"So If U Think U can Dance"


Assalamualaikum

"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul" Begitulah boleh diumpamakan dengan keadaan atau situasi yang gua hadapi kebelakangan ini. Tapi nanti dulu. Jangan buat tanggapan yang negatif. Sudah lumrah mentaliti manusia itu lebih cenderung kepada satu perspektif sahaja. Pastinya fikiran akan tertumpu pada sesuatu perihal yang bersifat negatif setelah membaca ungkapan perumpamaan di atas.Hakikatnya, "Indah khabar dari rupa". Anda akan lebih keliru dengan permainan kata-kata ini. Kenapa begitu? Ahaha~~~ Sudah!!! Jangan fikirkannya lagi kerana bukan isu ini yang ingin gua ketengahkan. Gua hanya merungut kecil berikutan sambungan internet gua yang "AMAT TERUK" kebelakangan ini. Itu sahaja.

Baiklah mari kita kembali semula kepada tajuk utama. "So If U Think U can Dance"

Gua tidak dapat melapangkan diri bersama rakan-rakan blogger yang dirindui berikutan sambungan internet yang amat tenat. Tetapi di kelapangan waktu hari minggu gua sempat melakukan aktiviti riadah di taman rekreasi. Meriah dengan kehadiran ratusan famili pada petang hari minggu. Dalam kemeriahan itu, ada satu aktiviti tarian mengikut irama ala-ala senamrobik yang telah menarik perhatian gua. Aktiviti yang dinamakan "Poco-poco". Aktiviti senaman dalam tarian mudah ini kali pertama gua lihat dilakukan di perkarangan sebuah hotel di Kuala Perlis pada tahun lalu. Mungkin ramai di antara anda mengenali acara ataupun aktiviti menyihatkan badan ini. Atau mungkin ada yang ternganga-nganga memikirkan apakah gerangannya "Poco-poco" itu. Ehehe~~~
So, if U think U can dance... come on come all!!! Aha~~ So simple movement actually :) Nasib baik gua dapat mencari dan mengumpul serba sedikit maklumat berkaitan tarian ini.

Percayalah, senaman melalui tarian adalah salah satu alternatif ke arah kesihatan anggota masyarakat serta dapat menghilangkan stres. ;} Menurut pakar kesihatan, tarian sememangnya tidak dapat membantu untuk memperoleh bentuk badan idaman. Ehe~~ Namun begitu, sekiranya diiringi dengan semangat serta keyakinan semuanya adalah tidak mustahil.

"Tarian Poco-poco" adalah sejenis tarian yang dilakukan secara berkumpulan dan berasal dari Indonesia. Tarian ini mula mendapat tempat di kalangan warga tanah air kita dewasa ini. Tarian ini sememangnya aktiviti senaman yang menyeronokkan serta tidak membosankan jika dibandingkan dengan senaman aerobik. Pergerakan yang terdapat dalam tarian ini juga adalah sangat mudah serta bersesuaian untuk semua peringkat umur.

Pergerakan Dalam Poco-poco

--Bergerak ke kanan dua langkah
--Bergerak semula ke kiri dua langkah
--Bergerak ke belakang dua langkah
--Bergerak semula ke hadapan dua langkah
--Pusing ke kiri dan ulang semula langkah pertama
--Pastikan kesemua  pergerakan dimulai dengan kaki kanan

Informasi Ringkas

1) Melalui tarian, jumlah kalori yang dibakar sama banyak seperti anda melakukan aktiviti berjalan, berenang ataupun berbasikal.

2) Sekiranya anda menari selama setengah jam , jumlah kalori yang dibakar adalah antara 200 hingga 400 kalori.

3) Kerap melakukan aktiviti menari dapat memperlahankan kadar degupan jantung, merendahkan tekanan darah, dan mengawal kandungan kolestrol.

4) Pakar mengesyorkan senaman dilakukan selama 30 minit hingga 40 minit, tiga atau empat kali seminggu. Dengan itu aktiviti menari juga boleh membantu, bergantung sejauh mana tenaga digunakan dalam tarian dan kekerapan individi mengamalkannya.

5) Gerakan sisi dalam kebanyakan tarian dapat menguatkan tulang dengan mengelakkan proses pereputan ataupun osteoporosis.


6) Sekiranya anda baru sahaja menjalani pembedahan jantung atau lutut, pergerakan adalah sebahagian daripada proses pemulihan yang perlu dilakukan, Menari adalah alternatif positif menggantikan aerobik atau jogging.

7) Menari adalah aktiviti yang mengandungi komponen sosial yang baik dibandingkan aktiviti kecergasan lain. Ia bukan sahaja memberi peluang untuk membangunkanikatan sosial malah dapat membentuk keyakinan diri dan pemikiran positif.

8) Melalui tarian keyakinan dan motivasi seseorang dapat dipertingkatkan.

9) Tarian juga mampu memperbaiki kemahiran sosial.

10) Golongan obesiti boleh mengamalkan senaman melalui tarian sebagai alat bantu kecergasan kerana ia berkesan untuk memotivasikan diri mendapat bentuk tubuh yang ideal.

Perhatian!!!

**Sebelum melakukan senaman ini, anda perlu melakukan aktitivi pemanasan terlebih dahulu dan diakhiri dengan aktiviti pendinginan..

**Pastikan pakaian  yang anda gunakan adalah bersesuaian untuk melakukan aktiviti ini.

** Pastikan anda meminum air putih sebelum dan selepas mengadakan latihan.

**Berlatih mengikut kemampuan diri dan bukan mengikut kemampuan orang lain.

**Jangan cepat putus asa.

**Anda digalakkan melakukan aktiviti ini secara beramai-ramai dan bukannya bersendirian.

Aktiviti ini sesuai dilakukan oleh sesiapa sahaja walau di mana anda berada.


Akhir kata, renung-renungkan dan selamat beramal. Aha~~~ 


Dari Pena Penulis,
---YUSENZE---

Comments

ISZA said…
muzik juga pelu sesuai untuk tarian ini.. kalau rock keras xleh dik.. headbagging saje (betul ke eja tah..)
:)
ape2 jer said…
http://www.youtube.com/watch?v=i3sCxr00Wjo&feature=related

ok2 jom sama2 kite lalala wakaaka ~jgn lupa buka utube tu dulu hehe~
Munix™ said…
shati brdansa beb...
RerameUngu said…
waaa..i thought u nk ckp sape yg terkeluar SUTUCD tu..i tak tgk penyngkiran dia la u..hehehe..

well, back to the topic i love this dance..lagu dia yg pling menarik..i hafal lagu dia tau..hahahahahahaha

tarian ni pun femes kat sabah..I ingt lagi time ada study kt sn tarianni mcm wajib pulak..hehehbut i dont know how to dance it..hehehehe
Mario said…
baik cikgu senaman... best best... aku semakin kagum ngan ko...haha
Kanda Isza, ala lagu rock lagi ok... ehe... baru r anak muda nak join... lalalaaa~~~ (^_^)
Sempat lagi ko menggugel related video yek Miss... haha... da tngok, tapi x bape meriah r... kekeke
A'ah la diden... sekentut berdansa... wakaka~~~ ala-ala ber"chemistry" gitu... wek..:P
Waaaa~~~ rerame leh jadi cheerleader ni... aha~~ bile u free???
ish... ish... terharu lak bace komen ko rio... keke... thanx coz being a fren... *mood beremosi*
RerameUngu said…
when i free what?