Abadikan Sebuah Kenangan.



Assalamualaikum...

Rentetan peristiwa menjadi titik tolak dalam menempuh perjalanan seterusnya. Dari secebis kenangan indah dan terluka sebenarnya adalah suatu pengajaran agar detik-detik mendatang mampu diharungi dengan lebih matang.

Bagaimana cara untuk kita menghargai sesebuah kenangan?

Mungkin bagi sesetengah individu lebih cenderung menyisipkan sesuatu kenangan melalui coretan di dalam diari peribadi. Ada juga yang menyimpan himpunan gambar-gambar untuk menggamit kenangan. Walau apa juga caranya, yang pasti sesebuah kenangan itu pasti tersemat di dalam hati dan sanubari. Tidak semua peristiwa mampu dirakamkan melalui penulisan mahupun sisipan foto. Impak gamitan kenangan akan lebih mengujakan jika digamit bersama insan yang melaluinya bersama. Sebagai contoh, kenangan kenakalan di zaman persekolahan.

Apabila mengungkap istilah kenangan, pasti ramai yang lebih terjurus ke arah cinta dan perasaan. Istilah kenangan silam lazimnya mengingatkan kepada kenangan berkasih sayang bagi sesetengah individu. Jiwa rasa gembira, terharu, hiba, dan sebagainya tatkala sesi imbas kembali berlangsung.

Secara umumnya, setiap insan itu mempunyai bingkisan kenangan yang tersendiri. Ada kenangan suka dan ada juga kenangan membawa duka. Walau apa jua bentuk kenangan itu, ianya adalah suatu khazanah yang amat beharga.

"Hargailah sebuah kenangan, kerana ia suatu kebetulan"

Sekian.

Dari Pena Penulis,
---YUSENZE---

Lirik Lagu - Sweetchild
Kau Guris Perasaan...


Semenjak kau kenali dia,
Pandanganmu mula beralih arah,
Aku di sebelah bagai tak nampak,
Seolah kasihku...
Sudah tercampak dari hatimu.

Tak mampu untukku bersuara,
Tak sanggup bersemuka dengannya,
Walau di hati marah membara...
Kerna kusedar, Cinta itu tak boleh dipaksa...

Kiranya apa,
Yang terucap selama ini.
Hanya sekadar madah,
Penyeri suasana...
Oh.. amat pedih,
Perasaan ini bila dipermainkan,
Sewenang-wenang olehmu,
Yang kuanggap kekasih.

Dalam keadaan yang tertekan,
Masih mampu kubertahan...
Lainlah engkau waktu ini,
Bersamanya menyemai janji.
Terpaksalah kulupakan walau...
Hati masih sayang.
Kerna engkau kini jadi milik orang...

Tak perlu kuucap bahagia,
Padamu kini bersamanya,
Kerna hati ini masih marah lagi,
Atas perbuatan...
Yang telah mengguris perasaan.


p/s : Penulis dalam 'mood' melara jiwa sambil menonton Piala Dunia... Baca dan hayati lirik di atas dengan jiwa yang lara... ekeke;)

Comments