Dijangkakan aksi pembukaan yang menarik bakal ditonjolkan oleh pasukan tuan rumah pada perlawanan pembukaan yang bakal berlangsung pada 11 Jun 2010 di Johannesburg. Ini merupakan penampilan buat kali kedua bagi pasukan Afrika Selatan di kancah Piala Dunia. Diterajui oleh seorang jurulatih yang tidak asing lagi di mata dunia iaitu Carlos Alberto Parreira.
Tidak kurang hebat pasukan Mexico yang bakal turun padang untuk beraksi buat kali ke 13 di Piala Dunia. Dibarisi beberapa bintang ternama seperti Castro yang bakal bergandingan bersama Torrado di bahagian pertahanan manakala di bahagian serangan pula bakal menyaksikan beberapa lagi pemain bintang yang terkenal seperti Guillermo Franco, Javier Hernandez, Carlos Vela dan Giovani Dos Santos.
Pasukan "Bafana Bafana" dijangka bakal menerima tekanan yang tinggi kerana berada di dalam kumpulan yang mencabar bersama 3 pasukan handalan berpengalaman dunia iaitu Perancis, Uruguay dan Mexico. Namun begitu kelebihan berada di tempat sendiri mungkin bakal merombak segala tanggapan umum sepertimana yang dilakukan oleh pasukan Korea Selatan suatu ketika dahulu.
Bagi penulis sendiri, rasa teruja kian membara dalam benak. Dan pastinya kemeriahan Piala Dunia akan lebih dirasai di kedai-kedai mamak berhampiran. Pelbagai aksi spontan dari kalangan peminat pasukan pilihan masing-masing dapat dilihat. Seperti biasa, order teh secawan duduk menyaksikan perlawanan selama hampir 2 jam. Sekian.
p/s : aku jangka Mexico menang 2-1
Dari Pena Penulis,
---YUSENZE---
--------------------------------------------------------------------------------------------------
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

Comments