Edisi Diari Usang

Assalamualaikum.

Rasa bosan mula menyelubungi. Gundah gulana, kebuntuan, ketandusan. Mata kian pudar mengamati skrin televisyen dengan rangakaian rancangan berulang-ulang. Duduk rasa gelisah, ingin berbaring rasa tidak selesa. Pergerakan perlu diminimakan. Kalau hendak diikutkan hati yang gelora ini, mahu sahaja kucapai kunci motosikal mahupun motokar yang tersangkut didinding. Tapi mengenangkan pesan insan tersayang, aku pasrah melayan perasaan yang kesunyian dari aspek sosial.

Malang tidak dapat dihidu. Memanglah kebenarannya tidak dapat disangkal. "Sakit mata memandang, sakit lagi bahu yang patah ini." Ini bukan entri pohon simpati tapi secubit pemberitahuan dan luahan rasa yang terperangkap di ruang sendiri. Seperti yang kalian sedia maklum, pada tanggal 15 April 2010 bersamaan hari Khamis blogger yang agak-agak comel ini telah ditimpa kemalangan jalanraya. Ramai yang bertanyakan rentetan peristiwa yang telah menimpa diri ini secara terperinci. Tapi secara jujurnya, aku tidak dapat menceritakan babak-babak ngeri yang telah berlaku kerana pada waktu itu aku tidak sedarkan diri. Umpama mimpi dalam mimpi, yang aku sedar aku sudah berada di tepian jalan dikelilingi wajah-wajah yang kebanyakannya aku tidak kenal. Dalam suasana kelam kabut aku menarik nafas panjang menahan kesakitan di beberapa bahagian tubuh. Lebih kurang 15 minit kedengaran laungan siren menghampiri.

Sesampai di unit Trauma dan Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya aku dibawa ke bilik X-Ray untuk didiagnosis. Tunggu punya tunggu, sampailah giliran aku mengadap doktor bertugas. Doktor menunjukkan paparan di skrin komputer. Kelihatan imej tulang yang agak mengerikan. Ahaha... Imej tulang akulah tu. Aku pada masa itu masih sempat bergurau dengan doktor walaupun tadi dia ada buat teguran keras kerana tindakankku menanggalkan kain anduh yang menyokong tangan. Dalam kemamaian itu aku cuba mengenalpasti bahagian tulang yang patang. Mula-mula aku teka "spatula" tapi bila aku tengok repot doktor tulis "clavicle" baru aku ingat balik. Haha... Maklum ajelah, aku pun dah lupa nama-nama tulang ni sebab kalau aku ingat pun bukannya aku boleh jadi pakar ortopedik. Ehehe~~~

Doktor bagi perskripsi kat aku. Bila aku baca rasanya satu ubat pun tak ada kena-mengena dengan pembaikpulihan tulang. Ketika aku menerima ubat-ubatan di kaunter farmasi, ternyata tekaan aku tepat. Ubat-ubat yang aku terima memang tak ada kena-mengena dengan kecederaan yang aku alami. Ahaha~~~ Apalagi, aku pun tanya balik kat pakar ortopedik kenapa ubat yang dia bagi tak berkaitan pun. Jawapannya, "Owh, this is such a minor injury only. This is tiny bone and it will heal by itself but will take time to recover. Please minimize your movement and come to see me again in fortnight." Aku pun keluar dari bilik doktor dengan sehelai 'Sijil cuti sakit - 2 minggu'.

Wahaha, aku memang tak puas hati sebab takkan takde ubat berkaitan yang sekurang-kurangnya membantu pemulihan tulang seperti bekalan kalsium tambahan atau sebagainya. Dua hari merana menahan kesakitan. Tidur dalam keadaan duduk yang sememangnya meletihkan. Aku pun mencuba rawatan tradisional. Setelah diurut di bahagian yang patah tu, barulah aku boleh menggerakkan tangan kanan yang selama dua hari bagaikan kaku tidak berfungsi. Cuba anda bayangkan apakah perasaannya ketika proses mengurut itu dijalankan. Heheh... :}

