"Preskriptif"


Assalamualaikum...

Rentak irama seakan sayu benar menusuk ke kalbu. Hari-hari dilalui dengan kesabaran semakin hari semakin mencabar. Hati bergolak tidak terpamer di wajah. Namun ada juga yang perasan tatkala terpandang raut paras yang seakan kusam. Mata-mata liar menyoroti langkah longlai. Sesekali mengerling, perasan juga ada yang berbisik sesama mereka. Kedua belah tangan di dalam poket seluar jeans lusuh. Mata merenung tajam ke bawah menatap jalanan berbatu.

Sepasang kaki meneruskan perjalanan menuju destinasi relevan. Prospek kini kelihatan semakin jelas. Adakah sekadar jelas membentuk delusi? Jejak jadi kabur. Hati mulai tidak keruan. Yakin dalam diri kian pudar. Naluri lelaki, ini, kerdil, membentuk trilogi. Serapan sekilas dari sebuah kenangan mungkin terlalu hiba untuk dititipkan.

Sepi rasa jiwa umpama sendirian menempuh lorong sibuk ini. Hingar-bingar langsung tidak kedengaran. Yang pasti ini bukan delusi kerana terasa perit dicubit pangkal paha. Bukan 'orang-orang' yang berselisih bahu. Bergerak dan bernafas semuanya. Kalaulah bisa dilaungkan, rasa tenang mengambil alih. Tetapi, maruah di sebalik keegoan itu harus dijaga kemas agar tidak tercalar.

Hutang-piutang keliling pinggang. Semuanya berbentuk nukilan dan idea. Walaupun semuanya bisa dilangsai dengan tesitura, belum tentu terlaksana. Semakin lama menjadi bebanan untuk terakru. Keluhan bukan penyelesaian. Proses melaksana tugasan mengikut aturan jadual terancang mungkin lebih berkesan. Sekian.

p/s : Terlalu dalam untuk diterjemah dengan sekali pandang.



Dari Pena Penulis,
---YUSENZE---  

Comments