Mengenang Dirimu - "Chaon"

"Ketupat dihidang bersama rendang,
Air anggur penawar dahaga,
Sesungguhnya musuh jangan diundang,
Ikatan silaturrahim kita eratkan bersama."




Assalamualaikum..

Salam bertemu di ruangan bingkisan pada bulan Syawal yang memberi makna kegembiraan dalam kemenangan. Bagaimana dengan sambutan lebaran anda? Saya percaya di setiap lebaran pastinya membawa sejuta kenangan. Cuma terkadang disebalik himpunan kegembiraan kita mengumpul kenangan-kenangan indah terselit juga titipan kenangan yang menyentuh hati. Begitulah lumrahnya kehidupan ini.

Alhamdulillah, Syawal pada tahun ini saya dapat merasai kemeriahan beraya di kampung halaman. Pada tahun terdahulu saya hanya menanti kehadiran sanak-sudara di Bandaraya Shah Alam jadi keberahian menyambut Syawal hanyalah sekadar suam-suam kuku.

Sambutan Syawal tahun ini yang jatuh pada 10 September 2010, bersamaan dengan tarikh ulangtahun kelahiran adik perempuan saya yang manja. Pasti kenakalannya telah berjaya merobek poket abang yang amat suka membuli dan menyakat ini. Selamat hari lahir buat adik kesayangan.

Pagi Aidilfitri
Bangun di pagi Aidilfitri ternyata berbeza situasinya. Menuju ke pintu bilik mandi dengan senyuman terukir di bibir. Selesai mandi sunat Aidilfitri, hati semakin teruja untuk mengenakan pakaian baru.

Laungan takbir raya menambahkan kesayuan di hati. Suasana hingar bingar menyelubungi persekitaran masjid sebelum memulakan ibadah solat sunat Aidilfitri. Tampak ketara kemeriahan sambutan pada tahun ini melihatkan kehadiran jemaah yang begitu ramai dari kebiasaanya.

Selesai solat, seperti biasa aktiviti bersalaman sesama jemaah mengisi ruang waktu. Saya berkesempatan bertemu dengan beberapa orang rakan yang sekian lama tidak ditemui. Berteguran dan bersalaman di pagi Syawal yang mulia begitu menyentuh sanubari.

Jumaat yang Mulia

Kesyukuran sekali lagi dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana nikmat 1 Syawal 1431 Hijrah jatuh pada hari Jumaat iaitu penghulu segala hari. Sekali lagi para jemaah bekumpul di rumah Allah yang dimuliakan untuk bersama-sama menghayati laungan khutbah dan berhimpun bersama-sama menunaikan solat fardhu Jumaat.

Bagi saya, sambutan Aidilfitri sudah cukup meriah kerana disambut dengan bonda dan ayahanda. Usia kian meningkat, oleh sebab itu perasaan ingin merayap kian pudar dalam hati. Tidak seperti ketika mengharungi usia remaja dahulu, hampir segenap kampung menjadi kunjungan.

Suasana dan situasi ternyata sudah berubah. Kelibat rakan-rakan seperjuangan tidak selincah dahulu kala. Mungkin kerana kebanyakan daripada mereka sudah membina institusi keluarga sendiri dan waktu semestinya lebih tertumpu kepada keluarga masing-masing.

Dapat bertemu beberapa orang rakan taulan dari zaman kanak-kanak sudah cukup memuaskan hati. Al-maklum saja, teman sepermainan yang sekian lama tidak berhubung. Terlalu indah mnggamit secebis kenangan saat sama-sama menerokai alam kenakalan. Kini, semuanya sudah berjaya mengikuti haluan masing-masing.

Suasana Syawal

Hidangan juadah yang menjadi tumpuan saya ialah ketupat. Mungkin tidak lengkap suasana sambutan Aidilfitri tanpa hidangan tradisi seperti ketupat atau lemang. Walaupun dewasa ini hidangan ketupat begitu mudah didapati dalam bungkusan segera, namun keenakannya dinikmati bersama hidangan rendang tidak sama ketika dinikmati pada hari-hari biasa. Begitulah gambaran Syawal pada pandangan saya. Mungkin anda mempunyai pelbagai pandangan yang berbeza dalam mentafsir erti Syawal. Namun yang pasti, Syawal merupakan hari kemenangan dan hari kemeriahan yang mana pada hari yang begitu mulia ini dapat kita berkumpul sama ada dari kalangan sanak-saudara mahupun sahabat handai.