Rasanya cukuplah setakat ini dahulu aku mengarut. Lenguh rasa menaip sebelah tangan. Ehehe... Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang bertanyakan khabar. Mario, Cik jari, Kaka Mimi, Nina, RerameUngu, Cha'on, Jijan, doktor Arieza yang sudi berkongsi maklumat perubatan dengan aku dan sesiapa lagi yang rasa ada kaitan dengan cerpen aku ni. Wakaka~~~

**Frust jugak sebab dah bersemangat nak join deodorant streetfair 17 April tu, tapi tidak berkemampuan menghadirkan diri.**

P/S : Pecah kaca pecah gelas, salah eja jangan marah. Ekeke...

Sekian.

Penambahan dari sumbangan sesawang "ORTHOPEDIC".

What is the treatment for a clavicle fractures?
Treatment of clavicle fractures most commonly involves resting the affected extremity. There are several types of slings available; one commonly used is called a"figure-of-8" splint. This is a brace that wraps around the shoulders to keep them back--like a soldier standing at attention.

It is unusual for a clavicle fracture to require surgery, and most often an attempt at treatment in a sling is made. Surgery is required in some situations when either the skin is broken or if the fracture is severely displaced or shortened.

How long does it take to recover from a collarbone fracture?
Clavicle fractures should heal completely within 12 weeks, but the pain usually subsides within a few weeks. Often patients are back to full activities before 12 weeks has passed, especially with younger patients.

As a general guide to return to activities, nothing should cause worsening pain. If not wearing a sling causes pain, wear a sling. If driving hurts the fracture site, don't drive. If throwing a ball hurts, don't throw. Once an activity doesn't cause significant pain, a gradual return can be attempted.

Recovery is usually complete, with a full return expected. Patients may notice a persistent bump where the fracture was (often for months or longer), but this should not be bothersome.

Dari Pena Penulis,
---YUSENZE---

Comments

ISZA said…
huhuhu.. patutlah tetiba menyepi.. musykil juga rasa dhati.. lupa punya bertanya pada adinda mario walaupun ader menziarahinyer..

apa2 pun jaga kesihatanyer.. ikut nasihat yang dberi.. cubalah pergi swasta.. mana tau ada ubat yang bersesuaian.. dua2 kita usaha.. tak salah kan..
Mario said…
aku cuma hro semangat ko tak hilang...ini ujian yg perlu diambil iktibar...kn byk2 bersabar... huhu
|.a.r.i.e.z.a.| said…
senget ko ni hahah ada plak nk expect ubat supplement calcium.. ko tu muda trang tang tang lg la.. ko patah tulang, bukannye REPUT tulang cik bang oi.. mcm tayar motor pancit, perlu ke ko terus tukar seat motor? hahaha kasik pam sudah.. yg patah, just kena smbung :P lain la klu patah sbb ko tua kerepot yg mane tulang2 semua dh di mkn anai2 hikhik :p

ape2.., aku doakn ko cpt2 sembuh! cuti 2mggu tu.. heaven!!!!!!
kanda isza, menyepi bkn bermakna x skodeng... ehehe... nasihat kanda akan dinda turuti... *wink*
Thanx a lot to bro Rio yg membantu memulihkan semangat... aha... Semangat yang hilang tu biar sekadar lagu je jgn realisasikan...
Waaa... doktor Arieza... aku memang senget sket... ekeke... weh... aku ni kategori muda lagilah yek... aha... terasa jiwa keremajaan aku bersinar kembali... thanx for ur pray... i'm in heaven *wink* tu yang buat aku mkin sayang kat o... ahaha
aida said…
rehat secukupnya!!!!!!!!!!!!!...
RerameUngu said…
wahwahwah..tak bleh blah 'agak-agak comel' tu..hahahahah

papepun, have a good rest...

naper tka cuba g dukun patah..but i dont know where la..hehehehe
Ehehe, ala rerame sekali-sekala isi bakul angkat sendiri. Actually, I gi urut ngan dukun patah la tu... (-_-")
ape2 jer said…
get well soon beb !! ko kuat x de hal mesti boleh sembuh cpt kan ;)