Idea Menulis - Proses Pengilhaman (1)

Assalamualaikum..

Salam kerinduan pada teman-teman blogger dan mungkin ada di kalangan pembaca bukan blogger. Terima kasih kerana sudi singgah di ruang saya berinspirasi ini. Baiklah, di pertemuan kali ini saya ingin berkongsi sedikit petua bagaimana saya mencari secebis ilham untuk dimuatkan di ruang blog saya ini. Secara jujurnya ingin saya nyatakan di sini bahawa setiap ilham yang mendatang ini adalah dari sumber Yang Maha Pencipta.

Ada pelbagai kaedah atau cara untuk kita menulis secara kreatif dan inovatif. Bagi saya sendiri, saya gemar memerhati keindahan panorama alam sebagai sumber inspirasi untuk saya berilham di samping bermain dengan imaginasi. Berimaginasi dengan persekitaran sebenarnya boleh memberi kita suatu gambaran yang jelas tentang sesuatu perkara yang ingin ditulis. Namun begitu, adalah sukar bagi kita untuk menjelaskan tentang imaginasi itu melalui luahan kata-kata. Tetapi jangan gusar untuk meluangkan sedikit masa bagi mencetus sebuah ilham tersendiri. Penumpuan adalah kunci untuk kita mencetus sebuah ilham.

1. Alam Sekitar

Alam sekitar adalah segenap pemandangan yang dapat dilihat dengan jelas melalui pandangan mata kasar kita. Alam sekitar merangkumi tumbuh-tumbuhan, bangunan dan sebagainya yang boleh dianggap sebagai panorama. Berinspirasi melalui sumber alam sekitar memberi kita suatu ruang untuk menulis dengan lebih luas lagi. Melalui pemerhatian yang bersahaja sekalipun kita mampu untuk mencetuskan pelbagai ilham. Sumber dari alam sekitar memberi banyak ilham untuk kita menulis dan merungkainya dengan lebih mendalam.

Contoh : Pokok Kelapa

Kita boleh menghuraikan tentang pelbagai kegunaan dari sumber pokok kelapa. Dari sumber sebatang pokok kelapa kita boleh menulis tentang bermacam-macam perkara yang berkaitan.

Bagi mereka yang cenderung untuk menulis dalam bentuk puisi dan sebagainya, penggunaan sumber alam sekitar boleh mencetuskan ungkapan yang simbolik dan puitis. Terpulang kepada kreativiti kita bagaimana ingin mengolah bentuk sususan ayat yang menampakkan unsur puitis dan logik.

Contoh : Tumbuh-tumbuhan dan Bangunan.

"Aku melihat kehijauan di sebalik kesuburan,
Aku terlihat helaian kekuningan, menanti saat berguguran..." -yusenze

"Di balik kesibukan warga hutan batu ini,
Aku tercari-cari sebuah hakikat insani,
Saat aku melalui lorong-lorong kelam itu,
Jantung berdegup kencang memerhati kehancuran,
Apakah ini sebenarnya erti ketamadunan?..." -yusenze

2. Gelagat Manusia

Mungkin ramai di antara kita yang suka meluangkan masa di tempat-tempat awam seperti kompleks beli-belah, taman bunga dan sebagainya lagi. Bagi saya, ilham lebih mudah muncul pada waktu pagi jika saya ingin berinspirasi dengan gelagat manusia. Sebagai contoh ketika berjoging di taman, saya dapat melihat pelbagai gelagat manusia yang melakukan aktiviti riadhah. Melalui pemerhatian dan penyelidikan tentang fakta berkaitan, ada banyak perkara boleh ditulis mengenai manusia dan aktiviti riadhah yang memberi impak positif untuk dikongsi.

Ilham akan mendatangi kita tidak mengira tempat atau waktu. Mungkin dengan memerhati gelagat manusia di pasar malam juga boleh memberikan kita sebuah idea penulisan yang kreatif. Segalanya bergantung kepada cara kita mengolah corak penceritaan yang ingin disampaikan. Tetapi, pada pendapat saya jalan cerita kita itu janganlah terlalu meleret-leret sehingga pembaca kelesuan dan kebosanan untuk membacanya.

Contoh penulisan meleret-leret,

Topik : Ayam Tandoori

Semalam saya ke kedai mamak di Jalan Ampang kerana terasa mengidam hendak makan ayam tandoori. Setibanya di kedai mamak saya terus memanggil pelayan dan memesan ayam tandoori. Saya memesan bahagian kepak kerana saya suka makan bahagian tersebut. Pelayan itu mengatakan kepada saya bahawa bahagian kepak sudah habis, jadi saya pun menukar pesanan. Saya minta bahagian peha ayam pula... bla.. bla.. bla..

Bersambung...


p/s : Kita menyusuri hari-hari seterusnya dengan ketetapan hati untuk menjadi lebih baik dari semalam. Biar sedikit perubahan yang dilakukan tetapi bisa memberi kepuasan.

Dari Pena Penulis,

Comments

mario said…
pttla blog aku makin lama makin teruk...biasa main hentam je aku tulis...haha
ISZA said…
penilaian yang meluas..
:)
APi said…
kene praktikkan neyh..
mekaseh der..^^
Ieqa Swetluv said…
ada puisi best..nanti nak curikla lalalala~ ;p
cis2.. da otai xpe weh.. klu newbie cam aku tulis ngarut2 konpom kene hentam.. hahha..
Kada Isza, Penulisan mmg meluas bergantung kepada ilham dan nilai inspirasi si penulis.. =)
Api, praktik jgn x praktik.. hahha..
Ika, sila la plagiat.. masih fresh lagi tu.. belum pernah publih kat memane pon.. hehhe.. =)