Menyusuri lorong-lorong kelam dengan sebuah senyuman kepuasan. Anak mata mengecil membesar. Bicara senda berselang-seli dengan hilai tawa. - yusenze
Assalamualaikum
Jaringan hubungan sosial adalah suatu cara komunikasi atau interaksi pada abad ini. Jaringan hubungan sosial kebiasaannya dikaitkan dengan hubungan melalui sistem jaringan internet yang mengumpulkan kelompok individu dalam satu komuniti tertentu.
Dengan menyertai kumpulan ini, individu itu dapat berhubung dan berinteraksi dari jarak jauh secara peribadi mahupun berkumpulan. Selain dari itu, dengan melayari laman interaksi hubungan sosial kita boleh mencari kenalan lama serta boleh juga menambah kenalan baru secara maya. Antara contoh laman sesawang jaringan sosial adalah seperti Facebook, Friendster, Myspace, Tagged, dan sebagainya. Dan kini, hubungan jaringan sosial melalui blog semakin popular dan mendapat tempat.
Melalui laman sosial ini juga kita dapat mengetahui tentang pelbagai informasi yang berlaku seantero dunia. Pengaplikasian sistem jaringan sosial bukan hanya tertumpu kepada bual-bicara kosong malahan melalui sistem ini juga kita dapat berbincang dan melahirkan pendapat tentang sesuatu isu secara umum. Di laman hubungan sosial ini kita boleh memperkatakan tentang pelbagai perkara seperti isu-isu politik, keagamaan, ketamadunan, kemasyarakatan dan lain-lain lagi.
Setiap ciptaan oleh manusia itu ada kelebihan dan kekurangannya. Begitu juga dengan sistem jaringan sosial ini. Di zaman serba maju ini sesiapa saja boleh dan semakin hari semakin bijak menggunakan kemudahan internet. Tidak kira di mana jua berada, internet boleh dilayari. Namun begitu, kemudahan yang berunsurkan hubungan sosial ini juga kadangkala menjadi tempat berdiskriminasi. Penyalahgunaan kemudahan sebegini sebenarnya memberi impak yang amat mendalam terutama sekali kepada golongan remaja.
Bicara dewasa yang berunsur lucah mahupun propaganda perkauman dapat dilihat dengan nyata di sesetengah laman sosial. Perkara ini terlalu sensitif dan perlu diambil serius. Kita seharusnya bijak untuk memilih rangkaian jaringan atau informasi yang menyentuh sensitivi sebegini. Dalam ertikata lain, berfikir sebelum turut serta terlibat dengan isu berunsur negatif. Penglibatan golongan remaja harus dipantau agar tidak terpengaruh dengan informasi bersifat propaganda dan diskriminasi.
Kesimpulannya, sistem jaringan hubungan sosial di laman-laman tertentu adalah suatu medium interaksi umum yang boleh diterokai oleh sesiapa sahaja yang tahu menggunakan internet. Melalui sistem ini pelbagai maklumat yang merangkumi aspek peribadi dan sebagainya dapat dikongsi. Pemilihan isu semasa yang menjurus ke arah positif adalah amat sesuai untuk dikongsikan melalui kemudahan sistem hubungan sosial ini.
Sekian.
Dari Pena Penulis,
Gambar Hiasan

Comments
alam maya...
alam tanpa batasan.
kan2
http://blog-ayie.com
ramai jgk skng yg guna social netwrking ni utk mencemarkan keadaan dgn isu2 yg kurang mnyenangkan ramai pihak,,
tp aku join bnda ni hanya utk cr awek je,,haahaha
makin lama makin rajin update.. bagus bagus
Penyalahgunaan social networking ni mmg x dpt dibendung sbb bkn ada pemantau. Scam sudah menjadi lumrah di tempat umum seperti ini..
klu ada yg offer da lama ak jadi penulis weh.. hahha..