"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam, di atas batu hitam, di malam yang amat kelam..."
Terus-terang? Sembunyi? Penuh helah? Was-was? Rekahan di jiwa mengundang seribu dilema. Hendak dinyata secara terang-terangan gusar disalah-ertikan. Etika tetap etika yang perlu diakui akan mendisiplinkan diri. Ketegaran menutupi kebenaran itu adalah penghalang.
Assalamualaikum...
Ini antara helah saya dalam konteks menyediakan "resume". Pengalaman pertama di suatu masa dahulu, saya dengan penuh sifat kerajinan menyediakan 5-6 halaman tetapi semasa sesi temuduga, isi kandungan yang disentuh oleh pihak penemuduga hanyalah beberapa mukasurat sahaja. Apabila saya tanyakan tentang perihal tersebut kepada mereka yang arif mengendalikan sesi temuduga, aspek utama yang perlu adalah keyakinan semasa sesi dijalankan dan bukannya panjang isi kandungan informasi yang disediakan dalam "resume".
Tip – Menyediakan "Resume"
1. Jangan terlalu panjang, cukup sekadar 2 atau 3 halaman.
2. Pastikan semua butiran peribadi seperti nama penuh, alamat terkini dan nombor untuk dihubungi disediakan selain jantina, tarikh lahir dan bangsa.
3. Kemahiran berbahasa juga perlu dinyatakan kerana mudah bagi majikan membuat keputusan mengambil pekerja mengikut kesesuaian.
4. Jangan sesekali menipu kemampuan diri dalam resume kerana ini boleh memerangkap diri sendiri.
5. Pengalaman bekerja walaupun bekerja sementara atau sambilan perlu disertakan.
6. Kemahiran dan pencapaian yang dimiliki perlu disertakan sekali.
7. Menyatakan kadar gaji dipohon pada kadar munasabah dan sesuai dengan taraf pendidikan dan pengalaman.
8. Calon mesti menyatakan maklumat perujuk, sama ada pensyarah atau penyelia di tempat kerja sebelum ini dan nombor untuk dihubungi.
p/s : Kebanyakan pencari kerja gagal mendapatkan jawatan yang diidamkan apabila gagal melepasi proses temuduga berikutan tiada persiapan rapi. Mereka juga tidak berupaya menonjolkan penampilan diri bagi menimbulkan keyakinan kepada panel penemuduga.
Dari Pena Penulis,
---YUSENZE---
Comments
Sekian~
cth:saya bekas penyanyi kumpulan Search...mmg sah2 menipu...wakaka
Contoh betul : Saya peminat kumpulan Search =)