je* x seme lagu rock... campur2 ngan OI, ska, balada menyentuh jiwa, dll. (>__<)V
Kekanda Isza : adinda da h selalu menyusuri jalan lama menghala arah utara. Merentasi negeri Perak, Penang Kedah hingga ke Perlis. Cuma menghala arah Pantai Timur je jarang2, sbb tu la teruja... hehe...:}
Kekanda Isza : Err, walaupon adinda anak kelahiran Pahang tapi dari daerah yang x berapa femes dengan masakan ala2 gulai tempoyak ikan patin ni... tp, kalau kanda nak adinda boleh je kirimkan... aha~~~
RP : Dulu aku pon suke men kona2 baring ni, tetapi pengalaman ngeri telah menyedarkan aku akan bahaya kona baring~~~ hahaha~~~ tapi klu dpt superbike aku x janji aku x kona baring~~~