Pelajar pintar

Assalamualaikum...

Kadangkala kita terkeliru dengan perspektif yang sempit. Perihal ini menyebabkan diri kita terbelenggu dengan suatu ikatan mentaliti. Mengapa tidak sesekali kita ubah corak pemikiran dan pandangan dalam menilai sesuatu? Mungkin kerana kita tidak yakin dengan pendirian sendiri. Paradigma bukan sekadar suatu pengucapan tetapi perlu tindakan susulan bagi mencapai apa yang telah disasarkan.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------



Cikgu: Siapa mahu menjadi angkasawan, angkat tangan.

Semua murid-murid tahap tiga mengangkat tangan kecuali hanya seorang daripada semua 40 orang murid.

Cikgu: Mengapa kamu seorang tidak mahu menjadi angkasawan?

Mamat: Di sini saja dah 39 orang, kalau dicampur dari murid sekolah lain entah berapa ribu jumlahnya. Kapal angkasa hanya boleh muat tiga orang saja dan ISS belum lagi seluas padang bola, cikgu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulannya, kita tidak semestinya menjadikan budaya ikut-ikutan ini sebagai satu pegangan. Kita haruslah berfikir di luar kotak pemikiran yang dibelenggu oleh pengaruh sekeliling. Maksudnya belenggu budaya ikut-ikutan. Yakin dengan pandangan sendiri. Yakin dalam setiap tindakan.

Sekian.

Dari Pena Penulis,
---YUSENZE---

Comments