Assalamualaikum..
Pada 26 Ogos 2010 yang lalu saya telah diberi tugasan untuk menghantar barangan alat ganti ke Sime Darby Engineering yang berlokasi di selatan tanah air iaitu Pasir Gudang, Johor. Untuk tugasan kali ini saya telah diamanahkan untuk membuat penghantaran kerusi ke beberapa buah Agro Bank di Barat, Utara dan Timur Tanah Air. Keterujaan untuk menikmati keindahan panorama alam memadamkan faktor keletihan yang bakal dihadapi. Ikuti rentetan jurnal perjalanan saya.
01 September 2010, Rabu.
Barat
Memulakan perjalanan seawal jam 6 pagi menaiki Hicom Perkasa dari Shah Alam menuju ke arah Utara. Destinasi pertama yang harus ditujui adalah AGRO Bank Slim River, Perak. Selesai tugasan pertama pada jam 9 pagi dan saya meneruskan misi penghantaran ke destinasi kedua iaitu Bagan Serai. Tiada panorama menarik dari pandangan saya yang dapat diceritakan kerana sudah acapkali melalui jalan-jalan ke sana.

Utara
Destinasi berikutnya adalah Teluk Gadong, Pulau Pinang. Melalui jambatan Pulau Pinang yang merentangi Selat Melaka bikin mata menjadi segar melihat kebiruan laut. Keindahan panorama alam ciptaan Tuhan sepanjang menyusuri pinggiran pantai dalam perjalanan ke Teluk Gadong tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Melihat pukulan ombak ke pantai begitu mendamaikan jiwa. Perjalanan yang jauh terasa begitu singkat. Tiba di destinasi pada jam 12.30 tengah hari.
Seterusnya adalah Agro Bank cawangan Balik Pulau. Untuk menjimatkan masa, saya mengambil keputusan untuk melalui jalan lama menuju ke Balik Pulau. Kelibat kereta yang melalui jalan berlingkar itu amat jarang sekali kelihatan. Hanya kehijauan rimbunan pepohon menemani sepanjang perjalanan berbukit-bukau. Terasa jauh kerana tidak boleh memecut sepanjang perjalanan. Selesai tugasan di destinasi ke empat pada jam 2 petang. Saya melenggkapkan pusingan mengelilingi Pulau Pinang dengan melalui Bayan lepas untuk ke destinasi berikutnya.
Misi seterusnya adalah Pasir Mas, Kelantan. Dari Pulau Pinang saya menyusuri jalan menghala ke Kulim seterusnya ke Baling, Kedah. Singgah sebentar di pasar malam Baling untuk membeli bekalan juadah berbuka puasa. Loghat percakapan secara semulajadi bertukar bunyi. Hati sebenarnya amat teruja untuk meneruskan perjalanan kerana rasa tidak sabar untuk tiba ke destinasi Rehat dan Rawat Titiwangsa.
Dari Baling, saya terpaksa menempuhi satu pejalanan yang agak panjang untuk tiba di Grik, Perak. Ini merupakan pengalaman pertama saya melalui Lebuhraya Timur-Barat. Sepanjang perjalanan yang mendaki itu sempat saya rakamkan beberapa keping gambar dengan lensa kamera telefon bimbit. Betapa indah pemandangan tatkala sang mentari mula terbenam. Setelah mengharungi perjalanan yang berjam-jam itu badan mulai terasa longlai.
Sebelum tiba di destinasi rehat, mata terpegun melihat keluasan Tasik Banding saujana mata memandang. Di tepian tasik berkenaan dapat dilihat beberapa buah kem Padang Juang Tentera Darat. Terdapat 2 batang jambatan sejauh lebih kurang 300 meter merentangi Tasik Banding. Kedinginan udara mulai terasa menyentuh kulit. Tiba di kemuncak Titiwangsa pada jam 8.30 malam. Hanya terdapat sebuah restoran sahaja di satu-satunya perhentian sebelum menuruni laluan dari Grik ke Jeli.

