"Mendengar keluh kesah bangkit rasa simpati untuk menghulur secebis bantuan. Biar hanya sekadar menjadi seorang pendengar yang setia, itu sudah dikira membantu" - yusenze
Assalamualaikum..
Dalam mengharungi perjalanan usia, pelbagai rentak pancaroba harus dihadapi. Mencari fikrah hidup yang dituntut bukanlah suatu perkara yang mudah dan boleh dipandang ringan. Kadangkala keinginan yang tertanam dalam diri itu melampaui batasan. Di alam realiti kita sering mengimpikan sebuah kebahagiaan tanpa kita berusaha untuk mencari dan memperbaiki diri agar yang diimpikan itu bisa dikecapi.
Begitu juga dalam mencari teman atau pasangan yang boleh dianggap sebagai sahabat untuk berkongsi suka-duka secara peribadi. Corak pemikiran setiap individu itu adalah berbeza. Apa yang tertanam dalam mentaliti seseorang itu mungkin adalah disebabkan oleh faktor dan pengaruh cerita, percakapan, perkara yang dilihat, atau pengalaman yang pernah dialami.
Jika direnung dan ditatapi secara halus, dalam memenuhi kehendak hati sendiri dalam memilih pasangan, kita sering meletakkan kriteria yang hampir sempurna. Perkara ini sudah menjadi kelaziman atau sudah menjadi kemestian dalam senarai pendek memilih pasangan. Ternyata di sini dapat kita lihat bahawa mentaliti dalam penerapan nilai-nilai hakikat pencarian itu bersifat sempurna. Realitinya, adalah mustahil untuk kita menemui calon pasangan yang menepati setiap kriteria yang diingini.
Oleh yang demikian saya berpendapat bahawa, dalam memenuhi kriteria sempurna ini kita harus meletakkan setiap pro dan kontra itu sejajar dengan pengisian yang diperlukan. Sebagai contoh, jika kita menyukai seseorang itu tetapi ada sikapnya yang menjengkelkan membuat hati kita tidak berkenan. Apa tindakan wajar yang kita perlu ambil agar kita dapat menyesuaikan diri? Melalui perkara sebegini sememangnya menguji kesabaran dan menuntut kesungguhan dalam kita mencari keserasian.
Dalam mengharungi istilah berkasih sayang ini kita perlu peka untuk saling mengisi ruang kekosongan yang ada pada pasangan kita. walaupun kita diciptakan sempurna dari pandangan luaran namun pada hakikat yang sebenar ada kelemahan dari sudut dalaman yang kita sendiri tidak dapat melihat dan menilainya. Di sinilah perlunya sikap saling berteguran dengan nada terbaik dan cuba memperbaiki kelemahan. Seharusnya kita mensyukuri dengan apa yang kita ada daripada membuangnya tanpa memandang dari sudut berbeza.
Dalam soal jodoh pula, sememangnya kita bisa merencanakan sebuah perancangan menuju alam bahagia akan tetapi setiap keputusan adalah ditentukan oleh-Nya. Kita perlu melengkapkan diri terlebih dahulu sebelum menjalani alam rumahtangga. Semestinya kita menginginkan ianya berkekalan dan untuk mencapainya kita memerlukan kesediaan mengharungi. Hormat-menghormati sesama pasangan adalah salah satu teknik mengekalkan hubungan agar sentiasa utuh dan sukar digoyah.
Sekian.
Mengulas Isu berkaitan :
1) Salahkah Menolak Pinangan Lelaki Soleh? - Miro Cornerz
2) 5 Perkara Wanita Mahukan Daripada Lelaki - Azizan Kadir
p/s : Ini ulasan secara umum untuk entri2 tersebut di atas.
Dari Pena Penulis,
---YUSENZE---

Comments
ermm shedap nye bau nasik minyakk !!!
wiwitttt
thanks..hehe
Cinta yg hadir tanpa diburu itu adalah amat jarang2 sekali dapat ditemui. Nak2 pulak pada abad yang serba memilih ni.. hahha..
err.. bkn untuk saya sorang, tapii untuk kwn saya jijan jgk... hahha..