Brazil - Piala Dunia Afrika Selatan 2010 (1)


DUNGA
  • Tempat lahir: Ijuí, Brazil
  • Kelab terdahulu:Gagal dikesan
  • Pencapaian: Copa América: 2007; FIFA Confederations Cup: 2009
Info :-

Carlos Caetano Bledorn Verri, lebih dikenali sebagai Dunga lahir pada 31 Oktober 1963. Dan pada usia 30 tahun, beliau sebagai kapten pasukan Brazil telah memimpin pasukannya untuk berjaya di Piala Dunia 1994. Sebagai pemain, beliau tegas dan agresif mengatur strategi dalam pasukan yang lebih kepada corak permainan taktikal dan telah menyimpang jauh dari corak permainan Brazil yang biasa.

Setelah bersara pada tahun 2000 sebagai pemain dari kelab Itali, Jerman dan Jepun, Dunga kembali turun padang pada tahun 2006 serta beliau telah dinamakan sebagai jurulatih Brazil baru walaupun tidak mempunyai pengalaman sebelum ini.

Setelah beberapa hari memulakan tugasan sebagai jurulatih baru, masalah mulai timbul kerana beliau tidak memiliki lesen kejurulatihan yang profesional dan pendidikan akedemik yang rendah. Perkara ini telah melanggar undang-undang di negaranya. Beberapa bulan pertama tidak mudah bagi beliau membimbing pasukan Brazil mengubah kepada corak permainan taktikal kerana bertentangan dengan cara tradisional permainan Brazil yang lebih kepada skil individu dan samba.

Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva bahkan menyelar Dunga dan pasukannya kerana kemerosotan pasukan. Dunga terus menghadapi tekanan dari pihak media dan para peminat pasukan Brazil tetapi lama-kelamaan pasukan bimbingannya mula menemui rentak dan perlahan-lahan mengenali identiti mereka yang baru.

Setelah kekalahan 2-0 kepada Mexico pada pertemuan mereka tahun 2007  dalam kancah Copa América, Brazil mulai mendapat keserasian untuk menewaskan pasukan Argentina 3-0. Dalam kelayakan untuk piala dunia Afrika Selatan pula, mereka menduduki tempat pertama dalam sainan peringkat kumpulan setelah menewaskan seteru utama mereka iaitu Argentina 3-1. Pada peringkat kelayakan itu ramai yang bertanggapan pasukan Brazil tidak berada pada tahap sebenar namun begitu, peminat mulai menaruh kepercayaan dengan corak permainan yang ditonjolkan oleh pasukan Brazil hasil bimbingan Dunga. Perkara ini secara tidak langsung telah membuka mata banyak pihak tentang kebolehan Dunga sebagai jurulatih pasukan elit ini.

Kekuatan: Pendekatan Dunga untuk mengubah corak permainan pasukannya kepada corak permainan berbentuk taktikal ternyata memperlihatkannya sebagai seorang yang berkelayakan untuk membimbing pasukan elit ini. Hal ini kerana, dewasa ini corak permainan yang teratur menjadi tonggak kejayaan sesebuah pasukan itu. Beliau menekankan bahawa selain menajamkan jentera menyerang, benteng pertahanan juga perlu dititikberatkan. Keseimbangan ini akan menjadikan sesebuah pasukan itu lebih mantap dan serasi.

Formasi: Formasi yang ditonjolkan oleh Dunga secara umumnya adalah 4-2-3-1. Dengan Luis Fabiano sebagai peneraju di bahagian serangan diperkuatkan lagi oleh Kaka, Robinho, Elano, Nilmar dan Ramirez. Jentera pertahanan pula diperkuatkan oleh Gilberto Silva dan Filipe Melo. Corak yang diterapkan oleh Dunga  dalam pasukan Brazil adalah lebih kepada corak permainan Eropah bersandarkan pengalamannya sebagai pemain tengah bertahan dalam kelab Italy. Beliau mengutamakan prinsip "total footbal" yang mana corak permainannya adalah lebih kepada corak serangan balas. Beliau secara tidak langsung telah mengubah sama sekali corak permainan Brazil yang tradisional kepada corak moden.

Petikan kata-kata: "Ever since we took over, we've been trying to make our players, who are all stars with their club sides, become workers out on the pitch." Dunga.

Ramalan Piala Dunia : Dijangkakan pasukan Brazil akan menjadi pasukan pilihan bersama-sama pasukan Sepanyol. Walaupun Brazil tidak lagi bermain corak kegemaran tetapi pasukan ini mempunyai kekuatan dari segi taktikal hasil garapan Dunga yang selaras dengan corak permainan masa kini.


p/s : Kepada En.Mario (Sepanyol) - Ada gerun tak baca fakta di atas. Karang sendiri. Bukan plagiat. Sumber fakta : google.

Sekian.

Dari Pena Penulis,
---YUSENZE---

Comments