Lailatul Qadar - Pengertian, Panduan, Jangkaan dan Salah Konsep


Assalamualaikum...
----------------------------------------------------------------------------
Erti Al-Qadar ialah kemuliaan atau tempat yang tinggi. Ia merupakan
tempat untuk menentukan segala urusan dalam setiap tahun.

Sejarah Lailatul Qadar

Rasul Saw apabila memikirkan umur umatnya yang pendek tidak seperti
umat-umat terdahulu, baginda menjadi berdukacita. Jika umat ini
ingin bertanding dengan umat-umat terdahulu dari segi melakukan
amalan-amalan soleh, sudah tentu tidak dapat menandingi amalan-
amalan kesolehan mereka. Ini disebabkan umur umat Muhammad begitu
pendek, mustahil untuk mengatasi mereka. Oleh itu, Allah dengan
Rahmat-Nya telah mengurnikan malam Lailatul Qadar kepada umat
Muhammad.
--------------------------------------------------------------------------

Klik pada Imej


Diriwayatkan dalam hadith Abdullah bin Shamid bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Ertinya: ''(Iaitu)ada pada bulan Ramadhan.Kerana itu,hendaklah kamu mencarinya pada sepuluh
            hari terakhir,Kerana ia terdapat pada hari-hari ganjil,iaitu pada malam 21,atau malam 23
            atau malam 25,27,29atau malam terakhir.
''  (HR. Ahmad)
Penjelasan:
      Malam lailatul qadar adalah malam ketika Allah menurunkan firmannya ke langit dunia sekaligus. Hal ini berbeza pengertianya dgn mlm nuzulul Quran. Kerana malam nuzulul Quran ialah saat pertama al-Quran diturunkan kpd Rasulullah SAW di gua Hira' yg terjadi pada 17 hari bln Ramadahn saat Rasulullah berusia 40tahun. Mengenai malam lailatul qadar ini disebutkan dlm firman Allah SWT:

Ertinya:''Sesungguhnya.Kami telah menurunkannaya pada malam kemuliaan.Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulanPada malam itu turun malaikat-malaikat dan Jibril dgn izin Tuhan meraka mengatur segala urusan.Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar.''  (al-Qadar:1-5)

Allah tidak menerangkan secara terperinci waktu lailatur qadar ini, yg diterangkan hanyalah nilai keutamaanya, iaitu seribu bulan.Tetapi angka seribu dlm ayat ini bukanlah angka matematik,melainkan sebagai lambang yg pengertiannya ialah jumlah yg tdk trbatas. Adapun saat tepatnya mlm lailatul qadar ini merupakan masalah ghaib, yg hanya Allah sendiri yg mgetahuinya. Kita tdk dpat mmprkirakan secara pasti mlm-mlm lailatul qadar turun. Kerana itu Rasulullah SAW tdk menetapkan secara terperinci bila tibanya mlm ini, tetapi baginda memberi perkiraan bahawa kemungkinan besar terjadi pada mlm 27 Ramadhan. Rasulullah bersabda :

Ertinya:''Tentang lailatul qadar,iaitu pada malam ke 27 (Ramadhan).''     (HR.Abu Daud)
   
    Hadith ini berasal dari Muawiyah bin Abu Sufyan.Para ahli hadith menyebut Hadith ini mauquf, maksudnya hanya merupakan penyataan Muawiyah sendiri atau penafsirannya. Kerana itu,penetapan mlm ke 27 tdk dinilai sebagai ketetapan mutlak, tetapi sbgai kemungkinan saja.

Kesimpulannya :Hendaklah kita menghidupkan atau mencari lailatul qadar dgn berjaga tanpa tidur sejak pertengahan mlm sampai waktu Subuh pada mlm-mlm ganjil dlm bln Ramadhan.
                                       
(Sumber:Buku60amalan bln Ramadan,Muhammad Thalib,Darul Numan)
 
SALAH KONSEP TENTANG LAILATUL QADAR

Lailatul Qadar adalah suatu hadiah berharga dari Tuhan yang mana bukan semua orang dapat. Ia hanya untuk orang yang membaiki diri dengan puasanya hingga bersih rohnya. Sebab itulah hikmah Lailatul Qadar itu di hujung Ramadhan Tuhan hendak tunggu perubahan hamba-hamba-Nya untuk layak dapat anugerah itu. Ibarat orang masuk periksa, bukan semua dapat hadiah. Hanya yang berjaya layak mendapat hadiah. Siapa yang beribadah di bulan puasa, apabila masuk waktu Lailatul Qadar, akan dapat pahala 1000 tahun beribadah.

