Assalamualaikum...
Sudah sekian lama gua tak menjelma dalam versi teka-tekuk. Gua kebuntuan idea. Baiklah, untuk siri teka-tekuk versi Matematik pada kali ini, gua ingin mengajak kalian berkongsi idea dan teori tersendiri. Sebenarnya ada kisah di sebalik teka-tekuk yang gua poskan untuk anda ini. Al-kisah berlaku lebih kurang 8 tahun yang lalu. Ini adalah kisah benar yang dialami oleh gua sendiri. Pada masa itu, gua bekerja sebagai penjaga setor di sebuah syarikat sistem audio kereta. Pada petang yang indah, gua lepak sambil ditemani oleh seorang "Akak" yang bertugas sebagai kerani. "Akak" kerani ini telah menghadiahkan gua dengan satu soalan bercorak nombor yang nampak mudah, tetapi jika lalai walau satu langkah sekalipun akan menyebabkan jawapan yang diperolehi pincang atau dalam ertikata lain "lintang-pukang". Ahaha~~~ Gua telah diberi tempoh sejam sahaja untuk menyelesaikan masalah matematik yang diberi oleh "Akak" berkenaan. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan fokus gua telah menemui sebuah jawapan beserta teori gua sendiri. "Akak" kerani tersebut memandang wajah gua sambil berkata, "Gila? Akak tak faham langsung teori ko ni, tapi jawapannya tetap betul walaupun susunan nombornya berbeza dengan teori yang akak belajar."
Moral untuk cerita di atas ialah, bukannya gua nak kata gua ni cerdas. Gua tak belajar tinggi pun cuma setakat sekolah menengah aje. Moralnya, ada pelbagai cara atau jalan penyelesaian yang berbeza-beza. Terpulang kepada anda untuk mencari jawapan dengan apa cara sekalipun asalkan jawapannya adalah tepat. Gua mahu anda-anda yang bijak pandai di luar sana sama-sama berkongsi teori dan kepintaran untuk soalan ini.

Soalan 8 : Tahap-Agak mencabar minda!!!
Perhatikan gambarajah di atas. Diberi 25 kotak kosong untuk diisi dengan nombor 1 hingga 25 supaya jika ditambah nombor-nombor berkenaan walau ke mana arah sekalipun menjadikan jumlahnya 65.
Kongsikan idea dan teori anda...(>__<) Selamat mencuba!!!
P/S :- Gua dapat dua jawapan dengan teori yang berbeza. Anda bagaimana???
Comments
1,2,3,4,5
6,7,8,9,10
11,12,13,14,15
16,17,18,19,20
21,22,23,24,25
Nanti gua semak~~~ Aha~~
cam che'gu lak
4 12 25 8 16
17 5 13 21 9
10 18 1 14 22
23 6 19 2 15
nak gulai tempoyak ikan patin..
Err... gulai tempoyak ikan patin erk... aha~~~ someday... Insya-Allah dinda akan belanja kanda~~~ lalalaaa~~~