Tag Dari Mario - Versi Cerpen


Assalamualaikum

Entri ini berkisar tentang sejarah kehidupan masa lampau yang membawa sejuta kenangan indah dalam diriku. Setiap peristiwa yang diceritakan adalah sebuah kisah benar yang mengimbau kembali suka-duka di zaman persekolahan. Di saat aku mencoret kisah ini, aku tersenyum sendirian. Semoga apa yang dipaparkan menjadi tauladan buat generasi kini. Insya-Allah.

Zaman Tadika.

Menjejakkan kaki ke alam persekolahan buat pertama kalinya pada tahun 1990. Penuh dengan perasaan kental dan teruja. Tiada linangann airmata walau setitis pun. Bersekolah di Sekolah Tadika (F) Keratong 6, Pahang Darul Makmur. Kenakalan terserlah tatkala bertemu rakan sebaya yang satu hati dan sejiwa mangharungi detik pembelajaran asas dengan hati yang gembira. Seronok apabila mengenangkan makanan percuma.

Zaman Sekolah Rendah

Tamat alam tadika, kini menjejakkan kaki ke peringkat seterusnya pada tahun 1991. Keterujaan semakin tampak dalam diri ini. Rasa tidak sabar ingin bertemu dengan rakan-rakan baru. Ditempatkan di kelas pertama berdasarkan rekod pembelajaran di sekolah tadika. Darjah 1 Melur, Sekolah Kebangsaan (F) Keratong 6 & 7, (kini telah dipisahkan - Sekolah Kebangsaan (F) Keratong 6 sahaja). Mula mempelajari selok-belok permainan catur semasa berada dalam darjah 2. Diperkenalkan dengan permainan ini oleh seorang rakan yang kini sudah dah jarang berhubung. Maklumat terakhir beliau kini menetap di Sri Petaling. Masih lagi cemerlang mengekalkan reputasi untuk berada di kelas yang pertama,darjah 3 Melur. Kini mula aktif menceburkan diri dalam ko-kurikulum. Catur menjadi pilihan utama dan aku mampu berdiri megah kerana dinobatkan sebagai handalan catur nombor satu di sekolah. Aku berjaya menepis tentangan hebat dari beberapa orang guru di sekolahku. Pencapaian akedemik masih lagi stabil dan aku di kelas pertama, darjah 4 Melur. Kini aku semakin aktif melibatkan diri dalam ko-kurikulum. Sukan lasak yang aku ceburi adalah sukan catur. Semestinya aku bangga, kerana penglibatan aku dalam sukan ini membuahkan hasil yang memberangsangkan. Majoriti pemain hoki yang terpilih adalah dari kelasku. Kami berjaya merangkul pingat emas di peringkat sekolah dan juga di peringkat daerah. Darjah 5 Melur, masih lagi aktif dengan sukan hoki dan catur. Tetapi kini mula terlibat secara rasmi dalam angkatan pancaragam. Guru muzik yang juga merupakan jurulatih hoki menbuatkan aku rasa selesa untuk mempelajari bidang muzik dengan lebih mendalam. Darjah 6 Melur, semakin aktif melakukan aktiviti ko-kurikulum. Tahun akhir sesi persekolahan peringkat sekolah rendah. Keputusan peperiksaan UPSR, 4A walaupun sangat malas mengulangkaji pelajaran. Untuk sesi sekolah Agama Rakyat, aku telah dinobatkan sebagai salah serang pelajar terbaik. Alhamdulillah.

Zaman Sekolah Menengah

Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh Hinai, Pekan, Pahang. Ditempatkan di kelas rancangan khas bersama rakan-rakan yang terpilih dari seluruh pelusuk negeri Pahang. Tiada perasaan janggal ketika buat julungkalinya melangkah masuk ke sekolah berasrama. (Lokasi asrama betul-betul membelakangi Sungai Pahang) Aku berjaya menepis segala perasaan kurang enak berjauhan dengan keluarga dengan bersikap mesra bersama kenalan baru. Melangkah kaki ke kelas dengan perasaan agak berdebar kerana rata-rata mereka menampakkan watak bijak pandai mereka ketika sesi suai kenal bermula. Aku bukannya gentar menyaingi mereka, cuma tersentak melihat beberapa rakan sekelas yang petah berbicara genius. Cuma seminggu sahaja untuk aku menyesuaikan diri.Bukan masalah bagiku untuk bergaul dengan kelompok rakan-rakan yang pastinya akan aku hadapi untuk beberapa tahun ini. Melangkah ke tingkatan 2 Kritis dengan bergaya pada tahun 1998. Unifom bewarna kekuningan dengan kasut kulit hitam berkilauan. Dengan jawatan penolong ketua pengawas sekolah, aku harus tampil segak. Ketika perhimpunan aku pastinya menjadi pilihan pertama untuk membaca doa. (Ustaz aku pada ketika itu memang "ROCK" dan agak tegas dengan rotan yang siap sedia untuk dilibas jika gagal menghafal doa mahupun surah-surah Al-Quran yang diamanahkannya).

Aku masih lagi menonjol dalam bidang ko-kurikulum. Catur dan hoki sudah semestinya. Aku diserapkan untuk mewakili sekolah bagi kategori bawah 18 tahun untuk kedua-dua sukan ini. Pada mulanya aku rasa kekok untuk bergaul dikalangan pelajar senior. Kenangan terindah pastinya ketika aku mewakili sekolah dan zon untuk bermain catur di peringkat daerah. Lebih ramai kenalan yang cerdas mengatur gerak bidak. Perasaan makin teruja dan membara untuk memahami setiap langkah bidak dengan lebih strategik.