Janganlah kita menipu diri. Di hari ganjil kita ibadah betul-betul, di hari genap tidak. Selama ini kita tidak pernah diberi faham. Hadiah pahala 83 tahun ibadah itu hanya bagi siapa yang berjaya selama sepanjang Ramadan. Ia adalah rahmat Tuhan kepada orang yang berjaya membaiki diri. Kebanyakan orang hari ini anggap dapat Lailatul Qadar macam dapat durian runtuh. Lailatul Qadar seolah-olah sudah jadi mainan.

Kita berpuasa untuk apa sebenarnya, adakah hendak dapat Lailatul Qadar atau hendakkan Tuhan? Sedangkan Lailatul Qadar itu cuma fadhilat. Contohnya kita masuk peperiksaan, apakah kerana hormat dan taat dengan arahan guru atau kerana hendak hadiah dari guru. Kalau guru hendak beri hadiah, itu terpulang kepada guru. Begitu juga dengan Tuhan. Hak Tuhanlah untuk beri hadiah. Tugas kita beribadah untuk dapatkan Tuhan mengabdikan diri kepada-Nya. Di samping itu Tuhan berjanji untuk memberi balasan. Namun kita tidak disuruh untuk mengejar balasan itu. Sebenarnya kalau kita kaji secara hakikat, Tuhan jadikan Lailatul Qadar atau balasan Syurga itu sebagai ujian. Adakah kita beribadah kerana Allah atau kerana hendakkan Syurga.

Selama ini kita tersalah konsep, beribadah kerana hendak pahala. Contohnya macam petani. Adakah petani itu asyik memikirkan dapat hasil ketika hendak menanam padi. Tidak. Sebaliknya dia sibuk memikirkan bagaimana hendak pilih benih, hendak tanam benih, hendak pilih baja. Bila sudah tanam, fikirkan pula macam mana hendak jaga. Petani tidak pun sebut pasal buah. Dapat hasil itu sudah maklum akan diperolehi. Kalau sembahyang itu betul, fadhilat tentu dapat. Itu Tuhan yang tentukan. Kita sebagai hamba usah fikirlah fadhilat. Walaupun seseorang itu tidak pernah belajar tentang fadhilat, tapi dia puasa dengan menghayatinya, dia tetap akan dapat pahala Lailatul Qadar. Sedangkan kalau ada orang yang belajar dan faham betul tentang Lailatul Qadar tetapi puasa dan amal ibadahnya tidak ikut disiplin, tidak hayati, dia tidak akan dapat pahala Lailatul Qadar. 

Rujukan dari sumber dipercayai.

Dari Pena Penulis,

Comments

entri menarik.bgs utk perkongsiaan bersama..memang best sape dpt merasa nikmat mlm lailatul qdar ni:)
Chaon Cornerz said…
malam lailatul qadar malam yang istimewa... jangan sampai tersalah konsep.. BAgus ingat mengingatkan antara satu sama lain..
|.a.r.i.e.z.a.| said…
subhanallah.. mulia sungguh Rasullullah SAW. dia dukacita usia kita pendek so ibadah xbyk mane..
sayanga Rasulullah!!!!!!!!!
Agak2 ko la jan, dpt ke org2 cam kita merasa nikmat mlm Lailatul Qadar nih?? hahha..
Chaon, mmg selalunye rmai yg salah konsep.. x faham erti sebenar, men taram aje.. hahha..
Arieza.. Bnyak lagi contoh kesedihan Rasulullah sebenarnya mengenang nasib umatnya... =)
Munix™ said…
terbaek entri bro..
akan sntiasa ingati rasulullah
hnga ke akhir hayat!
susah nak agk2 ni.tp mmg harap nk merasa la kan.hahaaha