Timur
Udara yang begitu dingin sehingga menusuk tulang membuatkan saya tidak bisa lena tidur. 2 lapis baju dan selimut masih tidak mampu menghangatkan. Saya bingkas bangun menuju ke bilik air untuk mandi. Terketar lutut saat jirusan air yang pertama yang begitu dingin sehingga terasa kecut seluruh urat-temurat.
Sebelum meneruskan perjalanan, sempat saya rakamkan beberapa keping foto di pinggiran Titiwangsa. Mata terpegun memandang sayup bukit-bukau yang diselaputi kabus pagi. Tiupan angin sepoi-sepoi bahasa amat mendamaikan. Alhamdulillah syukur. Menuruni laluan dari Grik ke Jeli dengan kelembapan udara pagi membuatkan mata jadi lesu. Stereng bertukar tangan.

Saya hanya tersedar dari lena setelah memasuki daerah Tanah Merah. Rakan yang memandu berkeputusan untuk melalui jalan pintas menuju ke Pasir Mas melalui jalan Rantau Panjang. Tidak berkesempatan untuk singgah di zon bebas cukai Rantau Panjang kerana kesuntukan masa. Sekadar melewati pintu gerbang dengan hati yang bersahaja.
Tiba di AGRO Bank cawangan Pasir Mas pada jam 10.15 pagi. Tidak boleh berlengah kerana ada satu lagi lokasi yang harus ditujui iaitu Kuala Lipis, Pahang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5-6 jam lagi. Perjalanan diteruskan lagi melalui daerah Tanah merah seterusnya ke Kuala Krai. Di tengah kepanasan sang mentari, mata kembali terlena. Tiada panorama yang menarik perhatian sehinggalah memasuki daerah Gua Musang. Di kiri dan kanan kehijauan rimbunan hutan berbukit. Menyusuri perjalanan yang panjang dari Gua Musang melintasi Sungai Rui ke Kuala Lipis amat meletihkan.

Akhirnya, setelah berjuang selama hampir 5 jam di jalanan kami tiba di destinasi terakhir AGRO Bank Kuala Lipis, Pahang. Terasa puas setelah berjaya menyeselaikan segala tugas yang diamanahkan walaupun badan terasa longlai.
Sebelum berangkat pulang ke Shah Alam, saya sempat meninjau bazar ramadhan Raub. Suasananya tidaklah semeriah bazar-bazar di Shah Alam. Bertolak pulang pada jam 6 petang dan tiba di pintu rumah pada jam 9 malam. Sekian.
p/s : Keindahan panorama alam lebih nikmat dirasai bersama bunyi-bunyian unggas yang bersenandung merdu menembusi halwa telinga. Jurnal kembara ini memberi peluang untuk saya lebih mengenali tempat-tempat menarik di seluruh pelusuk tanah air.
Dari Pena Penulis,

Comments
p/s : xyh delete pun xpe :P
go n rest la..
jurnal perjalanan yg menarik..
jauh berjalan luas pandangan..^^
ko x singgah soping raya ke kt ranrau panjang tu..barang murah lg skng..2 3 ari nak raya melambung harga die,,haha
ingtkan singgah terengganu.. x keseluruhan lagi lah tu.. rugi x sampai trg.. trg cantik :P rugi :P
i x kasi tau kat u ker??
ish, ye ker i x kasi tau?? hahha..
ade citer ape weh??
citer kat pangkin ke weh?? hahha..
aku yakin aku bisa menangkis.. eekkek
sekurang2nya ada idea nak buat karutan tentang jurnal perjalanan.
Aku ngenangkan nak raye je nih aku relakan hati tawaf semenanjung.. hahha.. tapi mmg best!!!
yus baru pulang dari kerteh.. hahha..
sila la jgn jeles.. ekekek..
kamera henfon je weh.. 2 MP je lak tu..
ok la dari xde kenangan langsung.. hahha..
jauh perjalanan badan keletihan.. hahha..