Mari berkenalan dengan NAFSU

Assalamualaikum...

Aku tebaca artikel ini. Dan aku tidak teragak-agak untuk berkongsi di sini. Tatkala aku merenung ke sini, aku teringat bicara guru. Aku cuba memanipulasikan kembali secebis renungan ini menjadi suatu amalan.

NAFSU

Nafsu kalau tidak dididik ke arah kejahatan pun, dia tetap akan buat kejahatan. Betapalah kalau dididik ke arah kejahatan dan melalui sistem yang jahat. Malang bagi suatu bangsa yang nafsunya memang jahat, dididik, diasuh dan dibaja pula ke arah kejahatan. Akan lahirlah orang pandai yang jahat, orang bodoh yang jahat, pemimpin yang jahat dan pendidik yang jahat. Sebab itu nafsu perlu dikenali tahap-tahapnya. Nafsu wataknya memang jahat.

Dalam Islam pun kita diajar bahawa nafsu terbahagi kepada 7 peringkat iaitu:

1. Nafsu Ammarah
2. Nafsu Lawwamah
3. Nafsu Mulhamah
4. Nafsu Mutmainnah
5. Nafsu Radhiah
6. Nafsu Mardhiah
7. Nafsu Kamilah

Sesiapa yang bermujahadah terhadap nafsu, ditingkatkannya daripada jahat kepada baik, maka Tuhan akan memberi petunjuk kepada jalan yang baik. Itu janji Tuhan. Sebab itu nafsu kena dididik. Nafsu adalah musuh utama manusia. Kedua baru syaitan. Nafsu musuh dalaman. Syaitan hanya musuh luaran. Tetapi pelik, manusia tidak pandang seperti itu. Sebab itu orang yang besarkan Tuhan akan memandang nafsu itu besar dan wajib diperangi. Nafsu itulah yang sangat menyusahkan. Sebab itu dalam ajaran Islam kita mesti bermujahadah dalam melawan nafsu.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Dari Pena Penulis,
---YUSENZE---

Comments