Isu: Cinta<------------>Kawin.

Teori - Fakta atau Auta atau Karut atau Betul atau Dongeng

Assalamualaikum.

Salam ukhuwah buat anda-anda yang sudi menjengah ke sini. Paparan penulisan yang bakal anda baca mengandungi unsur-unsur yang bisa merobek hati sesetengah pihak. Namun ini hanyalah sekadar cetusan yang lahir dari sanubari melalui secubit pengalaman secebis pemerhatian. Bukan karangan ikut sedap hati, tetapi terdorong melalui sembang-sembang kosong dengan mereka yang lebih berpengalaman yang sudi bercerita kenikmatan cinta zaman dulu-dulu.

Apa yang ingin ditonjolkan adalah berkaitan dengan topik "CINTA". Bukan edisi berjiwang karat, tetapi terdetik di hati ingin berkongsi fakta yang nyata. Tolong jangan disalahertikan tentang isi yang bakal ditampilkan. Kupasan secara umum dan mungkin bakal mengimbau sekilas kenangan kepada golongan-golongan tertentu. Gelak dulu. Hahahahahahaaaaa~~~~

Topik : Al-kisah Cintan Cintun
Isu : Dulu dan sekarang
Analisis : Mentaliti, Psikologi, Sosial
Sumber : Buku Fizik - Teori Pelanggaran (Momentum)


1) Kisah Surat Cinta dan Bersua Mesra

Dulu-dulu - Bercinta atas lembaran kertas. Romantiknya bila dapat baca karangan berbunga-bunga coretan ayatnya. Syahdu rasa jiwa bila baca ungkapan-ungkapan puitis. Berulang-ulang dibaca isi kandungannya dengan senyuman terukir di bibir. Nak bertentang mata sekali-sekala pun terpaksa merentasi rintangan kawalan penjaga. Tidak cukup sehelai kertas kajang setiap kali pena mula menari. Hangat rasa bahang "cinta" itu. Jadi tidak hairanlah apabila cinta tidak kesampaian, kecewa yang ditanggung menusuk di hati sehingga meninggalkan parut yang tidak bisa hilang. "Frust menonggeng" kira berbaloilah dengan kadar kuantiti kertas kajang yang telah digunakan. Haha!!! Ibubapa pula melaksanakan tugasan sebagai pengawal dengan amat berkesan. Sekali jeling si teruna terus kecut perut nak mendekati si dara pada lain masa. Maka si teruna yang keresahan di jiwa pun memulakan misi mencoret bibit-bibit cinta sepenuh perasaan dengan ayat-ayat manja kreatif. Kekeke... :) Moraliti dikalangan "penjaga" dan yang "dijaga" kira sama padan puratanya.

Sekarang - Dari mata turun ke hati. Tapi bila dah hari-hari jumpa rasa gelora cinta pun kian pudar. Nanti dulu. Tau, tak semua setuju. Nak memberontaklah tu. Hehe~ Sambung balik. Tiada lagi helaian kertas berkajang-kajang sebagai pengganti diri. Zaman sudah berubah. Itulah yang tertanam di setiap pemikiran remaja bercinta masa kini. Trend menulis surat sudah hilang ditelan zaman. Rajin ber"sms", namun nilai estotika romantika di amor macam dulu-dulu kian lenyap. Mana tidaknya, "sms" itu sendiri berdiri dari perkataan "short text services". "Khidmat Pesanan Ringkas" ini amat sesuai dengan trend masa kini. Kadangkala, pesanan yang ingin disampaikan tidak sampai. Haha!!! Terlalu ringkas ejaannya. Berkaca di mata merenung setiap baris perkataan yang telah diringkaskan seringkas yang mungkin, sedangkan kos "sms" berkenaan sama juga walau dieja penuh. Seterusnya peranan ibubapa. Ibubapa dulu-dulu begitu tegas mengawal hubungan sosial anak-anak. Itu dulu, ibubapa dewasa ini sama 'dewasa' sahaja dengan istilah "peredaran zaman". Kalau dulu, ibubapalah yang dianggap penghalang utama. Sekarang pula ibubapa yang bagi galakan supaya anak-anak keluar bersosial. Rimas tengok anak-anak melekat dalam bilik. Waktu anak keluar rumah, tiada pula pesanan agar jangan tersadung atau tergelincir dari batasan agama. Sekali terlepas pandang, sendiri mau ingat!!!

2) Pencalonan Ketua Keluarga dan Isu Jinjang Pelamin

Dulu-dulu - "A" kata ayah ibu, maka "A" jugalah yang akan dituruti oleh anak-anak. Isu pilihan keluarga bukanlah satu isu yang akan digembar-gemburkan. Pemilihan calon akan dinilai dari sudut rohani. Temuduga tertutup antara si bakal menantu dan bakal mertua terjurus ke arah sifat rohaniah. Soal pekerjaan menjadi aspek kedua yang bakal dinilai. Selesai sesi temuduga maka bermulalah sesi ikat janji berkaitan majlis yang bakal berlangsung. Kadar wang hantaran hanyalah sekadar memenuhi syarat dan bersepadanan dengan kos majlis. Tetap meriah cuma tidak glamor. Hahaha!!! Maknanya, bercintalah si dara dan si teruna selepas berkahwin. Haha~~~

Sekarang - Calon yang bakal menjadi teman hidup "mesti" pilihan sendiri. Bila berlaku situasi ibubapa mendesak dengan pilihan mereka, maka akan berlakulah edisi pemberontakan oleh si anak. Kononnya ibubapa tidak berhak menentukan pasangan mereka. Lari!!! Timbul pula isu bersekedudukan yang tidak mampu ditegah, tidak bisa dicegah kian menjadi-jadi bertambah parah. Tinggalkan sejenak gejala sosial kita kembali kepada isu pencalonan dan wang hantaran. Emm... Zaman ini perkara utama yang menjadi soalan semasa sesi temuduga adalah soal kerjaya. Bukan lagi soal tatatertib dan pegangan nurani.

