"KONTES MATEMATIKOMEN" - Cikgu Isza

 



Assalamualaikum.

Ini merupakan entri khas untuk penyertaan "KONTES MATEMATIKOMEN" yang telah dianjurkan secara maya oleh Cikgu Isza. Saya sebagai salah seorang peserta yang diwajibkan menyertai kontes ini, secara terpaksa rela menyiapkan entri ini. Terima kasih kepada Cikgu Isza kerana telah menjemput saya menyertai kontes ini. Walaupun telah dinyatakan di dalam terma dan syarat tidak diwajibkan menulis entri untuk penyertaan kontes ini, tetapi saya terpaksa melanggar peraturan tersebut. Hal ini adalah kerana, ulasan yang ingin saya sampaikan terlalu panjang untuk diisi diruangan komen dan saya terpaksa memasukkan imej sebagai contoh untuk menjelaskan tentang cadangan saya. Pujian kepada Cikgu Isza kerana telah menganjurkan kontes yang bersifat profesional sebegini.

Entri yang dipilih :- Mengenal Konsep Pecahan

Komen :-
Penggunaan gambarajah yang disertakan dengan penerangan adalah amat sesuai bagi memperkenalkan sesuatu konsep dalam matematik. Sesuai dengan tajuk "Mengenal Konsep Pecahan", penerangan tentang konsep pecahan adalah lebih berkesan dan mudah difahami dengan menggunakan kaedah ini.

Cadangan (Secara umum):-
Konsep Pecahan - Bagi memantapkan lagi pengisian, saya mencadangkan agar diketengahkan juga konsep-konsep matematik untuk peringkat yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, pengisian ruang blog tutorial begini akan membuka ruang yang lebih luas untuk pengunjung pelbagai peringkat usia. Lebih menarik perhatian jika disertakan dengan beberapa contoh soalan dan kaedah-kaedah menjawab dengan tepat.

Memasukkan unsur atau konsep pada peringkat lebih tinggi sebagai selingan.
Contoh konsep penukaran pecahan(fraction) kepada nilai perpuluhan(decimal).

 


Ulasan :-
Ini adalah ulasan peribadi. Bagi penulisan yang berbentuk tutorial sebegini, adalah wajar untuk kita menentukan target golongan pembaca. Justeru itu, corak pengisian yang ingin ditampilkan haruslah menitikberatkan soal kefahaman di kalangan pembaca. Penggunaan ruangan blog sebagai laman tutorial akan tampak lebih profesional jika pengisian yang ditonjolkan memenuhi keperluan serta mudah difahami oleh pelbagai peringkat usia pembaca. Pemilihan bahan untuk diterbitkan juga perlu bersesuaian dengan target golongan pembaca jika kita memilih untuk meletakkan tahap golongan pembaca yang khusus.

Nota :- Segala komen dan pendapat yang tertera di atas adalah hasil pemerhatian dari beberapa sumber rujukan tanpa mengambilkira soal sukatan pelajaran untuk peringkat rendah, menengah atau pengajian tinggi. Harap maklum.

Yang benar,
Dari Naluri ini yang kerdil...
~yusenze~

Comments

Mario said…
wakaka...3x ulang aku msh gagal memahami maksud n3 ko ni... yg penting... aku kagum ngan jawapan ko...aku harap ko mng... ekeke
hahaha~~~ Rio klu ko nak paham maksud ayat2 aku tu, ko kene usha setiap entri Cikgu Isza yang aku ulas tu... Untuk kontes ni aku terpaksa research secara detail sbb klu aku men hentam, sure aku kene hentam balik... cikgu Isza tu garrang tau~~~ wakaka
ISZA said…
ehem2.. dinda ngata kekanda ye.. patut le tersedak2,
ok2, trima kasih.. penyertaan diterima..
trima kasih kerana menyusah-yusahkan diri
:)
GULP!!! ish kantoi lak... ehe... mane ade dinda mengata kanda... cume explen kat member je... (^_^)
Unknown said…
kanda~dinda..beta teringin juga join adinda.....tapi beta budak baru blaja, kalau beta salah,adakah kanda akan hukum beta?????
Eh... adinda Deco... kanda2 ni amat mengalu-alukan penyertaan dinda... kalau salah akan dirtan aje... hehe...;)
Mario said…
dinda-dinda seme nk kene lempang ke hape ni...meluat plak aku tgk...ekeke
wahaha~~~ rio, kata gantinama purbakala... ko tngok deco, siap beta2 lagi... (>__<)