Sebuah Kisah - Teman Maya

Assalamualaikum...

Saat mentari mula berlabuh, aku dan MARIO duduk di pangkin berduaan bertarung kebijaksanaan mengatur gerak bidak. Sambil menghirup kopi panas, aku menjeling ke arah Mario yang mengerutkan dahi merenung buah catur. Aku mencapai sekeping RUTIKEBEN yang terhidang di depan mata. Sayup-sayup kedengaran suara CHAON yang berlagu syahdu semakin menghampiri. Beriringan sahaja dia bersama DARKBATMAN mendekati pangkin. ARIEZA dan CIK B kelihatan anggun mengenakan kebarung sedondon. Sememangnya hari ini begitu bermakna. Sebuah agenda sedang dinanti bersama.

Berada di bawah pohon cemara yang rendang ini terasa nyaman sekali tatkala sang BAYU bertiup. Kehijauan rumput-rumput meliputi bumi mendamaikan lagi pandangan mata. Bunga-bungaan bewarna-warni berkembang harum semerbak menusuk ke rongga hidung. Kelihatan sepasang rama-rama UNGU dan MERAH JAMBU beterbangan dengan bebas. NANA dan KAK EL duduk bersimpuh di hamparan rumput umpama baldu. Entah apalah yang dicelotehkan oleh mereka berdua. KAK ROSALIZA pula sedang asyik berkongsi idea masakan bersama MIMI dan NINA. Aku tersenyum di bibir terus ke dalam jiwa.

Tidak lama KECH, AISYA, dan ASYURA pula tiba. Di tangan Aisya kelihatan sekuntum bunga orkid yang bewarna VIOLET. Aku merenung ke arah barat daya. Kelihatan TTT sedang mendepangkan tangan di tengah rimbunan bunga. Sesekali rambutnya mengerbang ditiup angin. AIIN berlari-lari anak ke arah RIZPUTRA yang hadir bersama kambingnya. BLACK menyandarkan cangkul di pangkal pohon cemara kemudian melabuhkan punggung di sebelahku. Kelihatan keringat di dahinya mengalir ke dagu.

Tiba-tiba, semua bagaikan terpana seketika setelah mendengar bunyi libasan. Kelihatan CHEKGU ISZA yang tersenyum sambil melibas-libaskan rotannya. Di belakangnya TOUYAKARUMA mengekori sambil menundukkan kepala. "Sudah sampai, sudah sampai!" Laung ULTRAMAN. Kami semua segera berhimpun mengelilinginya. Sekian lama menanti akhirnya insan penglipurlara pun tiba. Setiap wajah terpamer riak teruja. Masing-masing ternanti akan bicara yang bakal terpacul dari mulut seorang insan yang bernama AZIZAN KADIR. Oh! Begitu indah kurasakan suasana harmoni sebegini. Betapa akrab hubungan yang terjalin. Sekian.


p/s : Ini merupakan idea merapu yang muncul saat subuh menjelma. Setiap baris kata yang tercoret merupakan penghargaan kepada teman-teman blogger yang sentiasa memberi dorongan serta kasih sayang. Terima kasih kepada kalian semua yang sudi berkongsi kegembiraan walau hanya sebagai teman di alam maya. Kepada mereka-mereka yang tidak termasuk sebagai watak dalam hikayat ini, maaf dipinta. Sesungguhnya karangan imaginasi ini hadir secara sepintas lalu yang lahir dari benak melewati NALURI INI yang KERDIL.

pss : Ini adalah sebuah nukilan berbentuk imaginasi. Setiap watak dengan tulisan yang dibesarkan telah disertakan dengan pautan ke blog-blog tertentu. Terima kasih.


"A True Friend Is One Who Overlook Your Failure And Tolerates Your Success"

**Kepada sesiapa yang sudi, sila ambil sebuah penghargaan yang tidak seberapa ini**


"Sori, tulisan buruk, tangan gigil"



Dari Pena Penulis,
---YUSENZE---

Comments

Sori, segala komen2 anda telah bersemadi dalam akaun disqus..

Harap Maklum.. (-_-")
Kech Hidayah said…
aku komen sini ^_^

Terima kasih yus !!! esok belanja aku tau !! thanks!!