Pencarian Dalam Bentuk Dugaan

Assalamualaikum

Kejang rasa fikiran. Kehilangan arah dari punca pandangan. Kelam tanpa sinar petunjuk. Ingin pasrah begitu sahaja diri rasa bagai tidak tertanggung namun tetap harus tabah.





Perit Jerih - Pandangan Umum (Ringkas)

Merenung ke luar jendela dengan pandangan sayup menjauh. Deretan mahligai dunia tumbuh bagai cendawan. Bukan milik sendiri namun termaktub dalam coretan impian. Mengejar impian duniawi dengan sejuta harapan yang menggunung. Walau terkadang seperti tidak tercapai dek akal untuk menggapainya bahkan rasa semakin dikejar semakin menjauh.

Apakah sebenarnya yang tersurat sejak azali? Bukan menentang kehendak Qada' namun pegisian Qadar yang tepat itu sebenarnya amat perit untuk dicari punca dan arah tuju. Bebelan panjang hanya sekadar melepas rasa lelah. Lapang seketika rasa jiwa jika diluah.

Akur dengan perjalanan hidup yang pasti, harus dan wajib diteruskan walaupun keperihan mencabar hampir menggugat pegangan dan mencemuh prinsip alam. Setiap ciptaan dan pengaturcaraan yang direncana itu ada pro dan kontranya. Pengalaman menjadi sisipan pedoman bagi meneruskan secebis rasa kesabaran yang tidak sempurna bersama kesungguhan.

p/s : Ramai yang tersilap meletakkan prisip duniawi. Sebenarnya bukan kekayaan yang harus dijadikan sasaran, tetapi cukuplah sekadar beroleh secangkir rasa kesenangan dan nikmatnya dinikmati dengan penuh kesyukuran.

Sekian.

Dari Pena Penulis,
---YUSENZE---

Comments