Lagi-lagi Isu Cinta

"Condong rasa hati melihat titisan airmata. Apakah kepuraan semata yang ditonjolkan atau benar itu sebuah perasaan yang terbit dari hati." - yusenze




Assalamualaikum.

Tanya terus ke lubuk hati. Pelbagai definisi yang boleh ditafsirkan dari perkataan "cinta". Istilah paling lengkap bagi mewakili perkataan cinta ialah "sayang". Cinta itu adalah sebuah perasaan yang bisa membangkitkan rasa kasih dan sayang. Dari dimensi berbeza cinta itu boleh dilihat melalui perwatakan, semangat dan sikap seseorang individu itu. Tetapi, mampukah kita mentafsirkan apa yang tersirat di dalam hati sebenarnya.

1) Pasangan Sehati Sejiwa.

Sempurna setiap kejadian Tuhan itu berpasangan. Dengan zat kata-kata "Aku cinta padamu" bisa meleburkan keegoan yang mendiami di sudut keping-keping hati. Persoalannya jika cinta itu melibatkan dua jiwa, apakah kata kunci yang mampu menguatkan ikatan cinta. Renungkan pro dan kontra antara dua ayat di bawah.

a) Saya cintakan awak kerana saya perlukan awak.

atau;

b) Saya perlukan awak kerana saya cintakan awak.


2) Kecintaan Kepada Agama

Sinar keimanan sudah tertanam jauh di lubuk hati sejak dari saat dilahirkan. Suara azan atau iqamah dibisikkan terus ke liang telinga menembusi gegendang agar bisa diproses oleh akal sebagai suatu pegangan yang utuh. Mencecah usia remaja suara itu kian sayup, menjelang usia dewasa kian menghilang dari pendengaran. Islam hanya pada nama. Renungkan yang tersirat.

 Dialog dari hati - "Takpe, tak ada orang nampak."

3) Cinta Negara

Mempelopori segenap bidang dengan jayanya. Namun mentaliti terhadap adat dan budaya jauh tertinggal di belakang. Arus kemajuan membuatkan diri jadi alpa untuk menuruti tuntutan budaya asing sebagai contoh dan ikutan. Apakah peranan yang cuba ditonjolkan sebenarnya bagi menyatakan tentang kewujudan rasa cinta terhadap negara. Adakah dengan cara mengekalkan adat istiadat yang menjadi bekalan turun-temurun atau dengan cara mencipta suatu fenomena yang bisa mencetus sebuah kebudayaan baru. Fikirkan.

Dulu - Biar mati anak, jangan mati adat

Sekarang - Biar mati adat jangan mati anak

Sekian.

p/s : Hari-hari kita melihat potret diri dari pantulan cermin satah. Alangkah bagus jika cermin itu bisa membiaskan apa yang diperlukan oleh jiwa bagi mengukuhkan peribadi.

Dari Pena Penulis,
---YUSENZE--- 

Comments

ape2 jer said…
ada adat2 yg mmg patut dilupakan hehe pada aku la :)
Ieqa Swetluv said…
wlau camne2 sekalipun mesti kena set kat mind..cinta agama mesti diutamakan k =)
ISZA said…
isu sepanjang zaman..
azizan4444 said…
alangkah indah hidup kalau semua cinta ini bersemi...hmmm

tapi bilalah agknye cinta pasangan sehati sejiwa itu akn menjelma..
cik, boleh kasi contoh x weh antara adat2 yang patut dilupakan tu?? hehhe..
Ika, sgt betul tapi sejauh mana individu itu meletakkan keutamaan rasa cinta pada agama itu di hadapan agaknya... hmm..
Kanda Isza, Isu yang tiada jalan penyelesaian. Hati manusia yang mentafsir setiap erti cinta lahir dari sudut yang berbeza2. Kecintaan hanya sekadar mainan perasaan dan bukan suatu pegangan. (Mengambilkira aspek rohaniah)
Jijan, cinta sehati sejiwa perlu dicari dan bukan sekadar berharap ia datang secara rela. hahha..
Mario said…
perghhh...ko sdg bercinta ke? jgn lupa jemput weh...
dayah said…
mcm ada bunga-bunga cinta je nih. cintakan Allah selalu k. selamat berpuasa