Secebis Pengenalan, Sebuah Penulisan, Satu Percubaan.

Assalamualaikum...

Entri kali ini adalah bertujuan untuk menghebahkan pada umum tentang sebuah cerpen bersiri yang ditulis tanpa perangkaan awal. Idea tentang kisah yang ingin dipaparkan ini datang secara spontan mengikut "mood" dan tahap imaginasi penulis pada waktu-waktu tertentu. Sekiranya ada kesilapan dari segi tatabahasa ataupun tersalah penggunaan bahasa dan susunan ayat, sila beri komen yang membantu supaya pihak penulis dapat memperbaiki kesilapan. Ini adalah satu lagi percubaan untuk menghasilkan karya asli dan bertujuan untuk melihat penilaian dari golongan pembaca yang meminati penulisan bersifat cereka. Jika maklum balas daripada pengunjung dan pembaca menggalakkan, nukilan ini akan cuba diabadikan di sebuah blog yang dinamakan "MUZIUM KARYA". Sekian.

Tajuk : Naluri dan Keegoan.

Sinopsis : Berkisarkan tentang konflik keluarga dan masih lagi mengekalkan motif tentang pertelingkahan berkaitan harta duniawi yang membawa keretakan hubungan persaudaraan. Bersandarkan 5 watak utama serta dibantu beberapa watak kecil yang memberi impak kepada corak dan olahan jalan cerita. Ikutilah kisah suka duka perjalanan 3 beradik, Amri, Amran, dan Aisyah menempuhi setiap dugaan yang mendatang setelah mereka kehilangan kasih dan belaian kedua ibubapa mereka. Mereka telah dibesarkan oleh datuk dan nenek mereka sejak kecil lagi. Penulis ingin mengekalkan suasana kekeluargaan disulami babak-babak romantis dalam kisah ini. Semoga anda yang membaca kisah ini akan terhibur dan dapat mengambil iktibar dari segala maksud tersirat yang cuba disampaikan.

Terima kasih.

p/s : Ikuti paparan Siri 1 yang bakal diterbitkan sebelum fajar sore memancar.

>>>Idea menulis secara spontan ini hadir tatkala aku dalam perjalanan dari Mont Kiara menuju ke Jalan Duta<<<

Dari Pena Penulis,
-YUSENZE-

Comments

Unknown said…
ku tunggu nukilanmu...:)
ape2 jer said…
hebat ar..rajin sungguh..dah siap nanti aku try baca
Mario said…
hebat ko weh...aku minat siot bc novel...jgn ckp org beb...gua tetap rock beb...hehe
mont kiara...jln duta tu area gua...
Deco : ahaha~~~ klu da terjebak, sure ternanti2 siri berikutnya...
Miss... weh, mane leh try2... ko "mesti bace" a.k.a wajib... sbb aku nak feedback untuk ke peringkat seterusnya...
Mario : sssyyy~~~ watak rock tu mesti,,, tapi jiwa sentimental pon penting... kekeke... bukan jiwang yek...
Unknown said…
haha,
mario kantoi...Deco dh baca komen diatas...

ala,
rileks r weyh..
ramai je lelaki tulen yg bgelar penulis.
ramlee awang murshid
ahadiat akashah
faisal tehrani(cikgu deco)

pe yang penting: originality

yeah....