Bila Jemari Melenggang Manja

 
Assalamualaikum..

"Jika kejahatan dibalas dengan kejahatan, itu adalah dendam"

"Jika kebaikan dibalas dengan kebaikan, itu perkara biasa"

"Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan, itu perkara zalim"

"Jika kejahatan dibalas dengan kebaikan, itu adalah perkara mulia dan terpuji"


Orang yang sanggup melawan hawa nafsu adalah orang yang percaya kepada hari pembalasan dan sanggup mengenepikan keseronokan duniawi demi mendapatkan redha Ilahi.

“Destinasi Abadi”

Lihatlah, dan dengarilah,
Fenomena alam sedang bercerita,
Bencana melanda membawa perkhabaran,
Setiap tragedi memberi tanda,
Saat pengakhiran hampir tiba.

Segenap umat manusia masih leka,
Tidak merenung setiap peristiwa,
Menginsafi bencana hanya seketika,
Tidak megerti maksud tersirat,
Di sebalik yang tersurat,
Dalam nota Agung Empunya dunia.

Kejadian aneh merata-rata,
Peristiwa demi peristiwa,
Tapi kita masih lagi alpa,
Mengenal duniawi,
Mengikut peredaran masa,
Menurut kata nafsu semata-mata.

Tanda kecil sudah diberi,
Bilakah akan mula menginsafi?
Taufik berada di depan mata,
Mengapa tidak dirangkul hidayahnya?
Mungkin tatkala tanda besar menjelma,
Barulah terkial-kial ingin taubat.

Hidup di dunia hanyalah sementara,
Usah terus-terusan leka,
Perihal dunia hanyalah jambatan,
Menuju ke sebuah penempatan,
Alam kekal buat selamanya,
Ini bukan janji tapi pasti,
Sebuah “Destinasi yang Abadi”


p/s : Puisi tanpa semakan atur bahasa, sila tunjukkan ke jalan yang benar.

Dari Pena Penulis,

Comments

ape2 jer said…
:) dah cantik dah tu x payah tunjuk ajar lagi hehe
ISZA said…
jalan mana yang ingin dipilih?
depan, belakang, kiri, kanan???
;)
Chaon Cornerz said…
sy ade nampak name hidayah kat sini.. =) dunia akhir zaman.. sedang manusia leka dengan aktiviti seharian.. maka semakin manusia melupakan apa yang berlaku didunia..
taufik kapel dgn hidayah ke weh?haha..aku suka yg 4 baris atas skli tu....mantap2..
Mario said…
tula...asik citer kapel2 je ni...keh3

errr...dunia akhir zaman ni macam2 ler...kena cepat2 kawin...hehe