Dari Hati Terucap Kata (Di Sebalik "Gathering Gengblogger 2010")


Assalamualaikum...

Bingkisan jiwa yang lahir dari mata turun ke lubuk hati menggamit sejuta rasa yang bisa dinobatkan dan dilahirkan melalui coretan sebagai sebuah kenangan indah. Sekilas mengimbas kenangan itu bagai tersentuh segenap ruang hati.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


"Gathering Gengblogger 2010" - Komen Dari Hati Penulis (Ringkas)

Umum 

Tahniah kepada pihak penganjur yang bertungkus-lumus menjayakan program ini kerana telah berjaya menghimpunkan penulis-penulis blog dari pelbagai peringkat kematangan dari segi usia dan pengalaman dalam dunia blog. Majlis ini harus diberi pujian walaupun ada kekurangan dari beberapa aspek kerana ini adalah penganjuran yang pertama.

Secara umum saya berpendapat dengan adanya perhimpunan seperti ini bukan sahaja dapat bersua muka dengan kenalan maya yang selama ini hanya berhubung melalui pengantaraan internet bahkan dapat berkongsi secebis luahan pengalaman dan ilmu dalam dunia blog. Dari suatu sudut pandangan yang peribadi, selama saya bergaul bersama penulis yang hadir sepanjang majlis ini ternyata perbezaan yang ketara dari segi watak sebenar yang dipamerkan  berbanding watak di dunia blog. Mungkin kerana rasa malu-malu atau segan menyelubungi diri atau mungkin rasa janggal menguasai. Tanya diri masing-masing.

Sambutan dan Respon

Jika dilihat dari segi sambutan pula, saya dapati respon yang diberikan sepanjang promosi adalah amat memberangsankan berbanding saat majlis berlangsung. Hebahan berita yang diwar-warkan menerima sokongan dan sambutan yang hebat tetapi kehadiran agak mengecewakan.  

Mengulas dari segi aktiviti pula, saya dapati kekurangan dari segi perancangan. Seperti yang telah dinyatakan oleh pihak penganjur, mereka kekurangan ahli jawatankuasa sehingga menyebabkan beberapa perkara menjadi agak pincang. Namun yang demikian, acara yang dijalankan secara spontan tetap meriah dan menyeronokkan.

Sekian
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Di kesempatan dan di ruang cetusan ini, ribuan ampun dan maaf dipinta jika ada ketelanjuran tutur bicara sepanjang pertemuan singkat di majlis yang penuh bermakna. Ilmu  dan pengalaman dikongsi tanpa rasa segan silu. Teruja rasa hati ingin turut serta di pertemuan akan datang.

p/s : Saya akan menjadi agak nakal-nakal manja jika bergandingan dengan En.Azizan Kadir. Sebenarnya saya seorang yang pemalu. Terima kasih.

pss : Belanda 3 - 1 Sepanyol

Dari Pena Penulis,
---YUSENZE---

Comments

Kujie said…
erk...........pendeknya ulasan

tengah sedap2 baca..dah brek..aish..

apa pun, kita berada satu langkah di hadapan..pernah jumpa!