Assalamualaikum..
Salam bertemu di lembaran tulus dalam kategori "CINTA". Pada pertemuan sebelum ini, saya pernah membicarakan soal "Definisi Cinta", "Kriteria Pasangan", "Institusi Rumahtangga" dan "Suka atau Sayang". Bagi mengisi ruang penulisan saya untuk kali ini, saya suka untuk membicarakan soal keserasian dalam berpasangan.
Apa makna serasi di mata anda? Adakah keserasian itu adalah sesuatu yang tampak jelas di mata? Rasionalnya mentaliti kita akan menyatakan serasi itu adalah rangkaian persamaan antara pasangan. Tetapi melalui kajian, serasi dalam erti berpasangan adalah suatu perbezaan ketara yang menjelaskan tentang sifat kedua pasangan itu.
Saya terpaksa akur dengan keputusan kajian tersebut kerana ternyata kebanyakan dari fakta-faktanya adalah benar. Walaubagaimanapun ingin saya nyatakan di sini bahawa soal keserasian ini adalah begitu subjektif dan kompleks untuk diperbincangkan. Mari kita lihat antara fakta yang menarik mengenai perkara "serasi".
Saya ingin mengajak anda untuk mendalami tentang tafsiran makna serasi yang diterjemah dalam kamus dengan faktor kehidupan pasangan di sekeliling kita. Sebenarnya faktor keserasian antara pasangan itu adalah dari sifat mereka yang berbeza. Maknanya, dengan sifat keperibadian yang berbeza itulah menggambarkan tentang makna serasi antara pasangan.
Contohnya, jika seorang dari pasangan itu adalah seorang yang pemarah nescaya pasangannya adalah seorang yang penyabar dan pemaaf. Jika kedua-duanya adalah pemarah nescaya tidak wujud keserasian dalam hubungan mereka. Jika seorang dari pasangan itu pelawak tidak semestinya pasangannya juga adalah pelawak. Cuba anda bayangkan jika kedua-duanya adalah pelawak, nescaya tidak wujud lagi sikap serius dalam perhubungan mereka.
Oleh yang demikian saya berpandangan bahawa, kita haruslah bersyukur dengan pasangan yang kita miliki. Faktor dalam keserasian sebenarnya adalah sifat saling menyokong antara satu sama lain. Jadikan kekurangan yang ada pada pasangan kita sebagai suatu kekuatan pada diri kita. Dalam meneruskan sesebuah perhubungan yang serasi kita hendaklah saling mengisi ruang kekosongan yang ada supaya hubungan yang kita bina itu menjadi lebih utuh dan berkekalan.
Bagi golongan yang bergelar suami, bersyukurlah jika anda mendapat seorang isteri yang kuat berleter. Kerana begitu indah ciptaan yang Maha Esa itu menjadikan anda seorang yang sabar melayani kerenah isteri yang suka berleter. Anda mungkin akan merindui leteran isteri anda tatkala berjauhan. Tetapi menerima setiap baris leteran isteri bukanlah bermakna anda hanya perlu akur dengan setiap kata-katanya sebaliknya anda perlulah bersifat tegas dengan cara berdiam diri. Mungkin inilah yang dinamakan serasi dalam perhubungan.
Sekian.
p/s : Sebagai wanita, cuba anda bayangkan yang anda mendapat pasangan seorang lelaki yang kuat berleter. Apa kata anda?
Dari Pena Penulis,

Comments
pasangan kita dijadikan saling melengkapi.kelebihan yang ada pada pasangan akan cover kekurangan yang ada pasangannya.begitu jugak sebaliknya.di situ wujudnya keserasian jugak.
lelaki biasanya bersikap cool dan mendengar aje wanita berleter.tapi kalau lelaki berleter, wanita kena mendengar dan tidak melawan.nanti keadaan bertambah buruk kan?seorang harus beralah.
kalau kuat berleter??erm,mencabar tuh...ne patahkan hujah2 bagi supaya dia terdiam..erk,leh dianggap nusyuz ke lau wat cmnih?
nak jumpa yg serasi trs mmg payah klu x sesame melengkapi antara satu sama lain..selalu mengingatkn satu sama lain..lama2 konpem serasi..
ps: nak serasi kena dgr lagu ways-searsi..haha
lady x suke psgn yg kuat berleter.. sebab lady suke suasana yg sunyi.. :P
p/s : nak bgtahu, ejaan 'walaubagaimanapun' salah.. ejaan yg betul adalah 'walau bagaimanapun'. :P
hihihi..