Melayari alam maya yang luas ini mengajar erti persahabatan. Sambil ilmu digali, usikan manja sesama teman menjadi pengubat kebosanan. - yusenze
Assalamualaikum..
Berblog adalah suatu perkara atau aktiviti yang dapat mengembangkan pemikiran. Di samping itu juga dengan berblog kita dapat meluaskan lagi jaringan atau rangkaian kenalan. Tetapi, adakah jaringan perhubungan yang terjalin ini hanya terperangkap sekadar di ruang maya ini sahaja? Soalnya ialah keberanian untuk kita membangkitkan keinginan mahu bersemuka dan berkongsi cerita. Di zaman serba membangun ini, jarak bukan lagi faktor penghalang untuk menidakkan kita dari bergaul secara realiti. Bagi saya sendiri, pengalaman menyertai himpunan geng blogger begitu manis untuk dikenang.
Antara aktiviti popular melibatkan para blogger ialah perhimpunan bersama penulis yang diwar-warkan kepada umum. Perhimpunan penulis-penulis blog amat memberikan impak dalam mengharungi dunia blogging. Selain dapat bersemuka dan saling mengenali, aktiviti perhimpunan sebegini dapat menambahkan lagi pengetahuan tentang dunia blog terutama sekali berkaitan tentang etika dalam penulisan. Di samping itu juga, kita dapat melakukan aktiviti riadah yang direncanakan bersama-sama. Lengkap keperluan fizikal dan mental.
Menyentuh mengenai aktiviti riadah, tertarik juga saya ingin kongsikan tentang aktiviti yang pernah saya lakukan bersama beberapa rakan blogger. Aktiviti pertama ialah bermain bowling bersama En.Azizan Kadir. Saya sebenarnya bukanlah seorang pemain yang hebat tapi tetap bersemangat waja memberi saingan. (Tersenyum sendirian mengenang). Selain dari bermain bowling, saya juga pernah bermain futsal bersama rakan-rakan blogger juga iaitu Azizan Kadir, Chaon, dan Miro. Ternyata bakat yang sedia ada masih dapat dipamerkan walaupun terasa semput juga mencari oksigen bersebaran. Aktiviti futsal sudah lama saya tinggalkan, sebab itulah agak tercungap juga mengejar bola.
Selain dari aktiviti riadah yang melibatkan ketahanan fizikal, kami juga pernah duduk semeja dari seawal jam 10 malam sehingga jam 6.30 pagi. Tujuannya adalah untuk berkongsi idea untuk dimuatkan sebagai entri. Kutuk-mengutuk membina menjadi kelaziman apabila kami bertemu. Setelah bergaul secara realitasnya, barulah kami saling mengenali keperibadian masing-masing serba-sedikit. Terlalu sukar untuk menggambarkan sifat sebenar di dunia nyata melalui kreativiti dalam penulisan di blog. (Topik yang paling hangat diperbincangkan apabila blogger jejaka bertemu tentu sekali tentang blogger jejaki. Eh! Blogger wanita.) Hahha..
Moral yang boleh kita perolehi dari kisah di atas adalah:
1) Terlibat dalam dunia blog dapat mengembangkan kreativiti serta dapat memperbaiki kelemahan kita dalam bidang penulisan.
2) Aktiviti luar yang mengumpulkan blogger-blogger dari pelbagai peringkat memberi kesan terhadap keyakinan diri untuk mengharungi dunia blog.
3) Jaringan kenalan secara maya akan lebih bermakna dan menjadi sebuah kenangan terindah setelah bersua-muka. Walaupun pertemuan itu mungkin yang pertama dan yang terakhir.
4) Pertemuan antara blogger dapat mengurangkan tekanan yang di hadapi dengan cara melakukan aktivi-aktiviti riadah bersama. Perkara ini bukan sahaja dapat menyihatkan minda tetapi juga dapat mencergaskan fizikal.
5) Personaliti yang ditonjolkan dalam dunia maya bukanlah 100% perihal keperibadian yang sebenar. Melalui pertemuan muka ke muka,kita akan lebih mengenali rakan yang selama ini hanya kita kenal melalui perantaraan jaringan internet.
Sekian.
p/s : Teringin rasanya mahu duduk semeja sambil hirup-hirup kopi dengan En.Mario di pangkin yang gothic. (^_^)
Dari Pena Penulis,
Comments
ps:aku suka yg ps terkahir tuh..bila la dpt ni..
1st date ko ngn jijan eh main bowling?
ooooooooooo
(Topik yang paling hangat diperbincangkan apabila blogger jejaka bertemu tentu sekali tentang blogger jejaki. Eh! Blogger wanita.) <------ aku termasuk dalam topik x? korang KUAT gosip! huh~ :P
selain yus.. sume tu x jmpe lg~
Walaupun aku baru dalam dunia blogg nie tapi korang memang baik la.. berkongsi idea dan tips yang boleh memberi manfaat.. boleh jugak buat duit dari internet tue..
Aku pertama kali dlm sejarah score 156.. hahhahahha..
Chaon lak hilang rentak permainan.. kah3
Cess.. first date aku ajak ko nyombong.. penyudahnya aku ngan jijan je.. hahha..
err.. mana ade sebut2 nama ko.. eh, ade kot sket2.. kah3..
nnt raye lnak pegi umah NiNa la.. hahha..
bnyak dpt tips dari azizan kadir.. hahha..
Nnt ade kesempatan kite gath laa.. hahha..
err...miss...klu gmbr dr belakang ala2 berd... ok kot...haha
hoh!jijan otai weh...aku sama cam ko... newbie...ekeke
errr...byk dpt tips dari jijan jugak...haha
ko tggu je, nnt ade masa kami terjah ko kat melaka.. time tu ko jgn nak kasi2 alasan pulak.. hahha..