Selamat Datang ke Halaman Inspirasi Naluri Ini

Friday, May 07, 2010

Asal Usul Nasi Lemak!


Al-kisah peristiwa bersejarah ini berlaku pada zaman dahulu kala. Pada zaman yang berkenaan penempatan awal, biasalah di kaki bukit dalam rimbunan hutan belukar. Namun begitu ideologi serta kebijaksanaan manusia sudah mulai berkembang. Dari segi pertanian, kaedah penanaman padi huma sudah mula dijalankan. Cuma pada ketika itu kaedah tersebut bukan untuk tujuan komersial tetapi untuk menampung keperluan asasi seharian iaitu "makan".

Di sebuah penempatan, tinggal dua beranak di sebuah pondok usang beratapkan rumbia. Di pondok usang itulah tempat Siti Nor Evanatasya tinggal bersama ibunya yang tercinta. Evanatasya meminati bidang masakan. Setiap hari semasa ibunya keluar bekerja dia akan mencuba idea atau resepi baru tentang masakan.

Pada suatu hari, terdetik di hatinya untuk mencipta resepi baru berasaskan beras dan beberapa bahan yang ada di dapur. Dia menyediakan santan kelapa, hirisan halia dan beberapa helai daun pandan. Dia kemudiannya menggaulkan beras yang sudah dibasuh bersih dengan hirisan halia. Jika selalunya dia menanak nasi dengan air putih tetapi pada kali ini dia menukarnya dengan santan kelapa. Setelah disukat secukup rasa dia kemudian memasukkan beberapa helai daun pandan bertujuan untuk menaikkan aroma. Bijak!

Sementara menunggu nasi masak, Evanatasya mencari idea apakah lauk yang sesuai dihidangkan bersama resepi nasi terbarunya itu. Dia terpandang himpunan cili-cili yang sudah kering. Otaknya yang bergeliga mula mencetuskan idea untuk membuat sambal. Cili kering ditumbuk lumat. Kemudian dia mencampurkan sedikit perahan air asam jawa, secubit garam dan gula ikut sedap hatinya. Segala bahan tersebut ditumis. Dia kemudiannya ke luar rumah dan meengambil segenggam anak ikan yang telah dikeringkan. Dimasukkan anak-anak ikan kering berkenaan ke dalam sambal tumisnya.

Sambal tumis sudah siap. Nasi yang ditanak juga telah masak. Kini tibalah masanya untuk menghidang. Setelah dihidang dia rasa ada kekurangan tentang hasil dekorasinya. Dia pun menghiris timun dan meletakkannya di atas timbunan nasi yang sudah dihidangkan. Beberapa ketika kemudian, ibunya pun pulang dari berkebun dengan beberapa biji telur ayam di tangan. Ibunya menyerahkan telur ayam berkenaan kepada Evanatasya.

SESI DIALOG 1

Tasya : Hidangan makan malam Tasya dah siapkan. Mak mandilah dulu nanti kita makan sama-sama.
Si ibu : Emm, yelah. Mak pun takde selera nak makan dengan badan yang melekit-lekit ni.

Sementara menunggu ibunya siap mandi, Tasya merebus beberapa biji telur ayam. Dia juga menggoreng dua biji dari telur tersebut. Setelah lima belas minit, ibunya pun telah siap berdandan dan bersedia untuk menikmati hidangan makan malam. Setelah duduk, ibunya tepana melihat hidangan yang disediakan oleh anaknya pada malam itu. Harum semerbak aroma yang hadir dari nasi yang dihidangkan.

SESI DIALOG 2

Si ibu : Apa yang kamu masak ni?
Tasya : Nasi le mak.
Si ibu : Agak luarbiasa hidangan malam ni. Apa yang kamu masak ni?
Tasya : Aduhai!! Nasi le mak.

Maka, bermula dari hari itu tercetuslah sebuah resepi yang digemari oleh setiap generasi iaitu nasi LE MAK.

Sekian.

Dari Pena Penulis,
---YUSENZE---

14 comments:

rutikeben said...

kalu bpk die tnye

jd la nasi lepak ek

hahahaha

ApekxHensem™ said...

kuikuikui...apek mmg suka nasi lemak...tambah2 kedai macek Joanne simpang tiga dekat lumah apek...sikalang balu tau asal usul kekeke

cikgu isza said...

hari tu nangis sebab suami lupa beli nasi lemak.. hehehe

captain88 said...

nasi le... mak...
sambal2 yg dia msak... x ckap plak...
sambal le mak... kannn

YuSeNzE - KniGhT said...

wakaka... betul la tu ruti, sib baik r watak bapak dia aku x masukkan...

YuSeNzE - KniGhT said...

apek, wa pun tak sure ngan citer asal usul ni... wa hentam semacam... kuikuikui...

YuSeNzE - KniGhT said...

ish!! manjeyer kanda isza ku ini... sebab nasik lemak pon nanges yek... hehe

YuSeNzE - KniGhT said...

kapten, sbb tajuk entry asal usul "nasik" bkn asal usul "sambal"... ahaha

ain fathihah said...

wakaka..logik juga ya

YuSeNzE - KniGhT said...

logik tapi tak benar... wakaka...
rekaan semata-mata...

RaMa2UnGU said...

hahahha..auta!!

YuSeNzE - KniGhT said...

ceh~~ memang r auta... al-kisah jer... :P

|arieza| said...

komen ruti keben aku xtahan hahaha nasi lepak hahaha ok gak tu what :P

ko buat aku lapar!!

YuSeNzE - KniGhT said...

nasib bek bkn lagenda nasi lepak... giler sengal jek bunyik entri aku... wahaha