"Apa??? Mat Peon???" Bisikan kecil si ibu ke telinga si bapa yang bisa didengari segenap ruangtamu.

Maka sipi-sipilah harapan si teruna ingin menyunting bunga di taman. Wakaka!!!

Kisah wang hantaran pula. Tidak mahu kalah dengan jiran sekampung atau setaman atau sedaerah. Ehe~~

"Pa, anak jiran kita tu cuma lulus SPM aje. Hantaran kahwin dah cecah RM8000 serba satu" Kata Mama kepada papa. Papa termenung sejenak. "Anak kita kan lepas STPM harus letak tinggi lagi. Paling kurang pun RM9999 serba berdiri" Sambung Mama.

Bukan lagi rukun dan adat yang dititikberatkan. Soalnya sekarang tidak mahu kalah dalam pertarungan merebut "GLAM-GLAM". Nak buat majlis biar nampak berprestij katanya. Syarat wang hantaran yang dikenakan kurang beberapa ringgit sahaja dengan kos wang hantaran artis glamor tanah air. Mau tak tersedak si teruna!!! Wakaka~~~

3) Sesi Akur Janji a.k.a Akad Nikah

Dulu-dulu - Wajah tenang terpamer di wajah si teruna tatkala mengadap si Tok Kadi. Apa yang hendak digusar, ilmu penuh di dada. Panjang lebar soal-jawab yang melibatkan kerukunan antara si bakal pengantin lelaki dengan si Tok Kadi. Tiada masalah.

Sekarang - Terketar-ketar kepala lutut bila bertentang mata dengan Tok Kadi. Mana tidak, takut-takut Tok Kadi suruh nyatakan semula rukun nikah, rukun iman mahupun rukun Islam. Hahaha~~ Lebih pedih kalau-kalau Tok Kadi tiba-tiba suruh baca doa Qunut secara terang. Ehe~~ Alasan, sudah semestinya darah gemuruh. Konon!!! Sedangkan bukannya manusia yang ada di sekeliling tidak perasan akan kelibat si pengantin lelaki yang begitu petah berbicara dengan penuh keyakinan setiap kali muncul di kaca televisyen. Pantas sahaja memotong bicara Tok Kadi selepas selesai berIstighfar.

"Err, Tok... Janganlah tanya panjang-panjang, semua saya dah belajar masa kursus kahwin haritu" Si pengantin merapatkan mulut ke telinga Tok Kadi.

Kisah tamat di sini.


Kupasan : Sejauh manakah akan kebenaran analisis di atas marilah sama-sama kita renung-renungkan, dan selamat beramal!
Keputusan : Tiada keputusan rasmi. Maknanya masih boleh dipersoalkan dan belum muktamad.

Sekian.

Dari Pena Penulis,
---YUSENZE---

Comments

Chaon Cornerz said…
mesti la nak pilihan sendiri.. baru puas ati.. hahha..
Unknown said…
ok,
deco mahu analisis satu persatu berdasarkan pemerhatian deco..(kawin is my feveret topic ..hehe)

1) Kisah Surat Cinta dan Bersua Mesra

-kisah surat cinta pernah dilalui & ternyata GAGAL sebab masing2 tak kenal perangai masing2 yang sebenar...tapi sekali terPUTUS mmg betul la frust menonggeng even surat yg berkajang2 telah pon selamat menjadi abu-debu-hitam...

-Bersua selalu:tiada komen yg khusus...

2) Pencalonan Ketua Keluarga dan Isu Jinjang Pelamin

-My 3rd bro penah mengalaminya..di awal perkahwinan,nmpak kekurang mesraan mungkin kerana baru kenal-now keluarga mereka yg paling ceria....KEBERKATAN pilihan ibu ayah...


3) Sesi Akur Janji a.k.a Akad Nikah

-Suka tengok org menikah dr kecik2 hingga sekarang...

Yus~~~my mum makin kerap membuka topik kawin~~~oh tidak~~~si jejari berasa gembira bercinta dengan si keyboard yang setia -tak mendukacitakan~~~~~~~~~~
Aishah Malik said…
ini betul.. serius.. tak main2..
|.a.r.i.e.z.a.| said…
tu yg aku nk iktu style2 dulu ni. tulis surat pakai kertas kajang.. hntr surat smggu skali. klu nk call pun, sebulan sekali, tu pun kena buat temu janji dlu :p classic dow!
ape2 jer said…
wakaka no komen hehe
Chaon, ko hemsem bole r cakap camtu... ekeke... :P
Cik jari ye, call me if u need me... ahaha~~~
Cikecah, ini yang dinamakan "perspektif". Tak semua sependapat begini... ehe~~
Wakaka~~~ arieza... yolah.. seronok beb men balas2 surat... "pehuh ngan sentimental value beb"
Miss... err... aku pon no komen... ekeke
RerameUngu said…
no komen..tak tau nak komen ape..heheheh
ahaha~~~ ni sorang lagi... why n komen ye cik rerame???
aida said…
kalau boleh kalau suami tu.. nak parent yg cr calon...
hehehhee

kalau bf xpe sndri cari..

sbb nak suh parent cari.. sbb mereka lebih arif dalam hal2 ni... masa depan woo... tapi.. mak abah x kan cari ye la... mereka suruh cari sendiri~