Assalamualaikum
Umpama mencoret dalam diari peribadi bunyi tuturnya. Tapi kali ini diluahkan melalui penulisan di persekitaran maya ini. Tidak terdaya menanggung kesengsaraan dan lara di jiwa. Bengang bercampur meluat. Tidak pasti akan puncanya. Di mana letak kelemahannya. Semakin hari semakin tenat kondisinya, jiwa yang melayani kerenahnya pula semakin parah.
P1 Wimax. Jika benar seperti yang dinotifikasikan ia adalah sesuatu yang amat perlu dan baik sekali buat pelanggan. Agenda penambahbaikan sistem dan konfigurasi meluas bisa buat pelanggan tersenyum. Namun begitu, persoalan mula muncul di naluri cetek ini. Mula timbul rasa sangsi dengan janji-janji dan kata manis yang dihamburkan.
Pemilihan waktu perdana untuk kerja-kerja kemaskini sistem
Sudah hampir seminggu aku meneliti dan cuba bersabar dengan keadaan ini. Mungkin jangkaan aku ini silap. Mungkin perkiraan aku ada yang tertinggal langkahnya. Aku cuba mengikut rentak, cuba bertenang. Tetapi, sedang asyik belayar di ruang maya ini, tiba-tiba saja layarnya patah. Tiada ribut, tiada gelora. Perihal begini dirasai lebih perit tatkala aku sedang melakukan semakan dan penelitian untuk menyiapkan tugasan. Akhirnya, tugasan tertangguh. Orang yang mengamanahkan tugas asyik bertanya. Profesional dalam kerjaku mula dipandang serong. Tugasan tidak lengkap bila disemak. Lembaran kertas kerja tidak dapat diserahkan pada waktu ditetapkan. Aku benci ini berlaku. Apabila kredibiliti mula diperkatakan. Walau bukan dengan kata kesat, tetapi buah bicara dalam nada gurauan amat menikam di hati. Tersipu dengan diri sendiri.
Arrrrrggghhhhhh~~~~
"Indah Khabar Dari Rupa"
Sekian.
Comments
itu pengajaran
tapikan..ko komplen...dia kt ape?
http://www.youtube.com/watch?v=TNUVVgPDgm4