Membolosi - Pornografi - Internet - Umum




Jerih bersama keringat untuk rekrut sendi-sendi agar jangan bersifat manja. Dari pucuk ubun-ubun mengalir bendalir tabiat. Tekan punat dari jelmaan sifat malas serba tak menjadi. Lumrah. Hakikat. Faktor. Fakta.  Terjah kotak minda sendiri, di mana terpalit titik-titik kegersangan waras itu agaknya.


Ikut kata hati bersempadan keimanan pejal. Tepis suara nafsu, tangkis bisik iblis. Corat-coret dari azali menentukan yang berkadaran dengan kemampuan. Nisbah dari renungan tajam menembusi kudrat alam bukan dengan mata kasar. Cahaya dari pancaindera perantara yang sempurna. Merenung ke dasar rencah duniawi umpama merenung gambaran azab penanda. - yusenze

Assalamualaikum...

Prospek : Segenap Manusia - Cermin Diri
Medium : Telefon bimbit - vidcam, Komputer - Internet
Isu : Kesan-kesan Dalaman (Tersirat di sebalik yang tersurat)

1) Gaya Bahasa (Tutur Bicara Dalam Pergaulan)

Jika diperhati secara halus akan perihal ini, pastinya kita akan sedar bahawa arus kemodenan yang berteraskan teknologi maklumat ini telah banyak mempengaruhi cara pertuturan kita dalam pergaulan seharian. Cara pertuturan di alam maya kini menjadi tabiat di alam nyata. Penggunaan bahasa pasar baru tercipta dalam bait-bait pesanan yang ringkas. Termenung dan fikir sejenak untuk mengenalpasti akan kebenarannya.

2) Luas pandangan (Individu Berinformasi)

Tidak boleh dinafikan bahawa kemajuan sistem teknologi maklumat ini telah menyalurkan pelbagai ilmu pengetahuan kepada segenap manusia sejagat. Sumber maklumat semasa kini boleh didapati secara terus-menerus melalui informan berteknologi tinggi hasil kebijaksanaan manusia. Cuma yang penting adalah kesedaran kita untuk memilih bentuk informasi yang terhidang tanpa sempadan itu secara celik akal dengan membezakan antara faktor positif atau negatif untuk disimpan dalam kotak minda. Maklumat yang tersedia adalah amat luas dan bisa mempengaruhi serta mengubah pendirian dan fahaman jika kita tidak peka akan baik-buruk maklumat tersebut.

3) Keterbukaan Dalam Hubungan (Maya atau Nyata)

Jaringan hubungan sosial semakin tersebar luas. Pelbagai jenis laman sesawang dibina mengikut kehendak peredaran masa dengan kepentingan tersendiri. Pelbagai ideologi berantai tercetus seperti laman-laman forum, laman penuh kreativiti iaitu blog, serta banyak lagi laman-laman sesawang yang menjurus kepada pendedahan sosial.

Secara umumnya kita tidak dapat lari dari melihat kejahilan di sebalik kebijaksanaan manusia. Pornografi adalah cetusan terbaik mewakili ideologi kejahilan manusia. Rata-rata permasalahan berkaitan sosial berpunca dari sini. Umpama pusat membiak nafsu, laman sesawang berunsurkan pornografi begitu mudah untuk dilayari dan ditembusi. Perkara ini secara tidak langsung telah memberikan suatu impak bahana dari sumber yang jahil dalam kebijaksanaan. Kehancuran sifat insani berpunca dari sini. (Melihat - Mencuba - Terlanjur - Membunuh) Saya tidak percaya bahawa tidak ada seorang pun yang "tidak pernah" menembusi laman sesawang pornografi. Cermin diri sendiri.

p/s : Kenalan itu sumber berinspirasi. Walau maya mahupun nyata. Handai sebagai kawan, kawan sebagai rakan, rakan sebagai teman dan teman sebagai pedoman.

Dari Pena Penulis,
---YUSENZE---




Comments

Chaon Cornerz said…
kadang-kadang kerenah dan perlakuan seseorang individu tue tak sama diantara dunia luar dan nyata. Masing-masing cuba berinteraksi dengan gaya dan cara masing-masing. Tapi aku tak percaya kalo orang tak buka website porno tue.. hahha.

ps: macam tak kene je ayat aku nie..
Nekmo said…
kadang2..kita tak buka pun..dia keluar sendiri..huhu..
ape2 jer said…
aku x penah cari..terjumpa penah tp cpt2 tekan x..iman x kuat ekeke