Merdeka - Kemerdekaan Dalam Diri



Assalamualaikum...

Saban tahun kita merayakan sambutan hari kemerdekaan negara kita daripada jajahan. Pelbagai perubahan dan pembangunan dikecapi semenjak tahun 1957 hingga kini. Kita bisa melihat pencapaian itu melalui mata kasar dengan memerhatikan bangunan-bangunan mencakar langit, sistem pengangkutan serta naik taraf kehidupan rakyat. Itu hanyalah gambaran yang dapat dilihat secara zahirnya.

Jika kita renung dengan lebih halus lagi, sejauh manakah impak kemerdekaan itu meresap ke dalam diri kita? Apa yang kita perjuangkan sebagai generasi yang hanya menikmati kemerdekaan? Pendekatan yang harus kita ambil sebenarnya sebagai generasi penerus kegemilangan merdeka ini adalah dengan memajukan diri agar jangan dijajah oleh segala permasalahan yang bisa meruntuhkan perpaduan. Gejala-gejala sosial yang bersifat negatif sememangnya memberi implikasi buruk yang ketara. Pengaruh budaya luar yang merangkumi perjalanan dan gaya hidup berada di tahap luar jangkauan akal. Lebih membimbangkan adalah cara berpakaian yang menjolok mata dan pergaulan bebas yang melampaui batas. Secara tidak langsung budaya sebegini memberi impak negatif serta bertentangan dengan gaya dan budaya yang kita warisi.

Kebebasan menuruti budaya luar sebegini adalah gambaran di sebalik jajahan dari segi psikologi. Sedar atau tidak, budaya luar kini semakin berleluasa menjajahi mentaliti generasi. Tidak salah untuk kita mencontohi kemajuan negara asing tetapi janganlah sehingga ianya merobek sistem kebudayaan. Biar orang kata kita berfikiran sempit dalam memperjuangkan hak dan warisan yang sepatutnya. Budaya kita jangan terus dibiarkan dijajah dengan sewenang-senangnya. Jangan terlalu leka dalam menikmati kemerdekaan tanpa menyedari akan bentuk jajahan yang mendatang mengikut peredaran zaman.

Merdeka bukanlah bermakna kita bebas untuk melakukan segalanya. Sejajar dengan tema sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini "1Malaysia Menjana Transformasi", kita seharusnya mengambil inisiatif untuk memajukan diri serta merenung dengan lebih mendalam lagi untuk memperjuangkan seruan ini. Kita harus sedar bahawa kita sebenarnya berada di puncak revolusi ketamadunan yang bisa mempengaruhi segenap mentaliti. Biar kita tegar dalam memperjuangan hak kemasyarakatan dan janganlah kita terlepas pandang akan kemudharatan menuruti gejala asing yang bertentangan dengan warisan kita sendiri.

Fenomena getir seperti seks bebas, kes pembuangan bayi, dan pembunuhan acapkali kita dengari dan lihat di dada-dada akhbar. Perkara ini bukannya berlaku kepada golongan yang bodoh serta dungu tetapi seringkali melibatkan golongan cerdik pandai. Apakah ini erti kemerdekaan? Berpengetahuan tetapi sebenarnya terlalu naif dalam soal kehidupan. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengenal erti kemerdekaan ini dari sudut yang berbeza. Dalam ertikata lain, memenuhi kehendak merdeka ini dengan memerdekakan diri dari terus dijajahi oleh budaya asing yang bertentangan dengan warisan budaya. Sesungguhnya cara jajahan sudah berubah. Kepintaran pihak yang ingin menjajah kita melalui serangan psikologi perlu kita pandang dengan serius dan bersemangat untuk menentangnya. Budaya kita adalah warisan yang harus diperjuangkan sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Sekian.

p/s : Blogger - walaupun kita bebas menyatakan segenap yang tersirat di hati, namun janganlah sehingga kita melupai garisan batas-batas dan etika.

Dari Pena Penulis,

Comments

apa yang kita mahukan ialah remaja yang punya semangat patriotik yg tggi mcm sedara tuan blog..remaja adalah nadi utama kejayaan sesebuah negara pada masa hadapan..
Chaon Cornerz said…
betol jugak cakap jan.. selari dengan belia kreatif menjana pemikiran masyarakat.. Tanpa belia yang mempunyai pengetahuan tinggi dan mempertahankan budaya di tanah melayu, mungkin masyarakat porak peranda.. Budaya negatif dari negara luar tidak harus digunapakai supaya negara terus tetap harmoni..
Anonymous said…
merdekah kah kita dari segi pemikiran? rasanya banyak yang masih dijajah..
namun usaha penulis di blog ini
merupakan satu bentuk semangat yang perlu dipupuk dan dijadikah contoh kepada belia2 seluruh Malaysia.
Jan, patriotik semakin pudar dalam diri remaja masa kini. Mungkin hanya segelintir yang menyedari serta memahami semangat patriotik yang sebenar.
Chaon, berpengetahuan tak semestinya bersemangat untuk mempertahankan budaya. Kebanyakan yang berpendidikan tinggi tulah yang merosakkan budaya. Mungkin kerana bermastautin terlalu lama di bumi asing sehingga lupa adat resam di bumi sendiri.
Bagus Ejum, mmg itu yang aku persoalkan. Adakah golongan remaja dewasa ini sedar akan bentuk penjajahan psikologi. Aku pasti, ramai yang hanya melaungkan kata2 patriotik tanpa mempertahankan budaya dan warisan.
LadyBird said…
Salam kemerdekaan..
xreti nak komen camner..
Kita yang biarkan mental kita dijajah,
Walaupun pada zahirnya kita telah merdeka namun pd hakikatnya kita masih belum merdeka..
Lady, sememangnya perkara ni x dpt nak dielakkan. Mentaliti d kalangan kita sgt lemah =)
Mah@mahu said…
Jom bro sahut seruan kibar jalur gemilang tapi kita di blog kita sahut seruan 1 Blog 1 Bendera jom...
Ok bro.. tapi nak kibar kat mana nih.. blog da berat nak letak imej2 nih.. hehhe.. tapi tetap nak sahut seruan..