Tingkatan 3 Kritis, 1999. Aktiviti ko-kurikulum terpaksa dikurangkan berikutan tahun ini merupakan tahun peperiksaan PMR yang bakal menentukan hala tuju untuk pemilihan bidang secara khusus. (PMR ya, maknanya masih muda. Yang tua itu Mario - SRP). Aku merupakan salah seorang pelajar dan penghuni asrama yang agak popular dengan kenakalan yang luarbiasa. Dua minggu sebelum tarikh rasmi peperiksaan PMR aku telah digantung asrama dan secara tidak rasminya sesi persekolahan selama seminggu. Kenapa? Al-kisah berlaku pada malam yang dingin dengan hembusan bayu dari pesisir Sungai Pahang. Ketika aku dan rakan baru keluar dari tempat khas untuk merokok (dilarang meniru aksi ini), kami melalui sebuah bilik di kejiranan asrama Putera. Samar-samar kelihatan sekumpulan pasukan gempur senior sedang melakukan aktiviti "ragging" terhadap seorang pelajar junior. Aku yang sememangnya rapat dengan pelajar-pelajar senior telah melibatkan diri dan bersekongkol melakukan aktiviti tidak bermoral ini. (Sekali lagi diingatkan, dilarang meniru aksi ini) Malang perbuatan nakal kami dapat dihidu oleh warden asrama. Tragedi ini merupakan kenangan yang paling pahit pernah kulalui sepanjang berada di alam sekolah menengah. Syukur Alhamdulillah, aku memperoleh keputusan PMR ala-ala kadar iaitu 4A dan 4B.

Berbekalkan keputusan peperiksaan PMR yang ala-ala kadar itu, aku sempat merasai berada di kelas 4 Sains tulen. Aku kurang berminat untuk mendalami bidang Biologi, justeru aku telah memohon untuk memasuki sekolah menengah teknik. Permohonanku diterima dan aku terpaksa bergelut dalam bidang kejuruteraan awam. Subjek yang amat dititikberatkan oleh tenaga pengaja sudah semestinya subjek yang aku rasakan paling susah dalam dunia. Subjek yang ditekankan Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, dan kejuruteraan. Semakin lama semakin malas untuk meneruskan pelajaran. Berakhirnya sesi pembelajaran selepas menghadapi peperiksaan SPM dengan keputusan yang boleh dianggap mencerahkan masa depan. Aku tidak lagi mempunyai rasa minat untuk terus melangkah ke peringkat lebih tinggi. Segala jenis tawaran IPT aku lempar ke tepi. Jiwaku memberontak ketika itu untuk menjerumuskan diri ke alam pekerjaan. Nekad aku tinggalkan kampung halaman dan menapak ke Bandaraya Shah Alam sejak tahun 2002 hingga kini. (Aksi ini juga dilarang untuk menjadi ikutan kepada mereka-mereka yang berpeluang melanjutkan pelajaran)

Berkat kecekalan, aku masih mampu berdiri gah mengharungi liku-liku kehidupan mengecap berjuta pengalaman yang mendewasakan. Terkadang ada juga perasaan cemburu melihat bekas teman-teman sekelas yang berjawatan di taraf eksekutif dan ke atas. Namun, perjalanan hidup ini sudah diatur oleh yang Maha Esa. Aku akur dengan ketentuan-Nya dan yang pasti perjuangan harus diteruskan walau sehebat manapun dugaan yang melanda.

Tamat.


Insan yang dipaksa untuk menjawab tag ini

1) Kekanda Isza
2) Touya
3) hutang dulu
4) hutang dulu
5) hutang dulu

Comments

ISZA said…
erkkkk.. x nampak ape2 pun?
uik!!?? lajunya kanda isza menghidu jerangkap samar... hehe~~~
Mario said…
ye bro 1st thank sbb bt tag ni...ekeke
bole berjaya je bro tuk zombie2 cam kita ni...ekeke
dah kaya raya dah kan skang ni...ekeke
errr...ko mmg tk g mana2 eh bljr... muda lg bro...sempat lg tu...lain arrr aku...bljr arrr...aku pun segan dowh nk jumpa member2 lama..mngr dah dorg,,,tapikan...dorg tkde blog cam kita... ekeke
ISZA said…
lupa lak nak tulis...
kenapa kita x jumpa masa di shah alam dulu erk? <--- soalan buat2 musykil ???
arghhh.. rindu kat shah alam!!!
Sama-sama en.rio...ehe~~
Mmg bole berjaya,, itulah yang aku sdg buktikan kepada mata2 yang mengenali aku.
Kaya ade la sket2... tp belom sampai tahap RAYA lagi... wakaka...
Aku dpt bnyak tawaran tp aku dah takde perasaan... Insya-Allah klu pintu hati ni terbuka kembali aku akan sambung sket lagi... yang penting kita ade blog... kire maju jaya jugak r...
Kanda Isza berbicara seolah-olah kanda pernah menghuni bandaraya ini... hmm... *berfikir dalam kemusykilan*
ape2 jer said…
karangan ni boleh dapat A ekeke
perkh!!! kalau ko la cikgu BM aku... memang untung r... kerangan yang simple dimple camni leh dpt A... wakaka
RerameUngu said…
Woohhoo...caya la..

heeee
RerameUngu said…
Woohhoo...caya la..

heeee