"Cendekiawan bijak mengolah kata-kata. Unsur baik anggapan dari hati diterima akal jadi tauladan, unsur telahan trauma kemudharatan harus bersempadan" - yusenze
Assalamualaikum..
Mungkin anda menganggap kisah bersangkutan dengan insan bergelar "Salleh Gregor Samsa" ini sudah jemu didengari dan dibaca. Namun begitu saya masih terdorong untuk menulis tentang pendapat serta pandangan saya secara peribadi. Melalui telahan dari beberapa sumber, ingin saya rangkulkan tentang rentetan kisah yang hangat kita dengar tentang kepetahan serta keberanian bodoh sombong Salleh Gregor Samsa. Isu penghinaan bersifat diskriminasi yang dikaitkan dengan budaya Melayu dan hukum-hakam Islamiah secara terbuka di beberapa laman sesawang umum.
Blogger dan Penulis yang Kreatif
Dari pandangan yang halus, saya melihat Salleh Gregor Samsa adalah seorang yang berkebolehan luarbiasa dalam bidang penulisan. Bahan pengisiannya adalah terlalu sinis sehingga mampu mempengaruhi mentaliti sebilangan besar golongan yang cerdik pandai. Jika anda tidak mempunyai keutuhan dinding iman, nescaya anda juga bakal terpengaruh dengan mainan kata-kata melalui coretannya. Pengolahan setiap dari penulisannya adalah bersifat "mempersoal" serta "memperkotak-katik" akan perihal yang bersangkutan amalan serta budaya. Idea dari bahan utama yang ditampilkan mampu membuat anda berfikir dua kali. Sebagai contoh, "Yang mana dulu, telur ayam atau ayam?". Mungkin pengalamannya menulis blog selama lebih kurang 4 tahun menjadikan penulisannya begitu unik kepada pembacanya.
Penghinaan Dengan Kata-kata
Ternyata dengan kelebihan yang ada padanya telah disalahguna serta tidak digunakan olehnya sebaik mungkin untuk membina sebuah institusi yang diredhai. Saya akui, Salleh Gregor Samsa adalah seorang yang bijak akan tetapi kedangkalan akalnya telah menyebabkan pelbagai kontroversi yang bukan sahaja telah mencemar nama "MELAYU" bahkan dengan lantangnya tanpa rasa takut akan azab telah mencemar agama suci "ISLAM". Dalam waktu yang sama, dengan kebodohannya melontarkan kata-kata penghinaan telah memburukkan tanggapan umum terhadap golongan blogger. Jika anda perhatikan pada imej Facebook di bawah, setiap rakan yang memberi respon pada komen tampak seperti memberi sokongan dan dorongan.
Penghinaan Melalui Perbuatan
Lebih memeritkan dan menyedihkan, kebodohannya bukan sekadar dengan lontaran kata-kata malahan telah menular sehingga perlakuan luarbiasanya (penghinaan dari segi perbuatan) dapat dilihat secara terbuka. Sememangnya isu atau gejala seperti imej yang dipaparkan di bawah telah berulangkali kita lihat dan dengar tetapi apabila perlakuan "kotor" seperti ini ditambah dengan segala macam cerita panas (buruk) menambahkan lagi rasa sakit hati kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Nama Salleh Gregor Samsa popular tidak kena pada tempatnya. Dikenali umum kerana kebodohan dalam kebijaksanaan.

Paparan Imej
Parti Liar
Di laman sesawang Facebook
Entri dan komen Blog
Sekian.
p/s : Lihat, renung, baca dengan mata akal yang waras serta fahami denga mata hati yang dipenuhi cahaya keinsafan.
Dari Pena Penulis,
Comments
keh222
jahil agama memang camtu la jadinya..
pemikiran yg terlalu open minded tanpa batasan camtu la jadinya kan...
hukhukhuk
:(
nk jadi seorang muslim gi ar
declare kat mahkamah keluar dpd
Islam dan gi jab pendaftaran tukar
nama 'Salleh' tu. sungguh memalukan ..
Ya Allah ya tuhanku. Kau berilah
petunjuk dan hidayah kepada si
salleh ni supaya dia tersedar
daripada kesalahan yg dia
lakukannya. Tetapi jika dia tidak
berubah setelah Engkau berikan dia
petunjuk dan hidayah, Kau
turunkanlah azab dan bala keatas
dirinya didunia ini supaya ianya
dapat menjadi pengajaran buat
mereka2 yang lain yg bersama2nya
supaya mereka tidak mengikut jejak
langkah si salleh ni. Amin