Peredaran Zaman Itu Bulatan?


"Jangan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Rombak struktur keimanan mengikut jalan yang telah ditetapkan dan jangan cuba mencipta kaedah sendiri. Empat unsur sebagai panduan iaitu Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias." - yusenze



Teknologi semakin membangun dengan pesat namun kewarasan mata akal di kalangan manusia kian menyusut dan mundur. Peredaran zaman seperti melingkari sebuah bulatan di mana umat manusia dilihat seperti mahu menghampiri suatu zaman yang dikenali sebagai "Zaman Jahilliah". Renung dan fikirkan sejenak akan intipati yang dipaparkan di bawah.

1) Pertumpahan Darah

Dewasa ini sering kita dengar tentang pelbagai isu dan kes pembunuhan di segenap pelusuk dunia. Tidak mengira kaum mahupun rupa, fenomena kekejaman dan pembunuhan sesama manusia umpama suatu perkara biasa sahaja. Kerakusan manusia di masa ini umpama kehausan darah dalam memenuhi keinginan dan kehendak hati.


2) Maksiat

Perkara maksiat dapat dilihat di merata-rata secara terbuka. Aktiviti yang menjurus ke arah kemaksiatan menjadi suatu aktiviti yang menjadi kelaziman. Mata-mata yang melihat hanya sekadar memandang bahkan turut terpengaruh dan terjerumus untuk melakukan aktiviti ini. Tiada lagi rasa segan silu yang wujud dalam diri insani


3) Pembuangan Bayi

Gejala pembuangan bayi pula semakin hari semakin kerap kita lihat dan dengar. Terbukti kejahilan manusia teserlah mahu mengikuti kezaliman zaman Fir'aun. Sifat perikemanusiaan untuk menilai harga nyawa yang dianugerahkan kepada insan kian pudar dan semakin lama semakin luput. Benarlah kata orang, "Dalam binatang itu tiada sifat manusia tetapi dalam diri manusia tersemat sifat binatang".

4) Materialistik

Manusia di di zaman ini lebih cenderung untuk mengikuti kata nafsu daripada mengekangnya. Kecenderungan untuk mengejar unsur meterialistik. Harta yang dicari dan dikumpul adalah lebih penting daripada pengabdian diri terhadap Tuan empunya dunia. Kealpaan mengejar duniawi kian menyelaputi hati dan akal manusia. Manusia dilihat semakin rakus untuk menyembah unsur kebendaan sehingga terlupa bahawa kehidupan di alam ini hanyalah sekadar persinggahan sementara.

Ini bukan kisah luarbiasa. Setiap hari kita mendengar atau membaca pelbagai kisah yang menjangkaui kudrat akal. Fenomena ini semakin berleluasa dan semakin hari perlakuan ini menjadi suatu perkara yang dianggap biasa. Secara logikanya, situasi sebegini amat bertentangan dengan pencapaian arus ketamadunan manusia.

p/s : Adakah kita kembali untuk meneroka suatu zaman yang penuh kejahilan dan mahu mencontohi sikap Fir'aun dan Si Qarun? Renungkan sejenak. Udara segar yang dihirup ini adalah sekadar pinjaman. Kebahagiaan duniawi yang dikecap adalah pemangkin untuk kita beringat-ingat supaya dapat mencipta sebuah jaminan menuju ke alam kekal.

Dari Pena Penulis,
---YUSENZE---

Comments

Mr.J said…
harap2 lah tidak... semakin maju tapi minda manusia semakin kejam.


Bila rindu teringat " pengeRindu "
joegrimjow said…
4 segi pon bleh jugak
Black: said…
fulamak..!!! terbaek dari ustaz yus...
Pusher Aries said…
betul22x.sekarang punya zman memang mencabar.
Mario said…
mmg camtula zaman skrg...makin takut aku tgk dan baca...mcmana dgn anak2 kita ek...aduh...semoga anak2 kita semua menjadi insan2 yg soleh dan solehah...insyaAllah