Sekatan jalanraya di segenap jalan masuk menghala ke Taman Sri Muda. Perkara ini menyebabkan kesesakan lalu-lintas. Perkara biasa. Yang menjadikan hati panas, sekatan dilakukan di jalan keluar masuk ke pam minyak. Jika saya menaiki kereta kancil ataupun menunggang kapcai, rungutan tidaklah ingin diperbesarkan. Bayangkan, "TRELLER 40 kaki" nak menyelit keluar setelah selesai mengisi minyak. Nak gugur jantung rasa. Bukan kerana takut tersangkut tapi takut-takut tengah nak mencilok ada penunggang motosikal dengan spontan merempuh tanpa belas? Bayangkan.
Keadaan lalu-lintas kembali normal "seketika" berikutan curahan rahmat dari langit dengan lebatnya. Sebaik hujan reda, pihak berkuasa yang berkenaan memulakan kembali aktiviti sekatan jalanraya di lokasi yang sama. Hari ini, saya terpaksa melibas 8 buah kontena 40 kaki di tengah kesesakan dan deretan kon. Seperti mahu mengambil ujian lesen memandu semula.
Ini adalah penyebabnya. Berlaku di kawasan yang amat hampir dengan tempat kerja saya. Di kesibukan pagi mengejar waktu, terpaksa singgah di beberapa perhentian pula. Buang masa betul.
**********************************************************************
Lelaki Sabah maut diserang
SHAH ALAM - Keseronokan tujuh pemuda dari Sabah bermain gitar di kawasan letak kereta di Flat Valencia, Taman Sri Muda di sini malam kelmarin berakhir dengan seorang daripada mereka mati manakala seoranglagi parah.
Dalam kejadian pada pukul 9.30 malam, mangsa Mohd. Kasibal Julaini,25, berasal dari Sabah mati di tempat kejadian manakala seorangrakannya yang tidak dikenali dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dekat sini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor AzamJamaluddin berkata, sebelum kejadian, tujuh lelaki yang semuanya bekerja kilang bermain gitar di Blok 3 rumah flat itu.
"Ketika mereka berseronok, kumpulan pemuda dari Sabah itu didatangi kira-kira 20 lelaki dipercayai semua berkulit gelap menunggang kira-kira 10 buah motosikal," kata beliau di sini semalam.
Menurut beliau, kesemua lelaki yang bertopi keledar itu dengan bersenjatakan parang dan pisau terus menetak Kasibal dan seorang rakannya manakala lima lagi yang lain sempat melarikan diri.
"Akibat serangan itu, Kasibal mati kira-kira 50 meter dari tempat dia ditetak akibat cedera parah di kepala dan belakang badan manakala rakannya masih dirawat," kata beliau.
Kata beliau lagi, lima lagi rakan kepada kedua-dua mangsa itu tidakcedera kerana mereka sempat melarikan diri dengan naik ke flat itu.
Katanya, polis sedang menyiasat motif serangan itu namun tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada dendam.
"Sebelum ini sebuah motosikal milik seorang lelaki terbakar di padang permainan tidak jauh dari tempat kejadian dan kita sedang siasatkemungkinan serangan itu ada kaitan dengan motosikal yang terbakaritu," ujarnya.
Menurut Noor Azam, polis kemudian menahan 10 lelaki dalam sekatan jalan yang dilakukan di sekitar Taman Sri Muda.
Katanya, salah seorang daripada suspek itu memiliki parang.
"Polis masih memburu 10 suspek lain," jelas beliau.
********************************************************************
p/s : nantikan ketibaan OPS SIKAP.. hahha..
Dari Pena Penulis,
---YUSENZE---
Comments
hidup semakin menakutkan..
simpati pada kawan yang baru diragut tempohari..
takut pulak skrg..org kalau nk serang main serang jek.