Idea Bahan Penulisan - Blog (Formal)






"Bertitik-tolak dengan kesabaran yang semakin ampuh, bagai meniti titian rapuh seluruh tubuh bergetar menahan amarah yang membara. Kata-kata yang terungkap di bibir bukanlah bermakna apa-apapun, cuma sekadar sindiran berbaur teguran. Melayang segenap perasaan bersama sentimen umpama dedaun yang luruh menuruti perintah graviti."

----------------------------------------------------

Assalamualaikum...

Kategori Bahan Bacaan (Dari Sudut Pandangan Penulis)

Dua aspek penting menjadi faktor utama dalam pemilihan bahan penulisan yang mengambilkira pilihan pembaca. Pertama bahan bacaan berbentuk ilmiah dan yang kedua ialah bahan bacaan bercorak santai.

1. Bahan Bacaan Ilmiah

Bahan bacaan bercorak ilmiah boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian lagi iaitu :-


a) Tips, Tutorial, Bahan Rujukan Pembelajaran (formal, tidak formal)

Pengaplikasian modul penulisan dalam bentuk bahan yang melibatkan kecenderungan pembaca untuk menggali serta mengkaji kesahihan tentang hasil penulisan yang ditampilkan. Atau, rujukan dan panduan yang tidak dapat disangkal secara logika. Perkara ini merangkumi aspek penceritaan yang menuruti kehendak fakta tersurat. Setiap pengisian dalam kategori ini hendaklah disertakan dengan bukti sokongan atau kepersisan teori yang ingin diceritakan. Sebagai contoh, agak mudah untuk mengaplikasikan cara penulisan bersifat sebegini sekiranya bahan yang ingin ditampilkan itu berkaitan tentang teori matematik atau rujukan tentang keagamaan yang mana setiap fakta yang disampaikan mempunyai dalil yang menyokong setiap pernyataan.

b) Buletin, Berita, Isu-isu Mutakhir

Namun yang demikian, jika bahan yang ditampilkan itu berkaitan tentang isu-isu semasa mahupun buletin, kesahihan fakta yang ditulis masih boleh dipertikaikan.

2. Bahan Bacaan Santai

a) Cereka / Puisi / Kata-kata Hikmah

Penulisan berbentuk cereka kebiasaanya adalah bersifat dongengan dan fantasi penulis itu sendiri. Bahan pengisian hanyalah sekadar imaginasi yang diolah menjadi sebuah penceritaan yang mampu menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan dari awal hingga akhir. Olahan jalan cerita adalah bergantung kepada emosi ataupun khayalan penulis dengan pendekatan agar pembaca dapat mengikuti dan memahami pengisian dalam penulisan yang dihasilkan.

b) Aktiviti / Perencanaan / Agenda

Tiada masalah untuk menyingkap setiap pengisian dalam kategori ini. Bagi sesetengah penulis, mereka lebih cenderung untuk menceritakan tentang kegiatan atau aktiviti sendiri. Tidak dinafikan, cara penulisan dalam kategori ini lebih terbuka dari segi penggunaan gaya bahasa dan formaliti tata-tertib dalam penulisan (nahu, tatabahasa).

Kesimpulannya, soal pemilihan bahan dalam penulisan yang ingin ditampilkan, kita tidak boleh terlalu meringankan dan memandang remeh akan kehendak pembaca. Keserasian antara penulis dan pembaca umpama sebuah anugerah yang memberi impak bersangkutan dengan keterujaan antara keduanya. Ini bermakna, jika penulisan yang ditampilkan mendapat tempat di hati pembaca, secara tidak langsung penulis juga akan lebih berkeyakinan untuk menghasilkan dan memperbaiki diri agar penulisan seterusnya menjadi lebih kreatif dan prolifik.

Sekian.

"Bahasa Jiwa Bangsa"

------------------------------------------------------

p/s : Menulis di ruangan ini mengikut irama hati. Namun gerak jemari terkadang gagal mengikut rentak nada yang diingini. Melagukan warna-warna dari sebuah naluri yang kerdil kadangkala menjadi bahan sindiran dan tohmahan. Kepuasan yang diimpikan bertukar menjadi keraguan menutupi mata akal. Tersenyum dalam tangisan esak yang terlalu segan untuk dipamerkan. Hanya sedu-sedan menjadi teman kala sendirian.

Dari Pena Penulis,
---YUSENZE---

Comments

Anonymous said…
sharing yang menarik n bermanfaat. :)

tq
Unknown said…
blog saya ber-genre santai kot..:))
Pusher Aries said…
thnkx....ilmu yang berguna disini...
azizan4444 said…
kalau yg berilmiah tp disampaikn secara santai..tu aku lg suke bro..sonok nak bace..hehhee..

ps; skng ramai nk jd penulis surat khabar,.memang formal la kan...
touya said…
Aku harap penulisan santai aku ada isi . Dan nak jadikan lebih formal
Chaon Cornerz said…
ala sini tak bleh like ke..? baru nak like komen jijan.. hahha.. mane disqus..? mane yus..? mane..? dah buang ke..? knape buang..? urghh..!! aku takde idea nak hapdate la.. hahha...
Ieqa Swetluv said…
nice sharing.. ika suke thumbs up kat yus ngee =)
Zikri Husaini said…
berbentuk puisi pun ok gak tuh..hehe