Entiti - Kejahatan Iblis Perang Israel Di Gaza


Assalamualaikum....

Aduhai Si Durjana!
Diskriminasi demi diskriminasi masih bisa ditelan walaupun ternyata pahit. Kini hilang terus rasa kesabaran. Kata-kata kesat bukan simbolik yang tepat untuk dituturkan. Biar titipan doa menjadi utusan. Bumi Tuhan gersang kini dibasahi dengan limpahan tidak wajar. Bukan limpah kurnia dan rahmat. Basah kerana keringat jihad yang membanjiri mukabumi besertakan gumpalan darah pekat, likat.

Di bumi asing, suara-suara lantang kedengaran. Siapa wira sebenar? Israel? Adakah mereka yang sedang menanggung derita memperjuang hak sendiri atau kita yang hanya petah berbicara cerca. Kejian maki hamun berleluasa. Sia-sia. Karut! Topeng semata-mata. Hakikat dalam diri tidak punya kekuatan walau sekelumit memperjuang dan membela diri sendiri.

Menjulang maruah dalam keimanan yang sedang ditekan. Meratap pemergian waris-waris bagai siaran langsung dalam tangisan esak. Mata memandang kesayuan yang terpamer. Bersama deruan angin kontang membawa haruman darah kudus. Bahu yang memikul beban hanya bisa ditatap sahaja. Laungan! Laungan! Tidak bermakna walau secebis. Keperitan jiwa-jiwa yang menanggung terus pasrah menadah ketentuan Ilahi. Sekian.

Rujukan Tafsir Al-Qurtubi (Bahagian 6 dari  halaman muka surat 383)

سُوۡرَةُ الاٴنعَام
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَجَعَلَ ٱلظُّلُمَـٰتِ وَٱلنُّورَ‌ۖ ثُمَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِرَبِّہِمۡ يَعۡدِلُونَ (١) هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن طِينٍ۬ ثُمَّ قَضَىٰٓ أَجَلاً۬‌ۖ وَأَجَلٌ۬ مُّسَمًّى عِندَهُ ۥ‌ۖ ثُمَّ أَنتُمۡ تَمۡتَرُونَ (٢) وَهُوَ ٱللَّهُ فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَفِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۖ يَعۡلَمُ سِرَّكُمۡ وَجَهۡرَكُمۡ وَيَعۡلَمُ مَا تَكۡسِبُونَ (٣)
Al-Anaam

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi dan menjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka. (1)

 Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Dia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan). (2)

 Dan Dialah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi; Dia Mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan dan Dia juga Mengetahui apa yang kamu usahakan. (3)

Dari Pena Penulis,
---YUSENZE---

Comments