"Kronologi ilmiah dari paparan sejuta wajah yang memperlihatkan pelbagai watak mengilhamkan ideologi-ideologi di luar jangkauan akal. Terima kasih alam, terima kasih sekalian makhluk" - yusenze
Assalamualaikum..
Sumber Ilham
Pengilhaman adalah suatu proses yang memerlukan penumpuan dalam pemerhatian terhadap setiap perubahan seluas pandangan persekitaran. Bukan hanya dengan pengilhaman dari sumber alam malahan melalui jelingan halus ke lubuk-lubuk hati setiap insani. Renungan dari wajah ke wajah menerobos ke alam hati.Persekitaran yang seimbang dengan kemesraan terhadap setiap unsur alam bakal membuahkan suatu pengilhaman yang prolifik.
Kita bisa melihat senyum-senyum terukir di setiap wajah yang tampak jelas terpamer secara lahiriah. Namun, bisakah kita mempercayai setiap penzahiran itu adalah sebenar-benar penzahiran? Ekoran anak mata mengecil membesar memerhati panorama kelibat yang berkeliaran. Sinis senyuman dari bibir kering kala akal cuba mentafsir apakah sebenarnya yang tersirat di setiap hati-hati itu. Lagak seperti individu riang bermodalkan hilai tawa. Syukur! Masih wujud peluang menikmati indah dalam duka di lubuk hati.
Inspirasi Jiwa
Antonim dari setoran logikal seakan menggugat kesungguhan mengharungi detik-detik yang bakal ditempuh. Pertemuan di talian bersempadan hanya mampu mengundang kelegaan yang bersifat sementara. Realiti pertembungan dari mata ke mata hanya mampu memberi taksiran umum. Tetapi dari situasi getir, keegoan segera mengalih tanggapan itu kepada sebentuk permata indah. Kesan-kesan parut ditutup dengan palsu kesinisan sebalik senyuman. Inspirasi menjelma dengan perkongsian pengalaman ditokok tambah dengan ideologi dari jiwa-jiwa yang akur bertoleransi walaupun tanpa rela. Antonim!
Pembentukan dan Penghasilan
Jumlah perolehan ilmiah disebarkan dengan ketekunan yang meyakinkan. Pembentukan generasi baru beretika bakal dilahirkan. Penerus generasi! Mungkin juga penyimpan kemahsyuran aset-aset klasik yang tegar dengan suara hati. Penghasilan adalah mengikut imaginasi yang masuk melalui pendengaran dan terbit menerusi akal dizahirkan dengan kemampuan fizikaliti munasabah. Terima kasih persekitaran yang mesra alam ini. Amat membantu membangkitkan rasa teruja yang semakin berkubur.
Sekian.
p/s : Baca dengan sorotan mata penuh keserasian pancaindera naluri yang bersekedudukan dengan kewarasan tafsiran akal. Belum kesampaian bersua MARIO & EJUM.
Kredit kepada : Mohd Syahirul Azfar dan Faridzul Asyraf
Dari Pena Penulis,
Comments
jangan marah arrr...
opss.. lupa.. dah tua rupanya adik kakak nie..
ekekeke...
ps: kita klu xley tunaikan janji jgn berjanji
psa; klu berckp jgn menipu.lbh 3 kali org x percaya dah..
pss; saya gelak bila saya baca ps dan pss saya.hahahaa
huaaaaaaaaaa
betol2.. aku sokong ingatan ko chaon.. hahhahhah...
xpe2 kita sorok dlm underwear kamera dslr kite.. hahahahh..
masih mentah.. hehhe..
bnyak lagi nak blaja ngan akak pasal rahsia2 wanita.. hahhhah..
ala, lepak MZ xbest r weh.. lepak maple kat umah jijan lagi syok.. tv pon itam putih.. hahha..
seram lak aku baca ps, pss ko tu weh.. kita patut sahut seruan chaon tu.. hahha..
aku asik terbayang2 je gambar bintang tu.. kenape erk!!?? hahhah..
terbaek wok..
thumbs up..
tk dptla ak nk mgrut kt blog pasni huhu
nnt sng r nak roger2..
aku pon da x sabar nak dibelanja kopi putih oleh diden.. hahha..
ingat jnji2 kita weh..
bila nak mai sini minum2 kopi?? kitorang dalama ngidam nak jupa ko nih.. (ngan mario jgk) wkakaka..