Wanita Yang Tidak Pernah Puas

 Gambar Hiasan

Assalamualaikum...

Gua agak sibuk kebelakangan ini. Perihal tugasan telah meletakkan dua di tahap "BIONIK". Tapi bukanlah sampai tahap "WORKAHOLIC". Kesempatan 'mengular' ini gua gunakan untuk mengemaskinikan ruangan blog yang makin lama makin jarang gua dapat jengah. Aduhai~~~


Entah kenapa, gua dah berkali-kali menerima e-mail ini. Tapi setiap kali menerimanya, gua masih rela membaca isi kandungan ceritanya. Rehatkan minda. Jom baca!!!


FENOMENA:

Sebuah kedai unik bernama Kedai Suamiku yang menjual calon suami baru saja di buka di kota New York. Kononnya di negara maju yang tunggang-langgang ini, wanita boleh memilih dan membeli suami yang paling tepat untuknya. Di antara arahan yang ada di pintu masuk:

“ANDA DIBENARKAN MENGUNJUNGI KEDAI INI SEKALI SAJA SEUMUR HIDUP”

Kedai itu ada 6 lantai. Semakin tinggi lantainya, semakin tinggi pula harga lelaki yang berada di situ. Anda dapat memilih lelaki di lantai itu atau memilih lelaki di lantai berikutnya tetapi anda tidak boleh pilih lelaki di lantai sebelum itu.

Seorang wanita pergi ke Kedai Suamiku untuk memilih suami yang tepat untuknya.. Setelah dia membayar caj masuk ke kedai tersebut dengan harga yang cukup mahal, dia mula masuk ke lantai pertama.

Di setiap lantai/tingkat tedapat sebuah lembaran berbentuk PEMBERITAHUAN:

LANTAI 1: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan dan taat pada Tuhan.”

Kerana ingin suami yang lebih baik, kemudian ia memilih untuk naik lagi ke lantai berikutnya. Di lantai 2 terdapat tulisan:

LANTAI 2: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan dan suka anak kecil.”

Kerana ingin suami yang lebih baik, kemudian ia memilih untuk naik lagi ke lantai berikutnya. Di lantai 3 terdapat tulisan:

LANTAI 3: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, suka anak kecil dan ambil berat.”

Wow.. fikir wanita tersebut, tapi dia masih tidak puas dan ingin untuk terus naik.

Lalu sampailah wanita itu di lantai 4 dan terdapat tulisan:

LANTAI 4: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, suka anak kecil, amat ambil berat dan suka membantu kerja rumah.”

“Biar betul..!” Wanita itu berkata, “Tak cayala…..!”.

Wanita itu tidak puas dan tetap meneruskan ke lantai 5 dan terdapat tulisan seperti ini:

LANTAI 5: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, suka anak kecil, amat ambil berat, suka membantu kerja rumah dan memiliki sifat romantis.”

Dia tergoda untuk berhenti di lantai 5, tapi kemudian dia melangkah pula ke lantai 6 dan di lantai itu terdapat tulisan:

LANTAI 6: “Anda adalah pengunjung yang ke 4363012. Tidak ada lelaki dilantai ini. Lantai ini diwujudkan semata-mata untuk jadi bukti betapa ramai wanita yang tidak pernah puas seperti anda! Terima kasih telah datang di Kedai Suamiku. Hati-hati bila keluar dari kedai ini dan semoga hari ini adalah hari yang indah buat anda!”

Dari Pena Penulis
--YUSENZE--

Comments

aida said…
mestila nak yg terbaikk4..

mcm lelaki juge,,

nak yg baik,
taat dekat tuhan,
suka kanak2,
lemah lembut..
ade kerja...

haha
Moral of the story, tiada manusia yang bersifat sempurna...
Nafsu itu selalu menutupi kewarasan akal,
Hati naluri manusia itu sememangnya tidak pernah puas dengan apa yang telah dan bakal dimiliki...
RerameUngu said…
well, nobody is perfect in this world..

semua pun mcm tu..lelaki nak yang tebaik utk dijadikan isteri dan ibu kpd anak2 mereka, n so do to women..

but the point here is, NOBODY is PERFECT!.

belajar la bersyukur dan jgn tamak..tu je la bleh ckp..Terima seadanya..sumtime, disebalik kelemahan terdapat kekuatan dan sebaliknya..lihat guna mata hati, bukan mata nafsu..heee

sekian.
waaa~~~ Rerame, jadik motivator... bagos222... i loike... ehehe...
ape2 jer said…
kalau ada la kedai macam ni kompom aku x masuk hehe
apsal lak suami kena beli?
nampak sgt x iklhas
yg penting ikhlas je kt dunia ni
tp skang ko cari la iklhas tu
mmg susah gila nk jumpe ;)
ape2 jer said…
*ikhlas >>ejaan yg betul..td silap ekeke
aaahhh... x kire...
offences already taken...
oleh kerana kesalahan ejaan ko kene belanja aku BigMac... (>__<)
x kire r ko ikhlas ke x... :P
ekeke~~~
Mario said…
aku la laki yg iklhas tu...ekeke
ISZA said…
kalau akak kan dik.. dah lama kluar dari umah tu.. dah nampak sikap tak baik bila rela di jual.. ;p

gurauuu aje.. :)
Guru said…
kalau diberi peluang memilih , apa salahnya....
+++ aku jugak r rio... ekeke~~~
anda Isza : Gurauan diterima... =)
Chegu : Memilih itu kadangkala perlu, tetapi jgn terlalu memilih... ehe~~~
ika yunos said…
perghh... mestilaa kan? :)

sbagai manusia biasa, kita semua nak yang terbaik utk kita. tak kira laki / pompan. ade je laki yg tak bersyukur jugak.

tapi seharusnya ingat nak memilih tu pun haruslah cermin diri dulu. kita pun tak lah sempurna mana nak harapkan smuanya sempurna utk kita.. bersyukurlah dgn ape yg ade..