Assalamualaikum...
Bercerita tentang kisah di hari lebaran sememangnya mengimbau terlalu banyak kenangan manis berbanding kenangan pahit. Kenangan yang manis kebanyakannya berlaku di zaman kegemilangan melalui alam kanak-kanak sehingga penghujung remaja. Kadang-kadang bisa mengukir senyum sendirian bila mengenangnya. Begitu indah.
Kad Raya
Dulu - Menanti lebaran dengan jiwa yang teruja. Kelibat posto amat dinanti-nanti muncul di muka pintu. Kebiasaannya, bermula di pertengahan puasa sudah rancak saling berbalas utusan kad ucapan. Keghairahannya bukan kepalang. Cinta monyet sesama teman menambahkan lagi rasa teruja untuk membaca dan membalas kad ucapan yang diterima.
Sekarang - Kad ucapan diutus melalui perantaraan internet. Kad raya digital semakin popular. Lebih mudah dan cepat untuk dikirimkan kepada sesiapa sahaja yang diingini. Proses di hujung jari. Tetapi rasa ghairahnya tidaklah seperti berutus kad ucapan yang ditulis dengan tarian seksi jemari. Nak kena ubah keghairahan untuk membuka e-mail pula sekarang.
Kuih Raya
Dulu - Beraya di kampung bersama sanak saudara yang berkumpul memang seronok. Makcik-makcik yang berstatus bujang sibuk menjana idea membuat juadah raya. Sebagai anak buah yang tak larat nak berpuasa penuh, khidmat sebagai tukang rasa adalah suatu kerja wajib walupun tanpa dipinta. Bahulu buatan nenek paling menyelerakan. Kek beraneka rasa. Ketupat dianyam bersama sambil bergurau mesra. Indah. Sedap.
Sekarang - Rata-rata sudah bekeluarga sendiri. Lebih banyak masa diluangkan untuk menyediakan persiapan juadah raya untuk keluarga masing-masing. Nenek pun sudah kekurangan upaya untuk membakar bahulu lagi. Yang memenuhi para hanyalah balang-balang kuih yang dibeli sahaja. Ketupat segera menjadi hidangan utama. Terlalu berbeza suasana.
Berbalas Kunjungan
Dulu - Masa masih kanak-kanak dulu, kenangan terindah adalah detik-detik mengikut arwah atuk berarak sekeliling kampung. Kalau kena tinggal di pagi Syawal pertama tu, pastinya raungan manja kedengaran memenuhi ruang rumah bahkan mungkin boleh didengari oleh segenap penduduk kampung. Hahha..
Bila remaja menjelma, pastinya kunjungan rakan-rakan dinantikan. Seronok rasa dapat berkumpul bersama rakan dengan hilai tawa yang tidak putus-putus.
Sekarang - Selesai solat sunat Aidilfitri, balik rumah terus mengadap televisyen. Seawal pagi sehingglah lewat malam. Rutin yang sama diulang-ulang setiap hari. Kalau adapun kunjungan rakan-rakan tidaklah semeriah dulu. Kebanyakan dari mereka sudah mendirikan rumahtangga. Sedih juga rasa keseorangan melayan perasaan.
Duit Raya
Dulu - Status sebagai salah seorang "colector". Rata-rata saudara -mara adalah mangsa untuk diugut dengan kejamnya supaya memberi duit raya pada kadar yang sepatutnya. Hasil pungutan selalunya habis dibelanjakan sewenang-wenang mengikut kehendak hati.
Sekarang - Status sebagai penghulur duit raya. "Ya, ya.. Pak Ngah faham bila korang jeling dengan senyuman manja setahun sekali tu maknanya nak penuhkan tabung korang r tu.." hahha.. Aktiviti menghulur duit raya kepada anak-anak buah pula menggantikan aktiviti mengumpul duit raya.
Sekian.
p/s : Jemputlah ke rumah raya nanti.. hahha..
Dari Pena Penulis,

Comments
Best dapat kad raya kan.. walaupun zaman dah berubah dunia dah maju.. tapi kad raya yang dikirim melalui posmen dan bukannya digital lebih diutamakan.. tanda ingatan tulus ikhlas dari sahabat handai.. tak de feel sangat kalo digital2 nie kan awk..?
Oh oh...tak nak sedih2 ni, jom kongsi kenangan raya dalam contest di blog saya. Contest Raya Meletops. Duit raya pon meletop. ;p
duit raya tu nge3..
Klu nak duit raya sila b'kunjung ke rumah ye cik jari.. hahha..
Insya-Allah klu ade idea nnt saya join kontes =)
Bila nak duduk semeja nih.. lame da aku tggu ko rofer.. hahha..
bak alamat nk duit raya tau hehehe
no3, peket20, parit 4 sg besar.. sila terjah.. ekekek..
yelah nanti aku kasi kad ucapan ringkas penuh makna.. hak3..
eh, duit raya utk i jgn lupe taw...bajet siap22..hahahahah
Duit raya, klu u bagi i, i kasi kat u balik.. hahhah.. :P