"Onak ranjau itu adalah halangan yang mendewasakan, jadi jangan kita akur pada kekalahan sebaliknya kita cuba mengharungi setiap onak dan ranjau itu dengan kebijaksanaan serta kesabaran." - yusenze
Assalamualaikum..
Setiap orang mencari kesempurnaan dalam menerokai alam kehidupan. Namun yang demikian ada suatu perkara yang harus kita akur iaitu tidak ada insan yang sempurna di dunia fana ini. Penciptaan umat manusia ini adalah begitu kompleks dari sudut hati, perasaan, nafsu dan akal. Kita sendiri yang mencorak acuan hidup kita. Pengaruh dan bimbingan luar hanyalah sebagai panduan untuk kita pilih yang mana harus kita ikuti sebagai hala tuju untuk meneruskan kehidupan.
Menyentuh soal hati, ternyata prospek utama yang terpacul di ruangan minda adalah berkaitan dengan soal teman. Setuju atau tidak pada pendapat saya segenap faktor yang bisa mengubah situasi perasaan adalah berpunca dari pergaulan kita seharian. Bagaimana kita mendefinisikan istilah teman itu agar tidak mengaburi akal serta tidak terperangkap dengan beberapa desakan sentimen yang mampu memudharatkan. Dalam ertikata lain, kita berteman harus mengikuti batasan-batasan tertentu.
Dalam konteks ini, saya lebih suka membahagikan istilah teman kepada kepada beberapa kategori.
1) Teman - Taulan
2) Teman - Pasangan
3) Teman - Percaya
4) Teman - Urusan
Teman - Taulan
Bagi kategori teman ini, saya mentafsirkan golongan atau kelompok insan yang menjadi rakan pergaulan kita seharian. Bagi teman yang termasuk dalam kategori ini, kita sekadar bergaul dan berseloroh dalam memenuhi jadual harian kita. Kebiasaannya kita tidak membicararakan soal peribadi yang serius bersama rakan taulan kita. Mungkin topik bual bicara kita hanya terjurus ke arah aktiviti harian dan hanya menyentuh aspek yang bersangkutan perihal umum sahaja.
Teman - Pasangan
Begitu bijak setiap ciptaan Ilahi itu menjadikan setiap makhluk itu berpasangan. Dalam konteks ini, kebiasaannya pergaulan kita adalah lebih terjurus ke arah peribadi. Teman dalam kategori ini adalah tempat untuk kita mengadu serta berkongsi setiap kisah sama ada duka mahupun duka. Teman sebagai pasangan adalah medium untuk kita menyalurkan emosi yang mendalam. Namun begitu, mungkin ada juga permasalahan yang bakal muncul disebabkan salah faham serta kebuntuan akal. Terpulang kepada tahap kebijaksanaan masing-masing untuk mengekalkan hubungan teman dalam kategori ini.
Teman - Percaya
Perlunya teman dalam kategori ini sebenarnya memberi impak positif untuk membantu kita mengharungi kehidupan. Kehadiran teman yang boleh dipercayai bukan sekadar tempat untuk kita meluahkan kedukaan malahan berkemungkinan teman yang kita percayai mampu membantu kita keluar dari kebuntuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Tetapi janganlah sehingga kita tergolong di kalangan teman yang suka mengambil kesempatan atas kepercayaan. Janganlah kita meletakkan harapan yang besar. cukuplah sekadar teman itu mampu menjadi pendengar yang setia iaitu sanggup menyimpan keluh kesah kita tanpa sungutan. Teman dari kategori ini juga boleh kita kelaskan sebagai teman tapi mesra.
Teman - Urusan
Untuk kategori ini, saya lebih suka mentafsirkan teman sebagai rakan yang sama-sama melakukan sesuatu urusan. Boleh jadi mereka-mereka ini dari kalangan rakan di tempat kerja mahupun di institusi pengajian. Dewasa ini keakraban antara teman di tempat kerja tidak terbatas kepada taraf atau jawatan tertentu sahaja. Keakraban yang terjalin antara rakan sekerja boleh membangkitkan suasana tempat kerja yang harmoni. Sedikit-sebanyak, tekanan kerja yang kita hadapi dapat dikurangkan. Kebiasannya pergaulan antara teman dalam kategori ini hanya terjadi atas urusan-urusan tertentu sahaja.
Kesimpulan
Walau apapun jua tafsiran kita terhadap istilah teman ini, namun harus diingat bahawa manusia itu sukar diramal tindakannya. Di sinilah perlunya untuk kita menetapkan mentaliti bahawa kehadiran teman itu sebagai pedoman akan tetapi masih ada faktor-faktor yang menjadi batasan dalam pergaulan. Mungkin masih wujud kisah teman bertemakan "Enggang dan Pipit". Dalam soal ini, "Tepuk dahi, tanya akal sendiri".
Sekian.
p/s : Manusia itu hanya mampu menilai kekurangan yang ada pada orang lain tetapi tidak mampu menilai kecacatan yang ada pada dirinya sendiri. Carilah kawan sebanyak mungkin kerana lebih ramai kawan yang kita ada lebih ramai yang berpotensi untuk menceriakan hidup kita.
***Terima kasih kepada saudari Neeq Nickhun kerana memberi saya idea untuk menulis artikel ini***
Dari Pena Penulis,

Comments
btw, berkwan biarlah dalam masa susah dan senang. jgn masa senang aje muncul, masa kita ssh trus ilang..
sy syak kita nie taman taulan la.. hahha..
aku selalu dgr, mase susah baru kita akan kenal sape teman kite..plik semcama je...
kes kawan makan kawan tu yg pling x syok..
kwn utk bertumbuk mnje2 xde ke?wahahaha
meh r rapat2 ngan aku.. aku suke yg petak2 kat perut tu.. hahhahha..
Betol la, kenapa kita asyik nak setuju ngan chaon je kn??
aku syak dia dah bomoh2kan kita la.. hahhahha..
meh sini nak cium sikit.. meh r.. meh r.. hahhahha..
4 4 ensem hehehe
teman cari pasal awk lupe nak letak..
pastu teman mempergunekan teman pom xde..
banyak neyh xde taw yus.. hakhakhak