Blogger Profesionalkah Aku???



Dari Blogger Untuk Blogger

Entri mengada. Konon-konon macam tips jugaklah. Cuma bukan secara menyeluruh. Mengupas serba sedikit tentang aspek dalam gaya penulisan. Tampak lebih gah dalam dunia blog. Mungkin ini faktornya. Bacalah dengan jiwa yang tenang serta kusyuk. Ahaha~

Isu : Tips Blog Ala-ala Pro Gitu.
Subjek : Gaya Penulisan
Sumber : Merata-rata (Sumber Utuh)


"Tentukan identiti yang ingin ditonjolkan" - Nasihat dari seorang blogger "otai".

Kembali kepada topik asal. Sejauh manakah anda sebagai "BLOGGER" mengambilkira aspek dalam gaya penulisan? Gaya penulisan merangkumi segenap etika dengan memuatkan gaya bahasa atau prosa, nahu, tatabahasa, dan ejaan. Mungkin hanya segelintir sahaja yang menitikberatkan tentang aspek-aspek ini dalam sesebuah entri yang ingin diterbitkan kepada umum. Sila ikuti hasil kajian yang telah saya lakukan. Sejauh manakah kita memikirkan tentang kepentingan identiti profesionalisme dalam dunia blog? Renung-renungkan dan selamat beramal!

1) Sumber/Bahan

Tidak dinafikan ada ketikanya kita buntu untuk mencari bahan untuk diterbitkan. Sumber dari dunia siber terbentang luas untuk diketengahkan. Kekerapan memuatkan kisah peribadi tampak cepat membosankan pembaca. Benarkah begitu? (selingan : Aku punyer blog, suka hati akulah)

Pemilihan bahan yang tidak terlalu berat untuk tatapan umum mungkin membantu. Selain itu, lebih mudah untuk kita mengolah susunan bahasa dan ayat dengan prosa yang lebih efektif. Penggunaan beberapa sumber baru dalam perbendaharaan kata juga akan menampakkan hasil penulisan kita lebih profesional. Bagi sesetengah olahan yang bertemakan informasi, adalah lebih gah jika kita mendapatkan fakta-fakta yang kukuh dan susah untuk dipersoalkan. Bina rangka pengisian jika perlu sebelum memulakan olahan cerita. Carilah bahan yang mampu menarik minat pembaca. Selain itu, tajuk entri juga biarlah menjurus kepada keterujaan para pembaca untuk mengintai isi kandungan entri.

2) Ejaan

Kebanyakan blogger lebih suka menerbitkan entri yang ringkas. Oleh yang demikian, adalah sesuai jika menggunakan ejaan yang penuh daripada menggunakan singkatan. Entri kita akan tampak lebih kemas dan profesional. Tidak dinafikan, ramai yang lebih gemar meletakkan "text align:center". Sebagai blogger yang profesional, kita harus memikirkan tentang pandangan para pembaca yang juga dari golongan profesional. Melalui kajian mahupun survey yang saya lakukan, rata-rata blogger yang memuatkan entri bercorak penulisan berinformasi tidak menggunakan kaedah ini sama sekali. Dan apabila ditanya pendapat mereka, majoriti menyatakan akan berlalu tanpa membaca jika terserempak dengan entri bersifat sedemikian. Jadi, saya kira perkara ini juga memainkan peranan dalam gaya penulisan profesional.

3) Pemilihan bahasa

Ada sesetengah blogger yang menerbitkan bahan bacaan dengan penggunaan bahasa "rojak". Adalah lebih sesuai jika sesebuah entri yang ingin diterbitkan menggunakan satu bahasa sahaja. Jika anda memilih untuk menerbitkan bahan bacaan dalam bahasa Inggeris, biarlah dari awal sehingga penghujungnya. Hal ini akan menonjolkan identiti blogger yang bersifat profesional. Selain dari itu, kita juga harus peka dengan persekitaran. Maksudnya pemilihan bahan dan gaya bahasa yang ingin digunakan perlulah bersesuaian dan tidak menyentuh sensitiviti pihak tertentu. Wajib berhati-hati.

Penutup

Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah, pemilihan bahan dan gaya bahasa amat berkepentingan bagi menonjolkan imej profesionalisme dalam dunia blog. Faktor penggunaan bahasa dan tatatertib mengolahnya juga perlu diambilkira untuk menampakkan ciri-ciri profesional dan kesungguhan kita menceburkan diri dalam dunia blog ini. Keterampilan dari segi berbahasa akan menceritakan tentang personaliti pemilik blog berkenaan. Pengolahan serta permainan kata-kata amat penting untuk menarik minat pembaca dari golongan profesional. Sekian.

p/s : Sebagai contoh, penulisan dalam blog En.Azizan Kadir yang tampak gah dan profesional. Beliau memang pandai bermain kata-kata. Idea mengaitkan unsur yang tidak kena-mengena dengan tajuk adalah bijak sebagai daya penarik.

pss : Jan, ko kene belanja aku McD. Haha~~~

Dari Pena Penulis kurang Pro,
---YUSENZE---

Comments

Chaon Cornerz said…
yezza.. first.. hahha.. pastu baru baca.. ekeke..
Chaon Cornerz said…
hohho... ayat2 zizan memang best.. sesetengah blogger tue pakai ayat shortform je.. susah gle nak baca.. then aku jadi malas nak bace.. hahha..

bagus info kat sini.. 5 bintang..
pago" said…
info berguna. tq!
ika yunos said…
wahh gituu.. hehe. tak berape minat nak bace blog yang text align center. nmpk kurang kemas. :))
Cik Effie said…
HAHHA PASTUH BARU BACA
|.a.r.i.e.z.a.| said…
semoga ko jd mcm jijan jugak :p
Padin said…
hehe.. bagus info ko nih
Izyanti said…
thanx for the info. :)

kdg2 kalau ejaan shortform sgt, nak bace pon payah.