Dalam kegembiraan kita merayakan Aidilfitri ini, janganlah sehingga kita terlupa muhasabah diri. Jangan jadikan ketibaan Syawal sebagai hari membalas dendam akan kesengsaraan menahan lapar dan dahaga pada bulan Ramahan. Sememangnya hidangan juadah pada hari perayaan sebegini mampu membangkitkan nafsu akan tetapi harus juga kita ingat akan insan-insan yang dirundung malang. Kedukaan mereka-mereka yang kehilangan insan tersayang di hari mulia ini adalah amat menyedihkan.

Sesungguhnya, begitulah lumrahnya alam. Saat kita bergembira masih ada yang menanggung kedukaan. Perihal ini sebenarnya memberi petunjuk agar kita berpada-pada dengan nikmat yang sedang kita kecapi. Jika ditentukan olehNya kita kehilangan nikmat itu di hari berbahagia ini, harus kita teguhkan keimanan dan meredhai seadanya.

Penutup

Dikesempatan ini saya masih mampu berkongsi kegembiraan sambutan Syawal bersama teman-teman blogger. Namun siapa tahu di pertemuan berikutnya saya hanya mampu menulis detik-detik kedukaan.

Akhir kata, salam Aidilfitri dan jutaan ampun maaf dipinta sekiranya ada ketelanjuran tutur bicara yang telah meninggalkan parut di hati teman-teman sama ada secara maya mahupun di pertemuan mata bertentang mata. Sekian.

p/s : Mungkin ada juga ketelanjuran yang meninggalkan kesan mendalam pada diri kita, namun pengiktibaran dari hikmah saling bermaafan nescaya memberi peluang untuk kita menjadi lebih tabah dan bersifat insani.

pss : Bingkisan Al-fatihah buat seorang teman blogger yang telah kembali ke rahmatullah iaitu saudari TTT.



Dari Pena Penulis,

Comments

Mario said…
diri sape?ada jumpa kat kg ke...ekeke
wachak said…
pic tu bakal org rumah ker yus ,,,, :)
azizan4444 said…
selamat hari raya bro..maaf zahir batin utk kali kebrapa pon aku lupe..haha

raya kali ini meriah..sbb ramai sedara aku yg jarang jumpa berkunjung ke rumah....

thn ni jgk awal2 pg da ada kat masjid..hoho...
ape2 jer said…
eh psl pe ada nana chaon kt tajuk tuh?? haha

gambo adik ko ke? ke awek hehe
aktechpage.com said…
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin
violetless said…
errrrrrrr..hang berskandal ngan chaon lak ka?

jan!!!yus curang ngan hang!!!

selamat ari raya yus..
Rio,, cess.. sori weh.. chaon r nih.. aku x siap entri lagi dia da publish tajuk saje.. wakakka...
Chak, tu gambo adik aku r weh.. hahha.. aku harap kat ko je nih tolong carikkan awek utk aku..
Chek Azizan, hahha.. slmt hari raya jgk utk kesekian kalinya..

aku pon ramai gak sedara mara yg dtg umah.. cuma aku je yg pemalu, dok dlm bilik jer.. hahha..

Nasib bek mak aku kejut awl pagi raya tu, klu x miss semayang raya..
hahhaha.. sebab tajuk tu chaon yg letak..

adik aku la miss.. gamba awek lenkali baru letak.. bila aku da jupa yg bekenan... hahahaha...
Vio, hang jgn nak ngadu2 r.. jan x kesah pon bermadu.. hahhahha..

Slmt hari raya jgk weh.. maafkn aku.. hahha..
Zikri Husaini said…
camat hari raya... duit raya takda ke... hehe
Chaon Cornerz said…
Selamat hari raya Aidilfitri.. =) banyak yang menanrik sempena hari raya kali ni.. Bulan baik bulan mulia tak perlu la ada rasa iri hati ataupun dendam. tak bagi faedah pun.

Al-fatihah kepada TTT