Assalamualaikum..
Salam 1 Malaysia (dah lama saya nak lafazkan ini). Apakah pengertian berhari raya pada pandangan anda? Saya yakin anda mempunyai pelbagai jawapan silih berganti di lubuk hati. Pengertian hari raya itu sebenarnya terlalu subjektif jika ingin dinilai dengan akal. Berikut adalah antara singkapan di sebalik mentaliti orang-orang kita.
1) Hari Kemenangan
Sudah tersemat di setiap mentaliti orang melayu bahawa sambutan lebaran adalah merupakan sambutan hari kebebasan untuk kembali kepada rutin asal iaitu bersarapan, makan tengah hari, dan minum petang. Ertinya, bebas dari "beban" berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Sebulan mengharungi bulan Syawal adalah sebagai balasan berkering tekak selama sebulan di bulan Ramadhan.
Selingan : "Achik puasa seminggu, jadi Achik cuma boleh beraya seminggu aje."
2) Hari Pertumpahan Darah
Bukan kerana bertarung tenaga di medan juang sebaliknya tergopoh-gapah di jalanraya. Kononnya terlalu teruja untuk menebus kerinduan pada kampung halaman dan sanak saudara. Fikiran sudah melayang jauh dari tempat bumi nyata dipijak. Selalunya sifat tergesa-gesa mengambil alih sifat tenang kita musim perayaan sebegini. Sila tegaskan otak anda "Memandu pada tahap kesedaran yang jelas". Tidak perlu berkejaran di jalanraya. Pandu dengan sifat sabar.
3) Hari Peragaan Sedunia
Bayangkan! Fikirkan! Renungkan!
Apa yang tergambar di minda anda???
4) Ziarah-menziarahi dan bertanya Khabar
Amalan yang menjadi kelaziman sebagai memenuhi syarat berhari raya adalah saling ziarah-menziarahi. Pada hari berbahagia inilah detik dan ketikanya untuk kita berkunjung ke rumah jiran tetangga. Sedar tidak sedar, pada hari itulah baru kita perasaan bahawa anak jiran yang tinggal selang 3 buah dari rumah kita yang dulunya kita gelar budak hingusan sudah bekeluarga dan berjaya dalam karier
Mengapa tidak amalan saling berkunjungan ini diteruskan bukan sahaja ketika sambutan hari raya? Ketara di sini bahawa kita tidak peka dengan persekitaran masyarakat di sekeliling kita.
5) Menikmati Hidangan
Pada hari indah inilah waktu yang amat sesuai untuk kita memuaskan nafsu makan yang keterlaluan. Segala jenis juadah ingin disumbat ke dalam mulut. Tekak terus memaksa walau perut kian merungut tidak mampu menanggung lagi. Keasyikan menikmati makanan yang lazat-lazat membuatkan kita terlupa akan tujuan sebenar kunjungan kita.
6) Bermaaf-maafan
Aktiviti wajib. Mentaliti bersuara bahawa ini adalah hari khusus untuk saling bermaafan. Segala ketelanjuran yang sekian lama tersimpan, segenap rasa sakit hati yang terpendam diluahkan dengan sedu-sedan. Kenapa perlu menunggu sehingga Syawal menjelma? Bukankah kita dianjurkan untuk saling memaafi tidak mengira waktu?
Sekian.

p/s : Tepuk dada sahaja tidak berguna. Walaupun kita tahu akan kebaikan sesuatu amalan itu, tetapi kita tidak memahaminya secara mendalam maka amalan itu akan menjadi sesuatu yang sia-sia.
Dari Pena Penulis,
Comments
bermaaf2 sesama manusia amalan mulia.. Selamat berhari raya.. mohon maaf jika tersilap kata terkasar bahasa.. =)
hari raya semua ada cita2 nk jadi peragawan/wati kot..meriah je nengok pakaian dorang..aku jgk yg berkain pelikat...hahah
kire 0-0 la ek bro..duh mcm main bola plk ada 0-0..hahaa
moga raya tahun ini lebih bermakna dari tahun2 lepas..hulur kan salam tanda maaf,
saya dsini juga ingin menyampaikan jutaan mohon maaf ke atas tuan empunya blog, slamat hari raya, maaf zahir batin