Macam-macam Hal ;P



Assalamualaikum

Sedang asyik layan "blogwalking" tiba-tiba telefon berdering. Oh, 'member' lama ajak keluar hirup-hirup teh di kedai mamak. Melintasi dari satu meja ke satu meja, kedengaran cerita kemenangan Malaysia menentang Denmark. Kisah merebut Piala Thomas hangat diperkatakan. Aku jeling-jeling 'member' aku sambil senyum sumbing. Bangga jugalah rasanya di atas kemenangan itu.

Namun yang demikian, di sebalik kehangatan Piala Thomas yang dirasakan oleh segenap makhluk, bagi aku dan rakan-rakan berasakan lebih kehangatan Piala Dunia yang bakal tiba. Kami lepak di kedai mamak dengan ghairah bercerita tentang Piala Dunia. Masing-masing membuat ramalan tentang pasukan yang bakal mara ke peringkat akhir. Aku bukanlah nak memilih sangat pasukan yang handal, cuma memang dari dulu aku minat kat Brazil. Hahha!!! Tetapi, tengah ghairah-ghairah tu tiba-tiba...

Sesi Dialog
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku : G, ko pilih negara mana World Cup nanti..?

G : Aku mesti la Brazil... hahaha...

Kecik : Aku rase Spain dapat la kali ni...

Aku : G, kalau betul ko minat Brazil... Siapa pemain Brazil yang ko kenal???

G : Err... Pele, Dunga, Romario... ramai lagilah...

Aku & Kecik : Hoh!!?? (sambil berpandangan)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hahahaha... Apa yang aku nak simpulkan di sini ialah, ramai yang mengikuti perkembangan acara-acara dunia yang bakal berlangsung. Namun begitu, ramai yang hanya "hangat-hangat taik ayam" dan cuma ikut-ikut sahaja. Masing-masing tidak mahu kalah, tetapi tidak mengikuti secara menyeluruh akan fakta yang terkini. Bukannya aku nak menjatuhkan semangat mereka-mereka yang membara menanti ketibaan hari berlangsungnya Piala Dunia, cuma pada aku sekurang-kurangnya kita kena juga mengambil tahu akan nama beberapa pemain dan jurulatih. Bukan sekadar tahu nama negara sahaja. Tamat!!!

p/s : Perkara yang sama berlaku pada liga Perdana Inggeris, ramai yang berkobar-kobar melaungkan nama kelab yang diminati. Tetapi hakikatnya, tentera yang menggerakkan pasukan berkenaan cuma kenal 2, 3 kerat aje itupun sebab hensem badan ketul-ketul. ;P

pss : Mario - Spain, Yus - Brazil, Ruti - Spain, JiJan - France, Cha'on - Spain... yang lain2 sila declare pasukan anda!!! hahha...

I Know That I'll Never Walk Alone!!!

---Bukan Diskriminasi---

Dari Pena Penulis,
---YUSENZE---

Comments